Pos 706 -Yang Merosakkan Akidah
Akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah
yang berlandaskan manhaj Salah as Soleh hanya menetapkan tanpa dipersoal atau
diperbincangkan segala apa yang telah Allah tetapkan di dalam kitabNya
(al-Quran) dan segala apa ayang telah dijelaskan oleh NabiNya di dalam
hadith-hadithnya yang sahih.
Keimanan yang murni dan sempurna
yang dimaksudkan oleh syara’ ialah apabila seseorang itu mengimani setiap
nama-nama, sifat atau zat Allah tanpa
melakukan apapun perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Adapun
perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah seseorang Muslim ialah:
Kerosakan 1. Takyif – (تَكْيِيْفٌ)berwazankan
taf’il ( تَفْعِيْلٌ)
Ia dari kata kerja ”Yang
menggambarkan kaifiyah (bagaimana) bentuk atau hakikat ”. Atau Menggambarkan
hakikat bentuk dari makna-makna tertentu yang hanya diketahui oleh Allah. Seperti menggambarkan hakikat zat Allah,
hakikat sifat-sifatNya atau hakikat kewujudannya.” Atau mereka-reka menceritakan, membincangkan,
mempersoalkan atau menanyakan bagaimana nama-nama, sifat atau zat Allah
tersebut.”
Kerosakan 2. Tasybeh/tamsil (تَمـْثـِيـْــلٌ) adalah berwazan
taf’il .(تَـفْـعِـيْـــل)
Ia diambil dari kata dasar (مَثَـلٌ اَوْ
مِـثـْــل ٌ) yang bererti –“Tandingan” atau “Seteru”. Dalam syara’ tamsil bermaksud “Mengithbatkan,
bandingan, menyerupakan atau memisalkan nama-nama, sifat atau zat Allah dengan
sifat atau zat makhlukNya”.
Terdapat dua bentuk Tamsil.
Pertama – Qiyas Tamsil.
Iaitu mengangkat salah satu dari beberapa makhluk yang
dijadikan Tuhan kemudian dianggap sebagai Khalik, atau makhluk diangkat sebagai
Tuhan secara dasar dan yang lain sebagai cabang, kemudian manganalogikan
(menserupakan) atau mengqiyaskan yang satu dengan yang lain. Bentuk ini
terbahagi dua;
a. Qiyas Kuli –
Iaitu mengqiyaskan zat dengan zat. Misalnya mengatakan bahawa zat Allah serupa
dengan zat makhluk atau sebaliknya.
b. Qiyas Juzi. Mengqiyaskan sebahagian sifat Allah dengan
sifat makhluk atau sebaliknya.
Kedua. Qiyas tamsil Yang Syumul.
Iaitu memasukkan Khalik dan makhluk dalam satu kaedah umum di
mana semua bahagian menduduki keadaan yang sama di dalamnya. Misalnya- Mengatakan bahawa semua yang mewujud
adalah satu bentuk atau semua yang mempunyai sifat adalah makhluk.
Kerosakan 3.. Ta’dil ( (تَـعْـطِـيْلٌ
Ia diambil dari kata al’atal yang
bermaksud, mengosongkan atau meninggalkan.”
Kalimah ini boleh
di temui di dalam al-Quran seperti:
وَبِـءْـر ٍ مُّعـَطَّلـَـة ٍ (الحج
اية 45)
“Perigi
yang ditinggalkan”
Ta’til juga diertikan – “Membatalkan, mengingkari atau
menolak sifat, nama-nama dan zat Allah yang sudah ada nasnya di dalam al-Quran
dan As-Sunnah”. Atau juga “Meniadakan
ketetapan atau makna nas-nas al-Quran dan As-Sunnah dari maksudnya yang hakiki”
Pembahagian Ta’til ini terbahagi
tiga iaitu;
a.
Pertama –
Menolak, menafikan atau meniadakan
hakikat kesempurnaan Allah s.w.t. dengan menafikan atau meniadakan
nama-nama dan sifat-sifat Nya.
b.
Kedua - Menolak, menafikan atau meniadakan apapun
perkara yang berkaitan dengan Allah sehingga meninggalkan ibadah dan ketaatan kepada Nya. Atau mengibadah selain Allah s.w.t.
c. Ketiga –
Menolak, menafikan atau meniadakan kekuasaan dan keberadaan Allah s.w.t.. Mengengkari bahawa segala makhluk adalah
ciptaan Nya. Mengithbatkan, membandingkan sebaghagian atau seluruh makhluknya
kepada selain Allah. Meanggap makhluk itu lebih dahulu ada. Atau meanggap segala ciptaan Allah bukan
makhluk Allah s.w.t.
(Bersambung aan datang) aitu hal ehwal mengenai perkara “Tahrif”
(kalimah)
Sekian dahulu dan akan kit temui
lagi dalam masa yang singkat nanti.
(Rujukan –Kitab Akkidah Ahli
As-Sunnah Wal-Jamaah m.s., 240)
-------------oooooooooooo-----------------
No comments:
Post a Comment