Sunday, 29 January 2012

Suka Memberi Sedekah.




Suka Memberi Sedekah.


Sedekah merupakan salah satu cara yang digunakan untuk membeti bantuan kepada orang yang kurang bernasib baik, anak yatim dan sebagainya. Sifat suka memberi sdedekah merupakan suatu amalan yang terpuji dan perlu dipupuk di dalam diri setiap individu terutamanya sewaktu kanak-kank lagi.

Allah SWT memberikan keutamaan-keutamaan tertentu kepada orang yang memberi sedekah. Tetapi terdapat beberapa akhlak tertentu sewaktu memberi sedekah. Di antaranya keutamaan bersedekah dan akhlak memberi sedekah ialah:

a. Allah SWT sentiasa menambah rezeki dan kurnia krpada orang yang murah membefri rezeki.

b. Allah SWT sentiasa menghapuskan dosa orang yang suka bersedekah.

c. Allah SWT sentiasa memurahkan segala urusan orang yang sentiasa memberi sedekah.

d. Orang yang sentiasa bersedekah menjadi kekasih Allah SWT.

e. Orang yang sentiasa bersedekah sentiasa mendapat teman.

Akhlak memberi sedekah:

a. Beri sesuatu yangdisayangi. Firman Asllah SWT yang bermaksud:
”Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai...” (Al-Imran 92)

b. Memberi sedekah tanpa mengharapkan lebih banyak balasan daripada apa yang diberi. Firman Allah SWT yang bermaksud:
”Jangan kamu memberi sesuatu dengan harapan meminta balasan yang lebih banyak...”
(Al-Muddassir: 6)

c. Memberi dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

d. Memberi secara rahsia atau tanpa diketahui oleh orang lain adalah lebih baik dari memberi di depan orang lain. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

”Tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan-Nya...menghulurkan sedekah dengan tangan kanan dan tidak diktahui oleh tangan kiri...:” (H.R Muslim)

e. Jangan menyebut-nyerbut tentang sedekah yang telah diberi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

”Janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah kamu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti perasaan si penerima...”
(Al-Baqarah: 264)
Kesimpulan:

Pemberian sedekah mestilah secara ikhlas agar mendapat berkat daripada Allah SWT. Selain itu anak-anak juga perlu diterangkan mengenai keutamaan-keutamaan yang diberikan oleh Allah SWT supaya mereka bersedekah dengan keikhlasan. Secara tidak langsung akhlak yang mulia dapat dibentuk di dalam diri anak-anak itu.

Sekian dahulu, terima kasih kerana anda mengikut siaran Blog ini, semoga anada mendapat rahmat

Asllah SWT. Amin....

Wassala mualaikum.......




---------------------------ooooooooooooo-------------------

No comments:

Post a Comment