Tuesday, 18 December 2012
Pos 682 -Cara Mengenang Nasib Kita
Pos 682 - Cara Mengenang Nasib Kita.
Bahawasanya maka setiap pagi setelah sembahyang Subuh, hendaklah kita mengosongkan hati kita dari segala perkara, lalu mengenang nasib dengan berkata kepada diri sendiri: Aku tidak mempunyai sesuatu benda yang berharga pun untuk diri ku selain dari umurku sahaja. Setiap kali aku rasa umurku berlanjutan, setiap itulah aku merasa mudaku berkurangan. Semakin hari semakin kecewalah aku berniaga atau mencari keuntungan.
Hari ini adalah suatu hari baru yang telah ditaqdirkan oleh Allah s.w.t. bagiku untuk hidup lagi, dipanjangkan umurku serta dibenarkan aku untuk mengecap nikmatnya. Andaikata Allah mentaqdirkan aku mati, nescaya aku akan bermohon untuk kembali lagi ke dunia, walaupun satu hari sahaja supaya aku dapat membuat amalan-amalan yang soleh.
Wahai jiwaku...!Awas...! jangan sampai engkau sia-siakan, jangan engkau sia-siakan hari ini kerana setiap nafas dari nafsu-nafsumu itu adalah mutiara yang tidak boleh dinilai. Jangan engkau bermalas-malas dan condong pada melakukan sesuatu yang tidak berguna, sehingga engkau terluput dari orang-orang yang berpangkat 'aliyyin.
Sekian untuk renungan....
------ooooo--------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment