JUJUR DAN AMANAH
Sifat jujur dan amanah merupakan sifat mulia yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Kehidupan masyarakat akan menjadi lebih aman dan bahagia apabila mereka mempunyai sifat-sifat tersebut. Ia perlu direalisasikan oleh setiap orang tidak kira darjat dan keturunan.
Ruang lingkup bagi sifat jujur dan amanah ini sangat luas. Ia meliputi seluruh aktiviti harian setiap orang. Di antara perkara yang elok dilakukan bagi menentukan wujudnya akhlak mulia, jujur dan amanah dalam kerhidupan seseorang termasuklah ;
a. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab secara langsung mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan sempurna kerana anak-anak merupakan amanah Allah SWT yang perlu dijagai dengan sebaik-baiknya.
b. Sentiasa bersifat jujur dan amanah menjaga sesuatu barang yang ditinggalkan oleh seseorang kepada kita.
c. Memulangkan barang atau sesuatu yang dijumpai kepada pemiliknya terutama jika kita mengetahui pemilik barang tersebut.
d. Anak-anak mesti sentiasa jujur dan amanah untuk menjalankan arahan Ibu Bapa terutamanya dalam bidang pelajaran dan sebagainya
e. Tiak bdercakap bohong sama ada kepada Ibu Bapa, kawan-kawan dan sebagainya mengenai sesuatu perkara yang diketehui atau dilakukan.
Kesimpulan.
Orang yang jujur dan amanah akan sentiasa mendapat keberklatan dan keredaan daripada Allah SWT. Kehidupan setiap orang juga akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram apabila mereka telah menunaikan tanggungjawab yang diberikan.
----
No comments:
Post a Comment