Thursday, 20 December 2012

Pos 693 - Yang Menjadikan Sesuatu Sembahyang Intimewa








Pos 693 - Yang Menjadikan Sesuatu Sembahyang Intimewa


Syarat-syarat yang menjadikan sesuatu sembahyang itu istimewa dari segi kebatinan adalah banyak sekali, tetapi bolehlah disimpulkan seperti berikut:

a.     Kehadiran hati dalam sembahyang  - Maksudnya ialah agar dapat kita mengosongkan hati itu dari segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut paut dengan ibadat sembahyang yang sedang dikerjakan itu.

b.     Mengerti bacaan-bacaan atau maksud-maksud perbicaran dalam sembahyang, iatu adalah menjadi seperkara yang utama dalam kontex menghadirkan hati dalam sembahyang, iaitu hati itu haruslah mengetahui segala yang dibicarakan oleh lidah.

c.      Membesarkan Allah dalam sembahyang – Iaitu dalam pengertian  yang mendalam kepada diri orang yang bersembahyang itu, di sebalik menghadirkan hati dan memaham bacaan-bacaannya.

d.     Merasakan kehibatan Allah dalam sembahyang – Ia akan menambahkan lagi kebesarannya yang dirasakan di dalam sembahyang dan ia di ibaratkan sebagai ketakutan yang berpunca dari Maha Agung Allah s.w.t. yang disembah ketika itu.

e.     Penuh harapan – Haruslah mengharapkan pahala yang banyak dari Allah s.w.t., dan sebaliknya ia merasa takut dari siksaanNya yang munkin ditimpakan oleh Allah ke atasnya disebabkan oleh kecuaiannya.

f.       Perasaan malu – Harus mempunyai perasaan malu terhadap Allah s.w.t., kerana kemunkinan sekali tanpa disedarinya telah berlaku daripadanya sesuatu kecuaian dalam sembahyang itu, atau dosa yang tidak disangkakannya.
(Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1 ms 67)

                    ------------------ooooooooo----------------------









No comments:

Post a Comment