POS 695 - Menahan Diri dari Cerca Orang
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
”Dari Abu
Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidaklah dikatakan berpuasa
kerana tidak makan dan tidak minum. Akan
tetapi yang dinamakan bepuasa adalah kerana meninggalkan ucapan sia-sia dan perbuatan yang buruk. Kerana itu
jika ada orang yang memaki kamu atau berlaku zalim kepada kamu, katakanlah kepadanya. – Aku
ini berpuasa – Aku ini sedang
berpuasa....! (H.R.Bukhari danMuslim)
Penjelasan.
’Orang yang berepuasa dituntut agar
mencegah perbuatan yang tidak terpuji. Melayani pertengkaran dengan orang atau
melayan cercaan, makian, atau gangguan orang kepada kita adalah termasauk perbuatan
tidak terpuji.
Begitu juga bila pada saat berpuasa
kita membicarakan hal yang tidak bermanafaat terhadap akhlak dan ketaqwaan
kita, maka perbuatan semacam itu menyebabkan puasa kita tidak bermanfaat. Demikian halnya dengan berbicara berkaitan
dengan perkara lucah, maka ini termasuk dalam perbuatan tidak terpuji.
Orang yang sedang berpuasa tidak
boleh melayani pertengkaran atau cercaan orang terhadap dirinya. Bahkan ia diperintahkan oleh agama Islam agar
mengatakan kepada orang tersebut bahawa ia sedang berpuasa. Tentangan atau cercaan orang yang jahil
kepadanya janganlah dilayani agar puasanya terpelihara dari gangguan yang
menghilanghkan pahala puasa.
Sekian dahulu, semoga anda dapat
mengambil iktuibar dari rencana ini demi untuk mengelakkan puasa anda itu
sia-sia sahaja.
Wassala mualikum......!
--------------------oooooooooooo------------------
No comments:
Post a Comment