Wednesday, 4 January 2012

ANGAN MENGEREJAKAN AMALAN MENIPU.






JANGAN MENGEREJAKAN AMALAN MENIPU.

Di antara sifat-sifat yang membinasakan manusia ialah mengamalkan sifat tipu daya (sifat ghurur). Erti ghurur atau tipu daya itu ialah apabila seseorang itu mengelirukan sesuatu perkara dan menggambarkan bertentangan keadaan yang sebenar. Sebabnya ialah kerana hendak memuaskan nafsu dirinya. Mata hatinya terlampau lemah dalam selok-belok agama, dan pengertiannya terlalu cetek dengan hakikatnya.

Di samping itu ia pun tidak mengetahui tentang bencana-bencana yang merosakkan amalan serta perdayaan syaitan, disebabkan dirinya telah ditunggang oleh kehendak hawa nafsunya dan ia menyerah kalah kepada semua telunjuk dan tipu daya syaitan.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran Surah Fatir, ayat 5 yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia…! Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah sampai kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan janganlah pula kamu diperdaya terhadap Allah oleh para perdaya.” (al-Fatir ayat 5)
Tipu daya yang berlaku sekarang ini misalnya ialah Dia memberi tahu bahawa barang yang di jual itu adalah sangat baik dan amat berfaedah, pada hal terdapat beberapa kecacatan dan Dia hanya hendak melariskan barangan jualannya itu.

Ada juga tipu daya sekarang ini yang Dia menyatakan hendaklah kita menyimpan wang dalam Koperasinya, dan Dia menjanjikan pulangan keuntungan yang berganda-ganda. Tetapi selepas itu Dia pun hilang ghaib entah ke mana pergi, Maka tinggallah si penyimpan itu rugi sebanyak-banyaknya.

Ada juga tipu daya sekarang ini yang datang ke rumah dan menyuruh wanita-wanita mencabut undi dengan menjanjikan bernasib baik mendapat hadiah-hadiah yang lumayan. Setelah di undi “si malang” ini mendapat hadiah yang berharga seperti peti sejuk, atau televisyen. Tetapi barangan itu tiada ada di bawanya. Dia meminta sedikit wang penghantaran atau sagu hati, dan berjanji akan menghantar barangan itu dalam masa sedikit hari lagi. Setelah beberapa hari atau minggu, barangan itu tiada pun tiba di rumah ”si malang” itu. Apabila di hubungi didapati nombor telefon itu adalah palsu.


Kesimpulan.
Sebenarnya jenis-jenis tipu daya itu memang banyak sekali, maka kita hendaklah memperbanyak istighfar dan taubat serta kembali kepada Allah SWT. Kita hendaklah sentiasa bertawakal dan berserah sepenuhnya kepada pengurniaan dan belas kasihan Allah SWT dengan hati yang yakin. Rajin berusaha dalam amal ibadat dan meninggalkan segala rupa maksiat.

Sekian, wassalam mualaikum……..


-----------oooooo----------------

No comments:

Post a Comment