Thursday 5 January 2012

SOMBONG DAN BONGKAK





SOMBONG DAN BONGKAK

Di antara penyakit-penyakit hati yang berbahaya dan sifatnya yang membinasakan, ialah sombong dan bongkak, yang biasanya hanya di anuti oleh para syaitan yang terkutuk. Firman Allah SWT; dalam al-Quran surat al-Baqarah ayat 34 yang ertinya:

“Ia (iblis) enggan dan menyombongkan dirinya, dan jadilah ia dari kumpulan yang tiada beriman.” (al-Baqarah; 34)

Orang yang menyombongkan diri sangat dibenci oleh Allah SWT , sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran surat an-Nahl, ayat 23 yang ertinya:

“Sesungguhnya Dia (Tuhan) tiada menyukai orang-orang yang mwenyombong diri.” (an-Nahl ayat 23)

Barang siapa yang menganggap dirinya tinggi dan bermegah darjatnya lalu menghina dan memperkecil orang lain, maka itulah orangnya yang sombong terkutuk. Sifat sombong itu sentiasa memendam di hati, akan tetapi ketara dengan tanda-tandanya pada diri manusia. Di antara tanda-tandanya iaitu:


a. Merasa bangga melihat dirinya kaya dari orang lain.
b. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
c. Minta dikedepankan duduk di majlis-majlis keramaian.
d. Bergaya dan beraksi angkuh ketika berjalan.
e. Membantah teguran orang lain, meskipun bicaranya salah.
f. Tidak mengindahkan nasihat, atau teguran orang.
g. Suka menindis orang Islam yang miskin dan lemah.
h. Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah salah.
i. Suka memuji-muji diri.
j. Bermegah dengan dato’ nenek yang kenamaan atau ahli agama.
k. Bermegah dengan keturunan.
l. Bila bercakap dai sahaja yang tahu hal itu.
m. Merasa angkuh melihat dirinya cantik
n. Merasa megah dengan hartanya yang banyak.

Semua tanda-tanda tersebut menunjukkan sifat takbur yang amat tercela dan buruk, yang kerap menimpa setengah-setengah anak-anak orang baik, kaya raya dan berpangkat tinggi, yang tidak mempunyai pandangan jauh dan cetek pula ilmu pengetahuan mengenai selok belok agama.

Ketahuilah sesiapa yang bermegah diri dengan perasaan seperti di atas, nescaya mereka akan lenyap dari kesenangan tersebut. Allah SWT akan menarik balik kesenangan dan kemewahan atau kecantikan tersebut yang telah dikurniakan Nya.

Sekian, wassala mualaikum....





---------oooo--------------------

No comments:

Post a Comment