Masalah 4…Bolehkah wuduk digunakan untuk beberapa solat
Jawapan.
Sebelum kita terbatal dari suatu wuduk yang kita sudah lakukan, tidaklah terbatas kekuatan wuduk itu kepada satu atau dua solat yang fardhu, artinya masih boleh dilakukan solat yang dengan wuduk itu walaupun ratusan solat fardhu, asalkan jangan terbatal, kecuali tayammum hanya terbatas untuk satu solat fardhu sahaja, tetapi solat sunat bolehlah berbilang-bilang dengan tayammum. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 48.)
Masalah 5… Tayammum wuduk dengan tayammum junub bersamaan.
Mengapa tayammum wuduk dengan tayammum junub sama sahaja yakni tidak berbeza cara pengambilannya:
Jawapan,
Tempat yang disapu dalam tayammum atau angguta tayammum hanyalah muka dan dua belah tangan sampai dua siku, baik tayammum itu untuk pengganti hadas kecil ataupun hadas besar. Sebabnya adalah kerana tayammum itu adalah rukhshah (kesenangan) yang menghilangkan cegahan sembahyang dan bukan mengangkatkan hadas. Orang yang berhadas besar, atau orang yang berjanabat dan orang yang berhadas klecil , jika berhalangan mempergunakan, air kerana sakit, atau kerana ketiadaan air bolehlah ia bersembahyang, dalam keadaan berhadas jika ia telah lakukan syarat-syarat iaitu melakukan tayammum. Tayammum hanya membolehkan sembahyang dan tidak mengangkatkan hadas. Oleh kerananya jika telah beroleh air wajiblah orang junub mengangkat hadas besar dengan bermandi untuk melakukan sembahyang. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilad 1, ms 55)
Masalah 6…Menahan hadas kecil semasa solat.
Bagaimana hukumnya jika kita ada air sembahyabng sedang sembahyang menahan-nahan hadas kecil.
Jawapan.
Menahan hadas kecil, artinya menahan ingin, buang air kecil, menahan keluar angin, menahan buang air besar. Keinginan ini ada kalanya datang di luar sembahyang dan adakalanya pula di tengah kita sedang bersembahyang. Hukum menahan hadas seketika akan bersembahyang adalah makruh apabila ada hal tersebut pada ketika Takbiratul Ihram.
Menurut Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud yang bermaksud:
“Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah hendaknya sembahyang salah seorang kamu, dimana telah hadir makanan, dan dimana mendesaknya keinginan untuk buang air kecil dan buang air besar.”
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jild 1, ms 64)
----------------------ooooooooooooooo----------------------
No comments:
Post a Comment