Wednesday, 11 January 2012

Bolehkan kita kerjakan sunnat solat Asar selepas solat Asar. Jawapan.






Masalah 11…Bolehkan kita kerjakan sunnat solat Asar selepas solat Asar.

Jawapan.

Boleh dilakukan jika kita benar-benar ada banyak urusan. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ummi Salamah r.a. berkata bermaksud;

“Pernah kesibukan Rasulullah s.a.w. sehingga meninggalkan sunnat dua rakaat sebelum Asar, maka dilakukannyalah solat dua rakaat itu setelah selesai solat Asar.”

Tersebut dalam Kitab Fathul Mu’in Juz 1 halaman 23 yang bermaksud:

”Pernah melihat Rasulullah s.a.w. akan seorang lelaki melakukan sembahyang sesudah sembahyang Subuh dua rakaat, lalu sabdanya” Sembahyang Subuh itu dua rakaat.” Maka jawab laki-laki tersebut: « Sesungguhnya aku belum melakukan sembahyang dua rakaat yang sebelum Subuh, maka aku lakukannya skarang. » Maka diamlah Rasulullas s.a.w.

(H.R Bukhari dan Muslim)(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 94




--------------ooooo----------------

No comments:

Post a Comment