Tuesday, 18 December 2012

















Pos 681 - Hendaklah sering Memperhetong amalannya

Kerahuilah bahawa cara memperhetong diri itu ialah dengan selalu bertaubat dari semua maksiat yang dilakukan sewaktu kita hidup  dengan taubat nasuha ((maksiat yang tidak dilakukan lagi). Kemudian ia mengqada pula segala amalan wajib yang terluput dan terlanjur dari kefarduan-kefarduan yang diperintah oleh Allah s.w.t.

Jika ada benda-benda yang diambil dengan secara tidak sah atau secara zalim, hendaklah dipulangkan atau meminta halal daripada yang berkenaan. Justeru apabila ia meninggal dunia tiada suatu barang pun milik orang lain yang masih ada dalam jagaan atau miliknya. Tidak ada hutang ibadat yang fardu lagi semuanya telaj diqadakannya.

Maka apabila ia mati dalam keadaan seumpama ini  maka ia akan masuk syurga tanpa hisab atau perhetongan lagi.

Maka wahai saudara ku, lakukanlah untuk menuju ke syurga....!

                  -----------oooo-------------

No comments:

Post a Comment