Tuesday, 22 January 2013

POS 711 - NABI MUHAMMADPOS 711 - PERINTIS PERADABAN ISLAM (Bermula 610 M )












POS  711 - NABI MUHAMMAD PERINTIS  PERADABAN  ISLAM (Bermula 610 M



Bersempenaan hari kelahiran Nabi Muhammad  s.a.w. pada 12 Rabiul Awal  (571 M) penulis ingin membahas  sekilas mengenai usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w. dan dakwah baginda di kota Makkah dan usaha meletakkan dasar-dasar peradaban Islam di Madinah.
Nabi Muhammad adalah lahir daripada keluarga Quraisy keturunan Ismailiyah, salah satu keturunan Nabi Ismail, putera Nabi Ibrahim  iaitu suku terbesar dan berjaya dari waktu ke waktu menguasai bangsa Asrab.

Sejarah kaum Quraisy bermula apabila Qusay (400-480 M) berjaya menyatukan sukun-suku Quraisy pada abad kelima Masihi.  Qusay mempunyai tiga orang anak iaitu Abdul ad- Dar, Abdul Manaf dan Abdul Uzza. Daripada Abdul Ad-Dar, lahir keturunannya bernama Bani Abdul ad-Dar manakala Abdul Manaf pula lahir keturunan Bani Abdul Manaf.

Sebelum Qusay meninggal dunia, beliau mewasiatkan jawatan pemimpin kota Makkah dan penjaga Kaabah kepada anak sulungnya yang bernama Abdul ad-Dar. Abdul ad-Dar menerima wasiat dengan menjalankan tugas menjaga Darul Nadwah, urusan Hijabah, panji-panji perang, minuman dan perlindungan untuk orang datang menunaikan haji di Makkah.
Apabila Abdul ad-Dar  meninggal dunia, pemerintahnya diwariskan kepada Bani Abdul ad-Dar. Namun apabila Abdul Manaf meninggal dunia, berlaku perebutan antara Bani Abdul ad-Dar dan Bani  Abdul Manaf.  Akhirnya, pemerintahan berpecah kepada dua bahagian. Pertama bahagian pemerintahan Darul Nadwah, panji-panji perang atau ketenteraan dan hijabah diserahkan kepada putera Abdul ad-Dar  iaitu Abdul Syam.
 Kedua bahagian  pentadbiran seperti memberi minuman dan perlindungan kepada jemaah  haji diserahkan kepada putera Abdul Manaf bernama Hashim.  Walau bagaimanapun, kuasa  pemerintahan yang ada pada Abdul Syam akhirnya diserahkan kepada saudaranya yang bernama Hashim yang lebih pakar  dalam bidang peperangan.
Abdul Syam mempunyai putera bernama Umaiyah tetapi beliau tersingkir daripada keturunan Hashim kerana Umaiyah berusaha merebut kekuasaan itu daripada Hasyim  yang sebab itulah dia  akhirnya disingkirkan.

Hashim adalah putera Abdul Manaf dan moyang kepada Nabi Muhammad. Beliau mempunyai saudara bernama Abdul Mutalib. Beliau diberi kepercayaan memimpin suku Quraisy bagi menggantikan ayahnya kerana sifatnya yang dermawan lagi bijaksana.
Apabila Hasyim  meninggal dunia kuasa berpindah kepada Abdul Manaf. Namun,Harb putera Umaiyah bin Abdul  Syam tidak mengaku kepimpinan Abdul Mutalib lalu menyebabkan dia terusir dari Makkah seperti ayahnya. Maka punca permusuhan antara Bani Hasyim dengan Bani Umaiyah adalah berpunca daripada moyang mereka  pada masa silam.
Seterusnya, Abdul Mutalib mempunyai tiga orang putera iaitu Abbas, Abu Talib dan  Abdullah.  Daripada Abbas lahir pemimpin-pemimpin yang  pada akhirnya berdiri Kerajaan  Bani Abbasiah pada tahun 750 M. Sementara itu Abu Talib menjadi tokoh yang disegani di kalangan Quraisy dan mempunyai putera bernama Ali.  Abdullah berkahwin dengan  Aminah binti  Wahab  yang melahirkan Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad sebelum menjadi Rasul (571-610 M)
Nabi Muhammad lahir pada 12 Rabiul Awwal (571 M) dalam keadaan yatim. Ayahnya (Abdullah) meninggal dunia semasa pulang berdagang dari Syria. Selepas Nabi Muhammad disusukan oleh ibunya (Aminah), beliau disusukan oleh Tsuwaibah, hamba Abu Lahab. Menurut adat masyarakat Arab, anak yang baru lahir akan  diserahkan kepada perempuan-perempuan lain bagi menghindari daripada penyakit-penyakit masyarakat setempat.  Nabi Muhammad juga ada diserahkan kepada Halimah as-Saadiah daripada Bani Saad untuk  disusukan.

Maka apabila umur Nabi Muhammad mencapai enam tahun, beliau diserahkan kembali kepada ibunya iaitu Aminah. Pada usia baginda enam tahun ini, ibunya pula meninggal dunia yang mana kejadian itu berlaku semasa Baginda dan ibunya dalam perjalanan pulang dari menziarahi kubur ayahnya di Abwa’ iaitu satu tempat  yang terletak berdekatan dengan Madinah.  Maka beliau diasuh sementara waktu oleh Ummu Aiman, seorang hamba yang pernah membantu Aminah .  Selepas itu,Nabi Muhammad pula diserahkan kepada datuknya, iaitu Abdul Mutalib.  Selepas dia bersama datuknya, maka  datuknya pula meninggal dunia. Maka Nabi Muhammad pun dipelihara oleh bapa saudaranya yang benama Abu Talib sehinggalah baginda berusia remaja. Keadaan Abu Talib menjaga Nabi Muhammad amatlah dia disyangi  seperti mana anaknya sendiri.

No comments:

Post a Comment