Tuesday, 8 January 2013

Pos 707 - Berbuat Baik Padab Ibu Bapa












Pos 707 - Berbuat Baik Padab Ibu  Bapa



        Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.  Masa mengandungnya sampai menceraikankanya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata:
  Ya Tuhanku…..taufiqkanlah aku  
  (tunjukilah hatiku) buat
   mensyukuri nikmat Engkau, yang 
  telah Engkau berikan kepadaku dan
kepada dua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan soleh yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunan ku).  Sungguh aku bertaubat kepada Mu dan aku termasuk orang-orang Islam.
Keterangan ayat tersebut:-

Allah s.w.t. mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia, supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapa, terutama kepada ibunya, kerana ia mengandung dengan susah payah dan melahirkan dengan suasah payah pula.  Sejak mulai mengandung sampai menceraikan dari  susuan 30 bulan lamanya.  Seabab itu harusalah kita berterima kasih kepada Allah atas nikmat-Nya kepada kita dan kepada ibu bapak kita serta beramal soleh, suraya mengharapkan agar anak cucu kita (keturunan kita) menjadi anak-anak yang soleh pula yang akan menggantikan kita di belakang hari.  Orang-orang itulah yang diterima Allah amalannya dan diampuni kesalahanya.

 
Firman Allah s.w.t. ”  : -



وَوَصَيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ اِحْسَنًا حَمَلَتْهُ اُمُّهُ كُرْهًا

وَّوَضَعَتْهُ كُرْهًا. وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَثُوْنَ شَهْرً

حَتَّى اِذَا بِلَغَ اَشُدَهُ وَبَلَغَ اَرْبَعِيْنَ سَنَةً. قَالَ رَبِّ اَوْ 

زِعْنِىْ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الـَّتِىْ اَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَى

وَالِدَىَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْ ضَهُ وَاَصْلِحْ لِىْ

فِىْ ذُرِّيَتِىْ.اِنِّىْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّىْ مِنَ الـْمُسْلِمِيْنَ.






Sekian dahulu buat pertama kali dalam siaran Blog ini, akan kembali lagi dalam beberapa Siaran Blog lagi. Insaya Allah............!
---------------ooooooooooooo-------------























No comments:

Post a Comment