Pos 696 -Makan dan Minuman dari Sumber Haram
Ketahui bahawasanya seeorang itu tidak akan mencapai keimanan yang hakiki
sehingga di ada padanya empat perkara berikut:
a. Menunaikan segala fardunya dengan di iaringi
sunat-sunat.
b. Memakan
yang halal dengan penuh waraknya.
c. Menjauhi
segala larangan Allah SWT lahir dan batin.
d. Bersabar
dalam keadaan serupa itu sehingga akhir hayat.
Sabda Rasululah s.a.w.:
”Seseorang yang makan Minumnya
daripada Sumber yang Haram Doanya Tidak Akan Dikabulkan.”
(H.R.Bukhari
dan Muslim)
Rasullah s.a.w. bersabda ”Allah
s.a.w. ialah Zat yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci
sahaja. Dia telah memerintahkan
orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan rasul-rasulNya.
Firman Allah s.a.w.
يَأَ يُّهَا الرُّسُلُ كُلـُوْا مِنَ الطَّيِّبَتِ وَاعْمَلـُوْا
صَلِحًا . إِنـِّىْ بِمَا تَعْمَلـُونَ عَلـِيم.ٌ
(المؤمنون 51)
”Wahai rasul-rasul, makanlah daripada
benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang
kamu kerjakan.”
(Al-Mukminun
ayat 51)
Di tempat yang lain Allah s.w.t. berfirman
lagi :
يأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبت ما رزقنكم.
(البقرة: 172)
“Wahai orang
yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan
kepada kamu.”
(Al-Baqarah ayat 172)
Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebut
tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh. Dengan rambut
yang kusut-masai, pakaian yang berdebu-debu, lalu mengangkat tangannya kea rah
langit dan berkata
“
Ya, Allah, Ya Allah”. Tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya
juga haram, sentiasa memakan makanan yang
haram, bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” (Jam’ul Fawaid)
Keterangan.
Orang ramai kadang-kadang tidak terfikir
sebab-sebab doa orang Islam tidak diterima. Tikar sembahyangnya yang diambil dari masjid
tanpa keizinan. Pakaiannnya dari jenis yang diharamkan syarak. Makanannya dari
wang yang diterima daripada wang judi.
Kita boleh membayangkan keadaan yang sebenar daripada mahfum hadis di atas.
Kadang-kadang Allah s.w.t. turut menerima doa daripada orang-orang kafir pun
kerana kemurahan dan kurniaanNya, Namun,
doa orang yang bertakwalah sebenarnya yang berkesan.
Oleh sebab itu, doa orang-orang yang
bertakwa sahajalah yang sangat-sangat diharapkan. Mereka yang inginkan doa
mereka diterima oleh Allah s.w.t. hendaklah mengambil berat untuk menjauhkan
diri mereka daripada harta dan perbuatan yang haram.
Sekia dahulu, mudah-mudahan dengan
kenyataan yang ringkas dapat meresap ke jiawa anda dan akan mengambil iktibar dalam kehidupan sehari-harian anda.
Wassala mualaikum. (Kitab Fadhilat Amal m.s. 71)
------------ooooooooo------------------
No comments:
Post a Comment