Sunday 9 December 2012

Pos 677 - Pengetahuan dengan Ilmu....












Pos 677 - Pengetahuan dengan Ilmu....


(Bermula) maana pengetahuan itu iaitu mendapat akan sesuatu yang berbetulan dengan hakikatnya, bermula qaul yang sebenar bahawasanya ilmu dan ma’rifat itu bersamaan keduanya melainkan bahawasanya di talakkan atas Allah Taala itu ’alam tiada harus ditalakkan atas  ’arif kerana bahawa ma’rifat itu menyeru ia akan mendahulukan jahil bersalahan ilmu (Dan) keluar dengan kata pengetahuan itu empat perkara – Pertama jahil iaitu terbahagi ia atas dua bahagi, pertama jahil basit namanya iaitu tiada mengetahui sekali-kali seperti di kata orang baginya apa kata engkau alam ini qadimkah  atau baharu, maka jawab ia tiada ku ketahui sekali-kali (kedua) PA  jahil markab namanya iaitu mendapat atas bersalahan sifatnya pada waqi’ dan di namakan dia  dengan demikian itu kerana bersusunnya daripada dua jahil pertama jahil pertama jahil empunyanya dengan barang yang pada waqi’  kedua Jahilnya dengan bahawasanya dirinyta jahil kereana sangkanya bahawasanya ia yang mengetahui seperti iktiqad falsafah bahawasa  ’alam ini qadim.

(Dan) yang kedua daripada perkara yang keluar daripada pengetahuan itu syak iaitu mendapatkan tiap-tiap daripada dua ternafi itu atas bersamaan . Dan yang ketiga zann iaitu berat pada hatinya itu mengetahui dan rengan pada hatinya tiada mengetahui.  (Dan) Yang keempat Waham iaitu ringan pada hatinya pada mengetahui dan berat pada hatinya pada tiada mengetahui maka orang yang bersifat dengan salah suatu daripada empat perkara ini tiada bagi mereka itu iman ertinya jikalau adalah ia iktiqad akan Allah dan akan Rasulnya dengan jahil atau dengan syak atau dengan zann atau dengan waham maka orang itu kafir.
(Adapun) orang taqlid yakni iktiqad kepada Allah dan Rasul itu semata-mata ikut perkataan orang jua. (bersambung)

Sekian, wassalam.....


                           ---------------------------oooo-------------------------


 


No comments:

Post a Comment