Wednesday, 11 January 2012

Soalan Ehwal Agama Islam

Masalah 1…Orang yang masbuq.

Makmum yang mula takbir dimana keadaan Imamnya tengah ruku’. Dia sempat ruku’ bersama Imam sekadar membaca “subhana rabbiyal ‘azim” sahaja, adakah ia dapat satu rakaat?

Jawapan.

Orang yang masbuq ini dapat satu rakaat., bacaan fatihahnya ditanggug oleh Imam. Bermaksud jika ia lakukan niat dan takbiratul ihram, lalu ia segera ruku’, tanpa membaca fatihah, lalu ia dapatkan thumaniunah (berhenti sekejap) bersama-sama Imam dalam ruku’ maka ia dapat satu rakaat itu. Akan tetapi jika ia tidak dapat thumaninah bersama-sama Imam dalam ruku’ itu maka ia tidak dapat satu rakaat.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilid 1, ms.71)



Masaslah 2…Tempat Sembahyang yang bersih

Bagaimanakah tempat sembahyang yang bersih.

Jawapan.

Yang dimaksudkan tempat sembahyang ialah Tempat yang bertemu atau bersentuhan dengan badan atau pakaian orang yang bersembahyang. Waktu berdiri dimana tempat kedua tapak kaki diletakkana. Waktu duduk dimana kain dan bahagian badan diletakkan. Waktu sujud dimana segala anggota sujud dan bahagaian-bahagian badan dan pakain diletakkan. Jadi yang tidak terkena dengan satu bahagian badan atau pakaian orang yang sembahyang, bukanlah tempat yang dimaksudkan. Misalnya kita tengah sembahyang bila hendak sujud, terjatuh tahi cicak luar dari tempat sembahyang, maka cukup kita elakkan, artinya jangan dikenakan bahagian dari anggota badan dan pakaian kita. Pada ketika itu tidaklah yang kejatuhan tahi cicak itu dinamakan tempat sembahyang kerana tidak terkena dengan anggota badan atau pakaian kita. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jilad1, ms. 74)


Masalah 3…Solat yang hanpir masuk waktu lain.

Adakah solat seorang itu sah apabila ia sujud sekali sudah masuk waktu Asar.

Jawapan

Solatnya sah tetapi dikatakana solat Qada’. Akan tetapi bila dia telah lakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dan ia telah masuk melakukan rakaat kedua maka masuklah waktu Asar maka solatnya itu sah dan dinamakan “Ada’an”, kerana telah dilakukan serakaat penuh dalam waktu yang ditentukan iaitu Zohor.

--------ooooo--------------

No comments:

Post a Comment