POS 715 - Cabaran dan Dugaan mendidik anak
.
Menjadi ibu bapa pada zaman sains dan teknolohgi yang sangat pesat dan
berkembang dan berubah bukanlah mudah. Ibu bapa menghadapi cabaran dan dugaan
dalam usaha untuk membesar dan mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak
mulia anak mereka.
Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibu bapa ialah peringkat peralihan
dari pada zaman kanak-kanak kepada remaja apablia anak-anak mula menunjukkan
perubahan dalam tinghkah laku, dalam pergaulan, minat, pilihan kawan,
peningkatan nafsu syahawat, gaya berpakaian dan sebagai lagi.
Peringkat remaja ini yang penuh dengan pelbagai pengaruh serta tekanan luar
dan kebanyakannya membawa prengaruh tidak baik iaitu yang melekakan,
menyeleweng akidah dan akhirnya merosakkan akhlak serta menyebbkan pelbagai
salah laku dan jenayah remaja.
Dengan pembangunan sosio ekonomi yang berlaku begitu pesat, minda,
ketahanan iman dan jati diri mudah tergugat kerana pengaruh pemikiran diimpot, budaya
nilai luaran yang mencemari serta menghakias keperibadian nilai dan budaya
timuran dan Islam.
Akhirnya ketahanan diri remajha
luntur dan pupus, menyebabkan sebahagian daripada mereka terjebak dalam
penagihan dadah, jenayah, lepak, pengguguran anak dan maksiat. Segala masalah dan gejala itu
dipertanggungjawabkan ke atas ibu bapa atau penjaga anak.
Ketika kanak-kanak, mereka manja, suka disayangi, dipeluk, dicium dan
sangat menghiburkan ibju bapa. Apabila
menjangkau ke peringkat remaja, mereka
berubah laku, tidak sukla berkomunakasi
deng ibu bapa. Remaja lebih sulka
berinteraksi dengan rakan sebaya. Jika
mereka pilih rakan yang mengajak kepada kebaikan atau amal makruf, bersyukur
kita. Ramai daripada mereka lebih suka mengajak kepada kemungkaran dan maksiat.
Sedikit demi sedikit tabiat buruk meresapi ke dalam jiwa remaja dan
akhirnya mereka berubah kepada keburukan.
Remaja lebih suka menghadap televesyen, radio dan computer daripada
bersemuka dengan ibu bapa dan adik beradik.
Ini mempunyai kesan negative keeana dengan keasyikan itu, mereka mengabaikan pelajaran. Mereka, tidak menyahut panggilan ibu bapa untuk
makan, bersembahyang dan aktivti bersama.
Pergaulan dengan rakan sebaya menyebabkan mereka mempelajari tabiat
negative. Anak muda mula merokok, minum
arak dan dengan sedikit deemi sedikit mereka terdedah kepada maksiat seperti ke
kjelab malam dan ramai terperangkap
dalam penyalahan dadah dan aktiviti perzinaan atau seksual di luar nikah.
Dengan ini secara ringkas, penulis membawa pada ibu bapa untuk membimbing
anak-anak mereka cara-cara bagaiman kita mampu melahirkan generasi remaja yang
memenuhi ciri-ciri warga Negara yang bertaqwa kepada agama Islam.
Ibu bapa perlu meningkatkan kefahaman al-Quran dari semasa ke semasa,
memperbaiki amalan yang dituntut Allah s.w.t. dan ini seboleh-bolehnya
dikerjakan bersama keluarga dengan diketuai oleh pihak bapa.
Malangnya pada zaman begitu mewah
ini, kebanyakan ibu bapa leka dan memandang rendah kegiatan
keagamaan.... Islam sahaja yang dapat
menyelamatkan anak-anak kita daripada segala gejala penyakit sosial.
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan sifat-sifat akhlak yang terbaik (sifa
t mahmudah) dan mulia seperti jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah,taubat, bersangka
baik, berani, berlapang dada, lemah lembut, kasih sayang sesama Mukmin,
tawakkal, takutkan Allah, pemaaf, pemurah hati, bersyukur, zuhud, bertolak
ansur,redha, sabar, rajin tidak berperasaan riak, tidak takbur, menghormati ibu
bapa dan orang tua,dan menghormati jiran.
Ibu bapa tidak melakukan perkara-perkara maksiat seprerti ,minum arak,
berzina, berjudi, berbohong, penipu, menderhaka, dan hendaklah mengerjakan amal ibadat
termasuk yang sunat-sunat mengerjakan
amalan Qiamullail (sembahyang malam), besedekah dan sebagai lagi, yang akan
menjadi contoh kepada anak-anak remaja kita.
Ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan tauladan di dalam rumah tangga,
seperti tidak mempunyai sifat-saifat mazmumah (amalan buruk) iaitu riak, ujub,
takbur, hasad dengki, marah-marah, dendam, bakhil, banyak cakap bohong, banyak
makan, penakut, cinta dunia, gila pangkat, gila harta dan suka mengumpat.
Kesimpulannnya untuk menjadikan anak-anak di zaman sains dan teknologi ini
sebagai manusia yang cemerlang, kita
perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Hadith kerana dengan cara
sedemikian itu sahaja anak-anak kita boleh mencapai ke tahap kecemerlangan yang
kita inginkan itu.
Firman Asllah s.w.t.:-
لـَّذِيْنَ آمَنُوْا لَايَسْخَرَ قَوْمٌ
مِنْ قَوْمٍ عَسَى أ نْ يَكُوْنُوْا
خَيْرًا مِنْهُمْ, وَلَانِسَاءٌ مِنْ
نِسَاءٍ عَسىَ أ نْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ. (الحجرات : 11)
“Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain. Sebab munkin sekali mereka yang dihina itu
lebih baik dari yang menghina. Dan janganlah pula kaum perempuan menghina kaum
perempuan yang lain, barangkali mereka
yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.” (Al-Hujrat, ayat 11
. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ
سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ
. ( الانعام (120)
“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan
dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa
yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat
120).
Sekian dahulu
dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih
lagi berkenaan solat fardhu, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar
kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu
dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
--------------ooooooooooooooo--------------
No comments:
Post a Comment