SIRAH RASULLULLAH S.A.W.
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini, setelah .
Masalah 261.
SIRAH RASULLULLAH S.A.W.
اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.(Al-Ahzab(33); ayat 56)
Nama dan Keturunan.
1. Muhammad bin Abdullah bin ‘Abd-Muttalib (nama sebenarnya ialah Syaybah) bin Hashim (nama sebenarnya ialah Amru) bin ‘Abdu Manaf (nama sebenarnya ialah al-Mughirah ) bin Qusay (nama sebenarnya ialah Zayd) bin Kilab bin Murrah bin Kaa’ab bin Ma’ad bin ‘Adnan.
2. Keluarga Nabi s.a.w. dikenali sebagai keluarga Hashimiy iaitu dinisbahkan kepada datuk baginda Hashm bin ‘Abdu Manaf. Hashim ialah orang yang telah bertanggungjawab mengendalikan urusan siqayah (minuman haji) dan rifadah (makanan jemaah haji) yang diserahkana kepada Bni ‘Abd Manaf, ketika diadakan persafahaman antara Bani ‘Abdu Manaf dengan Bani ‘Abd al-Dar untuk membahagi-bahagikan jawatan di antara sesama mereka. Hashim ialah seorang yang senang dan sangat dihormati. Dialah orang yang pertama memberi makan thaarid (bubur roti) kepada jemaah haji di Mekah.(2)
3. Nabi Muhammad s.a.w. anak ‘Abdullah bin Abd- Muttalib, ibunya Aminah binti Wahab dari kalangan suku Quriasy yang terpandang mulia di masa itu. ‘Abudullah (Ayah Nabi) meninggal dunia ketika Nabi sedang dikandung ibunya di waktu itu masih dalam kandungan kira-kira enam bulan. ‘Abdullah bin ‘Abdu-Muttalib tidak meninggalkan harta benda yang banyak yang akan diwarisi oleh puteranya, hanya beliau meninggalkan beberapa ekor unta sahaja.
4. Sungguhpun Nabi s.a.w. dilahirkan dalam keadaan yatim di tengah-tengah masyarakat jahiliyah, tida ada guru yang mendidik dan mengajar beliau, untuk memberitahukan kepadanya manakah yang baik dan yang buruk, yang bermanfaat dan mudharat dan mana yang haram dan yang halal, dan sebagainya, tetapi beliau terpelihara dari perbuatan jahiliyah, musyrik dan sebaginya. Siapakah yang memberikan hidayat dan petunjuk kepdanya? Allah s.w.t. yang berkuasa dalam segala-galanya, yang menjadikan langit dan bumi beserta isinya.(4)
5. Daripada salasilah keturunan orang-orang Arab itu kita dapat iktibar bagaimana mereka mengingati nama-nama keturunan mereka sehingga berpuluh-puluh orang keturanan nenek moyang mereka terdahulu hingga kepada mereka masa kini. Dengan ini memudahkan pertalian hidup dan perkenalan kekeluargaan. Dengan demikian tali sollaturrahim akan berkekalan diantara kelurag mereka.
6. Bagi kita orang-orang Melayu amatlah malap sekali kerana sudah dua keturunan telah pun dilupai. Dengan itu talian persahabatan keturunan tidak begitu baik kerana mereka tidak mengingati siapakah antara satu sama lain. Ada kesahnya berlaku pergaduhan antara sesama keluarga yang terdekat akaibat tidak kenal antara satu sama lain
7. Tujuh Tahun kemudian.
Nabi s.a.w. dilahirklan di penempatan Bani Hashim di Mekah pada pagi hari Isnin 12 Rabi’ulawal tahun pertama peristiwa tahun gajah dan empat puluh tahun setelah berlalunya pemerintahan Kisra Anosyarawan. Ianya bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 (Masehi) berdasarkan analisis yang dibuat oleh seorang alim besar Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan seorang lagi penganilisis ahli falak iaitu Mahamud Basya.(3)
8..Seorang raja namanya Najasyi yang beragama Nasrani telah membina Gereja besar di ibukota Yaman. Beliau membangun Gereja itu bermaksud untuk meruntuh Ka’abah agar orang-orang jangan berziarah ke Ka’abah, tetapi hendaklah berpindah ke Gereja yang dibuatnya. Ia megirimkan pasukan tentera Gajah untuk menghancurkan Ka’abah.
9.. Pembesar-pembesar Mekah, termasuk ‘Abdulmuthalib tidak berdaya melawan musuh-musuh yang akan menghancurkan Kaa’bah itu, kerana Raja mempunyai tentera yang gagah dengan alat senjata yang cukup. Mereka hanya berserah kepada Tuhan yang mempunyai Ka’abah dan mereka pun beredar keluar kota Mekah untuk mencari perlindungan. Mereka memohon kepada Tuhan agar Tuhan memberi pertolongan memelihara Ka’abah itu.
10.. Diwaktu rombongan raja itu hampir sampai Mekah maka dengan kekuasaan Allah s.w.t. datanglah burung Ababil dan menghujani melempar kaum kafir dengan batu yang kecil-kecil dan panas dan mengenai tentera Gajah itu, maka jadilah mereka terbakar laksana daun kayu dimalkan ulat.(4)
11.. Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Asuhan Datuknya.
Datuknya bernama ‘Abdulmutalib (ayah ‘Abdullah) sangatlah sayang pada cucunya. Di waltu dia mula-mula mendengar bahawa cucunya telah lahir, bukan main suka hatinya, dan diberinya nama “Muhammad”artinya orang yang dipuji. Allah s.w.t. telah memberikan nama dengan nama “Ahmad” artinya orang yang lebih terpuji, sebagaimana termaktub dalam Al-Quran Surah Shaf ayat 6:
“Artinya: “Ingatlah ketika berkata Nabi ‘Isa anak Maryam. ”Ya Bani Israil! Sesungguhnya aku utusan Allah kepada mu, membenarkan bagi apa yang antara hadapan mu dan aku memberi khabar suka dengan kedatangan Rasul yang datang sesudahku nanti, yang bernama Ahmad. Maka tatkala datang Nabi Muhammad membawa keterangan yang nyata, mereka berkara: “Ini adalah sihir yang nyata.”
12.. Kita boleh mengambil iktibar dengan keadaan ini bahawa jika terdapat ada anak-anak yatim yang mahu berlindung dengan kita, janganlah kita merasa bakhil untuk menerimanya, kerana itu adalah salah satu daripada ujian dari Allah yang ingin melihat keadaan iman kita. Insya Allah Tuhan akan memberi atau menambahkan rezeki pada kita dengan sebab perasaan kita yang belas kasihan
13.. Sewaktu Abu Talib pergi berdagang ke negeri Syam (Syria) maka Muhammad yang sewaktu itu ianya berumur 12 tahun dibawa bersama-samanya. Perniagaan Abu Talib mendapat untung berlipat ganda setelah Nabi berada bersama-sama mereka. Allah mencucuri rezeki dan rahmat kepada hambanya yang sabar dan bersifat belas kasihan terhadap anak yatim.(6)
14..Siti Khadijaha adalah seorang janda kaya terkenal dalam kalangan Quraisy. Siti Khadijah meminta keluarga Nabi membawa barang-barangnya untuk diperdagangkan di negeri Syam. Abu Talib bersetuju dan Nabi yang akan membawa barang-barng itu ke Syam. Setelah beberapa lama, dan Siti Khadijah berusia 40 tahun, satu perbezaanyang yang sekembalinya Nabi dari perjalanan berdagang ke Negeri Sym. Siti Khadijah melamar supaya nabi sudi menjadi suaminya. (7)
15.. Setelah berfikir panjang maka Nabi pun bersetuju menerima permohonan itu. Ketika itu Nabi berusia 25 tahun. Kita boleh mengambil iktibar dengan peristiwa ini bahawa jodoh seseorang itu adalah ditentukan Tuhan. Oleh itu tidak perlu memilih sangat untuk menerima lamaran berkahwin, hanya persetujuan dari keluarga dan diri sendiri yang sepatutnya dipertimbangkan.
16..Diwaktu kira-kira Nabi berumur 35 tahun, terjadilah kerusakan Ka’abah. Maka Ka’abah itupun diperbaiki dan setelah selesai perbaikannya, timbul persoalan siapakah yang berhak meletakkan batu Hajarul Aswad ke tempatnya semula, kerana batu itu terlepas dari tempat asalnya.
17..Persoalan meleakkan batu ini, hampir mendatangkan keributan besar dan untunglah di kalangan mereka ada seorang tua yang menasihati yang bunyinya: “Janganlah tuan-tuan bertengkar dan berebutan tentang meletakkan batu Hajarul Aswad, nanti mendatangkan hal-hal yang tak baik.
18..Menurut hemat sya, cari sahajalah seorang hakim yang akan memutuskan perkara ini dan menurut pendapat saya orang yang akan diangkat menjadi hakim itu, ialah orang yang mula-mula sekali masuk ke dalam Masjdil Haram di pagi hari.”
19..Nasihat orang tua itu diterima baik dan mereka ingin melihat siapakah gerangannya orang yang mula-mula masuk ke dalam Masjidil Haram dipagi hatri itu.? Keesokan harinya, di dapati orang yang mula-mula masuk ke Masjid itu ialah Muhammad bin Abdullah dan mereka acukan soal ini, supaya mengadili, dan menunjukkan jalan yang sebaik-baiknya tentang persoalan meletakkan batu Hitam itu agar jangan terjadi pertengkaran dan perselisihan.
20..Nabi Muhammad s.a.w. pun mengambil sehelai kain, maka dibentang kain itu, dan disuruhnya orang-orang kenanamaan itu memengangnya, masing-masing pada setiap sudutnya, lalu diangkatkannya bersama-sama.
21..Dengan tangan beliau sendirilah diletakkan batu Hajratul Asawad itu ke atas kain, kemudian di angkatkanlah bersama-sama. Setelah sampai hampir tempat asalnya, Nabi pula yang meletakkan batu itu ke tempatnya semula
22..Dengan cara ini, berakhirlah perselisihan orang Quraisy itu dan mereka merasa besenang hati atas keputusan yang diambil dan dilaksanakan oleh Muhammad itu, kerana masing-masing merasa dia orang mulia yang telah ikut mengangkat batu yang mulia itu. Maka semenjak itu, orang-orang Quraisy menggelar Muhammad dengan “Al-Amin”, iaitu Muhammad yang dipercayai.(8)
23.. Muhammad di angkat Allah s.w.t. menjadi rasaul ketika berumur 40 tahun.
Permulaan wahyu yang diturunlkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi-mimpi yang baik semasa tidur,. Baginda tidak bermimpi melainkan mimpi itu sangat jelas. Kemudan timbul keinginan baginda untuk bersendirian. Lalu baginda bersendirian di Gua Hira’: beribadat di dalamnya beberapa malam sebelum kembali kepada isterinya mengambil bekal. Setelah habis bekal, baginda kembali semula kepada Khadijah dan mengambil bekal semula seperti sebelumnya.
24..Akhirnya datanglah kebenaran kepadanya ketika baginda sedang berada di dalam Gua Hira’ Malaikat Jibril datang kepadanya dan berkata “Bacalah wahai Muhammad”. Rasulullah berkata “Aku tidak tahu membaca” Lalu Jibril memeluk sehingga aku merasa sengat sesak, kemudian dilepaskannya aku sambil berkata. “Bacalah wahai Muhammad”. Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dipeluknya aku kemudian dilepaskan, seraya berkata lagi “Bacalah wahai Muhammad dan Aku menjawab “Aku tidak Tahu membaca” kemudian barulah dajarkannya kepada Nabi surat Iqra’sampai Nabi hafal surah Al-Alaq ayat 1 higa 5 seperti terjemahannya berikut:-.
• اِقـْرَأ ْ بـِاسْم ِ رَبـِكَ الـَّذِى خـَلـَقَ. (1)
خـَلـَقَ ا ْلا ِنـْسَانَ مـِن ْعـَلـَقِ. (2)
ا ِقـْرأ ْ وَرَبـَكَ ْلا َكـْرَم ُ.(3)
ا َلـَّذِى عـَلـَّمَ بـِا لـقـَلـَمُ.(4)
عـَلـَّم َ اْلاِنـْسَانَ مَا لـَمْ يـَعـْـَلمُ.(5)
Sekian dahulu secara ringhkas di kali ini, maka penulis akan menyambung lagi dalam masa yang terdekat nanti. Insya alah…
-----------------------oooooooooooo-------------------
No comments:
Post a Comment