Pos 699 -Kelebihan Hari Jumaat Dan Sembahyang Jumaat.
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Bermula sebaik-baik hari yang terabit padanya
matahari ialah hari Jumaat, padanya dijadikan Nabi Adam a.s., dan padanya di
masuk akan dia ke syurga, dan padanya di keluar akan dia dari syurga. Barang siapa mengambil wuduk dengan sempurnanya,
kemudian datang sembahyang Jumaat, maka mendengar ia akan khutbah dan
diam ianya, tidak berkata-kata di waktu khatib berkhutbah, nescaya terampun dosanya di antara Jumaat ke satu Jumaat
lebih tiga hari. Dan barang siapa bermain-main seumpama anak batu, misalnya.
Laghalah ia (di waktu khutbah). Hendaklah
berhenti oleh kamu dari meninggal
Jumaat, tidak pun di biar oleh Allah s.w.t. akan mati hati mereka (kalau
tinggal juga sembahyang Jumaat) kemudian jadilah mereka daripada orang yang
lalai.
(H.R. Muslim ).
Sabda Rasulullah s.a.w. :-
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلىَّ
اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ : خَيْرُ يَوْم ٍطَلـَعَتْ عَلـَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ
الـْجُمُعَةِ فيه خُلِقَ آدَمُ, وَفِيهِ أ دْخِلَ الـْجَنَّةَ, وَفِيهِ أ خْرِجَ مِنْهَا,
مَنْ تـَوَضَّأ ْ فأ َحْسَنَ الـْوُضُوءَ, ثُمَّ أ تىَ الـْجُمُعَةُ فَاسْتَمَعَ وَأ
نْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الـْجُمُعَةِ, وَزِيَادَةُ ثـَلَاثـَة ِ
أ يَّامِ وَمَنْ مَسَّ الـْحَصَا فَقـَدْ لـَغَا, لـَيَنـْتَهـِيَنَّ أ قـْوَامٌ عَنْ
وَدْعِهِم الـْجُمَعَاتِ, أ وْلـَيَخْتِمَنَّ
اللهُ عَلـَى قـُلـُوْ بِهِمْ لـَمْ لـَيَكـُو نَنَّ مَنَ الـْغَافَلِينَ. (رواه مسلم)
Sekian dahulu, dan diucapkan:
Wassala mualaikum warahmatulla hi
wabarakatuh…..!
(Rujukan:Kitab Tajzibu Athrif
Al-Hadith (تجذيبطر الحديث,( m.s. 427)
No comments:
Post a Comment