Wednesday, 19 December 2012

Pos 691 -Nafsu musuh yang paling hebat









Pos 691 -Nafsu musuh yang paling hebat

Ketahuilah bahawa nafsu mu itu adalah musuh yang paling hebat sekali dalam diri mu.  Allah s.w.t. telah mencipta nafsu itu gemar membuat kejahatan, cenderong kepada kecelakaan dan lari dari kebaikan.

 Kita telah dituntut untuk membersihkan jiwa dari hawa nafsu, meluruskan serta memimpinnya sekalipun dengan rantai paksa ke jalan memperhambakan diri kepada Tuhan yang Maha Pencipta, disamping itu kita harus menegah jiwa itu dari menurut kehendak-kehendak nafsu, dan mencegahnya dari tabiat suka bersenang lenang setiapmasa.

 Seandaikata kita melalaikannya juga, nescaya ia akan menjadi manja dan liar. sehingga menjadi sukar untuk menjinakkannya semula, tetrapi andaikata kita sering memburuk-burukkan jiwa itu, mencela serta menegurnya, besar kemungkinan bahawa in akan menjadi "Alnafsu al-Mudmainnah (nafsu yang tenang) yang mana setiap manusia itu diseru untuk mendampingkan diri ke dalam kumpulan hamba-hamba Allah yang disebut Radiah (reda dan diredakan).

Oleh itu hendaklah kita jangan sampai terlalu lalai, walaupun dalam masa sesaat untuk mengingatkan diri dari angkara hawa nafsu itu, dan hendaklah kita selalu mencelanya.

Sekian dulu untuk renungan...


                               ----------------------------oooo------------------------------

No comments:

Post a Comment