Wednesday, 19 December 2012

Pos 684- Peliharalah Lidah Mu dari Terlibat dengan Dosa.









Pos 684- Peliharalah Lidah Mu dari Terlibat dengan Dosa.

Ketahuilah bahawa lidah itu harus dipelihara dengan baiki, kerana ia selalu sahaja melancung seimbang dengan tabiat manusia, tanpa dapat dikawal lagi. Angkara lidah dan jenayahnya bagitu meluas, seperti melakukan ghibah (mencaci), mencela, berbuat dusta, mengumpat, berkata ego, menghina orang, merasa makanan haram, menyinggung perasaan orang lain, mendoakan sesuatu yang tidak baik ke atas musuh, terlampau berlebih-lebihan  dalam tutur kata bicara, mengucap perasaan marah, memaki hamun orang dan banyak lagi yang berlaku sehari-harian yang menimbulkan dosa pada diri sendiri.

Maka hendaklah lidah itu dijaga dari segala perkara tersebut, sebab lidah itu juga diciptakan bagi manusia untuk tujuan-tujuan yang menafaat, bahkan lidah itu diciptakan ialah untuk menyebut sesuatu yang baik atau mengingatkan sesuatu yang seumpamanya, seperti menuntut ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain, juga untuk membimbing manusia ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t., juga untuk mendamaikan antara dua orang yang bercanggah, dan diciptakan juga untuk membuat amalan-amalan kebajikan yang boleh mendatangkan pahala di akhirat kelak.

Sekianlah dahulu untuk renungan.


              -------oooooooo-----

No comments:

Post a Comment