Pos 710– Qiradh-Mudharabah (Pemberian Modal)
Qiradh ertinya memutuskan. Tetapi yang dimaksudkan dalam istilah syarak ialah suatu aqad yang dilakukan oleh pemodal dengan cara meyerahkan modalnya itu kepada orang lain supaya diperniagakannya, dan keuntungannya akan dibahagi di antara mereka.
Misalnya, Taufiq berkata kepada Hidayah:
”Saya serahkan wang sebanyak limna ribu ringgit ini kepada kamu supaya anda perniagakan dan keuntungannya kita bahagi dua.”
Hidayah menjawab: ”Saya terima”
Rukun Qiradh ialah enam perkara:
1..Pemodal: Ialah orang yang menyerahkan modalnya supaya
diperniagakan dan ia mendapat bahagian daripada keuntungan
perniagaan itu serta bersedia pula menanggung kerugiannya.
2..Peniaga: Ialah orang yang memperniagakan modal yang
disderahkan kepadanya, dan ia mendapat bahagian daripada
keuntungan perniagaan itu.
a.. Syaratnya:
Hendaklah ia orang yang sah memperlakukan pekerjaan bagi
modal yang diserahkan kepadanya, iaitu baligh, berakal dan
tidak ditegah mempergunakan hartanya sert ia seorang yang
celik (baik).
b..Hendaklah ditentukan perniagaannya.
c..Hendaklah ia sendiri yang bertanggungjawab di atas
pekerjaan bagi modal yang diserahkan kepadanya, agar ia
dapat bekerja menurut budi bicaranya.
3.. Modal: Ialah harta yang diserahkan oleh pemodal kepada seseorang
untuk diperniagakan.
Syaratnya:
a.. Hendaklah ia wang yang diperlakukan sekarang ini.
b.. Hendaklah ia diketahui jenisnya, jumlah dan sifatnya, srperti
wang dolar atau ringgit,masih lakukah lagi wang itu atau telah
dimansukhkan.
c..Hendaklah ia ditentukan, seperti katanya:
”Saya serahkan wang lima ribu ringgit ini kepada anda untuk
diperniagakan.”:
4.. Pekerjaan: Iaitu perniagaan dengan menggunakan modal yang
diserahkan oleh pemodalnya.
Syaratnya:
a.. Hendaklah ia merupakan perniagaan.
b.. Janganlah ia mempersempitkan ke atas peniaga. Hendaklah ia
diberi kebebasan dalam menjalankan pekerjaannya itu menurut
budi bicaranya.
5.. Keuntungan: Iaitu hasil dari dua sumber:
a.. Pertama -Modal yang dikeluarkan oleh pemodal dan
diserahkan kepada peniaga.
b.. Kedua Perniagaan yang diusahakan oleh peniaga berdasarkan
harta modal yang diserahkan kepadanya, setelah ditolak
modal;.
Syaratnya:
(1).. Hendaklah keuntungan itu untuk pemodal dan peniaga
saja.
(2).. Hendakkah keuntungan itu hak bersama bagi pemogal
dan peniaga. Tidak boleh dibolot semuanya untuk mana-
mana dari dua pehak.
(3).. Hendakla keuntungan itu dibahagi, dengan ditentukan
bahagian masing-masing, umpamanya dibahagi dua atau
dibahagi tiga.
6.. Ijab dan Kabul- Ialah tawaran untuk memperniagakan modal yang
tertentu dan kabul pula ialah penerimaan kepada tawaran itu.
Syaratnya:
a. Hendaklah ijab itu diikuti olel kabul dengan agak segera.
b..Hendaklah kedua-duanya didengar oleh orang yang berdekatan
dengnnya.
c..Hendakklah bersamaan kedua lafaz itu pada maknanya.
d..Hendaklah kedua-duanya tidak pakail ta’alik.
e..Hendaklah kedua-duanya tidak berubah sebelum adanya kabul.
7...CARA BERKERJA.
a.. Yang bekerja (peniaga) hendaklah bekerja dengan ikhls se
ikhlasnya.
b.. Tidak boleh menghutangkan barang.
c.. Tidak boleh membawa barang keluar negeri, kecuali dengan izin
tuan puya modal,
d.. Tidak boleh membelanjakan wang qiradah (pemberian modal)
untuk dirinya sendiri.
e.. Tidak boleh bersedekah dari wang qiradah.
f.. Belanja untuk keperluannya hendaklah diambil dari koceknya
sendiri.
8..SUMPAHAN.
a.. Oleh kerana yang bekerja (peniaga) wajib ikhkas dalam saegala urusan yang bersangkutan dengan qiradah, maka ia hendaklah membenarkan dirinya dengan sumpahnya, sekiranya ia mengatakan tidak untung atau ada untung hanya sedikit, maka itulah sumpahnya.
b.. Begitulah juga tentang banyak dan sedikitnya modal pokok, atau ia mengatakan modal pokoknya sudah hilang, maka semua dakwaan tersesut hendakklah diterima dengan sumpahnya.
c..Kalau terjadi selisih faham antara keduanya (yang bekerja dan tuan punya modal) tentang penmbahagian keuntungan, umpamanya yang bekerja mengatakan untuknya seperdua, sedang yang punya modal mengtakan sepertiga, kedua-duanya hendaklah bersumpah, dan yang bekerja diberi keuntungan menurut kebiasaan yang berlaku di tempat dan waktu itu.
d.. Aqad Qiradah adalah aqad percaya mempercayai, maka sekiranya ada barang yang hilang, yang berkerja tidak wajib mengganti, kecuali apabila disebabkan kecuaiannya.
e.. Kerugian hendaklah ditutup dengan keuntungan. Kalau masih rugi juga, kerugian itu hendaklah ditanggung oleh pemodal, bererti pekerja, tidak dituntut mengganti kerugiannya. Aqad Qiradh samalah seperti sistem Mudharabah yang digunakan di mana-mana bank di Malayia hari ini.
------------------ooooooooooooo--------------------------