Wednesday, 19 December 2012

Pos 687 - Apa hukum solat Aidil Fitri/Adha imam baca tasbih kurang













Pos 687  - Apa hukum solat Aidil Fitri/Adha imam baca tasbih kurang

Apakah hukumnya kalau solat Idilfitri atau Idiladha, takbir rakaat pertama Imam membaca takbir tujuh kali tetapi kalau rakaat kedua Imam terlupa membaca sebanyak lima kali takbir ?

Jawapan

Takbir tujuh kali selain TakbiratulIhram, pada rakaat pertama solat Idilfitri atau solat Idilahda adalah sunat. Bukanlah dari pada rukun dan bukan daripada sunat Ab’ad. Takbir-takbir tersebut hanya sunat Hai’at. Oleh kerana itu meninggalkannya tidaklah mengurangi hakikat sembahyang sehingga dapat
membatalkannya dan tidak disunatkan untuk bersujud sahwi kerana meninggalkannya. Hanya makruh hukumnya jika meninggalkannya dengan sengaja. Solat Idilfitri atau Idiladha dilakukan tanpa takbir tujuh dan lima kali takbir itu sah dilakukan.
 (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms. 69.)

No comments:

Post a Comment