Pos 694 - Menghina dan mengejek orang.
Menghina orang ataupun mengejek-mengejek orang lain
adalah terjatuh dalam perbuatan haram hukum Islam. Firman Allah swt di dalam
al-Quran Surah Al-Hujarat ayat 11 yang
bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum
menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang yang di hina itu
lebih baik dari yang menghina. Dan janganlah pula kaum perempuan menghina kaum
perempuan yang lain, barangkali mereka yang di hina itu lebih baik dari merekla
yang menghina. (Al-Hujtar,ayat 11 )
Dalam perebutan kuasa
politik hari ini perbuatan menghina, mengkeji, fitnah-memfitnah
orang lain sangat mejadi-jadi, terutama apabila pilihan raya
untuk mendapat kan kuasa politik
menjelang. Mereka tidak ada belas
kasihan kepada orang lain termasuk
adik-beradik dan saudara mara sendiri, sanggup di buat, perbuatan
tersebut, mereka lupa perbuatan itu haram. Mereka sanggup berbohong mendedahkan segala kaiaban-keaiban orang lain.
Wahai saudara-saudara ku janganlah berbuat demikian,
kerana Allah swt akan membalasnya kepada
yang berbuat demikian, bukan sahaja di akhirat nanti, tetapi di dunia ini akan dibalasnya lebih dahulu,
hanya lambat atau cepat sahaja akan berlaku.
----------------------ooooo-----------------------
No comments:
Post a Comment