Wednesday, 11 January 2012

Wanita terbuka kain penutup kaki.





Wanita terbuka kain penutup kaki.

Sahkah sembahyang para wanita apabila sedang mengerjakan sembahyang terbuka kain penutup telapak kaki.

Jawapan.

Aurat wanita dalam sembahyang adalah seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan luar dalam. Tapak kaki adalah aurat. Tetapi dikala berdiri hasillah penutupnya dengan tempat ia diletakkan dilantai atau balai-balai atau tikar. Akan tetapi jika ketika sujud terbuka baik ada orang yang melihatnya atau tidak, batallah sembahyangnya.
(Ruju Kitab Seratus Maslaah Agama Jilid 1, ms 73)


Masalah 9..Solat qobliyyah (terdahulu) Jumaat
Bagaimanakah hukumnyaa solat qobliyyah Jumaat.

Jawapan.

Solat qobliyyah Jumaat adalah sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari pada Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qobliyyah solat Zohor.
Dalilnya menurut hadis diriwayat oleh Atthabarani bermaksud:
“Bahawa nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat.”
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms 83)



Masalah 10.. Aturan Sembahyang qada’

Bagaimanakah caranya kita membayar Qada’ sembahyang.

No comments:

Post a Comment