Pos 698 - Jangan Kamu Berdengki-dengki.
Dari Abi
Hurairah r.a., katanya. ”Telah bersabda Rasulullah s.a.w: ”Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan
janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan
janganlah setengah kamu menjual di atas
penjualan setengah kamu dan jadikanlah kamu hai hamba Allah bersaudara.”
”Orang Islam
bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkan
(dalam kehinaan), dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakanya.”
”Taqwa itu di
sini – kata Nabi s.a.w. sambil menunjuk ke dadanya tiga kali, Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa
ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam atas orang Islam haram darahnya
dan hartanya dan kehormatannya,”
Diriwayatkan
oleh Imam Muslim.
Sekian dahulu
untuk renungan bersama.
--------------------oooooooooooooo-----------------
No comments:
Post a Comment