POS 704 - AMAR MAKRUF DAN NADI MUNKAR.
Ketahuilah
bahawasaya amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi munkar (mencegah
melakukan kejahatan) adalah puncak tertinggi dalam agama Islam. Ia merupakan suatu soal yang amat
penting sekali, yang kerananya Allah s.w.t. telah mengutus para nabi
sekalian. Andaikata tugas ini
dilengahkan dan segala jentera amar makruf dan nahi munkar itu dicuaikan, sama
ada dalam ilmu pengetahuan mahupun amalan, tentulah kesesatan beramahajarela
dan kejahilan terus akan melanda setiap orang, dan ketika itu negara akan
menjadi rosak binasa rakyatnya menjadi kacau bilau.
Oleh kerana itu, maka sewajarnayalah
kita memohon prerlindungan kepada Allah s.w.t. agar pekerjaan amar makruf dan
nahi munkar ini tiada terlepas dari puncaknya, sama ada mengenai amalan mahupun
imlunya, sehingg hakikat dan perasatnya tiada terhapus samasekali, dan sehingga
hati manusia tiada dipengaruhi oleh kekeliruan, sampai tertutup dari hati itu
ingatan dan perhatiannya kepada Allah s.w.t.
Oleh itu jangan sampai manusia akan
berwinang-winang menurutkan kemahuan hawa nafsi dan syahawatnya laksana
binatang. Ketika itu akanmenjadi sukar
sekali tedapat dfi atas muka bumi ini seorang mukmin dalam artikata benar-benar
beriman, yangtiada akan menghiraukan celaan orang dalam berpeganf kepada yang
benar dan hak. Tiada perlindungan melainkan kepada Allah sahaja, dan tiada
pengharapan melainkan kepadaNya hanya sahaja.
Berikut penulis membentangkan
tujuan-tujuan dari Blog ini, iaitu amar makruf dan nahi munkar serta kewajipan
menyempurnakannya, keutamaannya dan kecelaannya dalam melailaikannya.
Wajib menjalankan amar makruf nahi
munkar.
Tugas menjalankan amar makruf dan
nahi munkar ; iaitu menyruh membuat kebaikan dan melarang dari membuat
kejahatan menjadi wajib, ditilik dari beberapa ayat al-Quran seperti berikut:
وَلـْتَكُنْ مِنْكُمْ أ ُمَّة ٌ يَدْعُوْنَ إ ِلىَ الـْخَيْرِ
وَيَأ ْمُرُوْنَ بِالـْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الـْمُنْكَرِ وَأ ُوْلـَـءِـكَ
هُمُ الـْمُفـْلِهُوْنَ.
(ال عمران 104)
Maksudnya: Wajiblah ada di antara kamu suatu umat atau
golongan yang menyuruh manusia kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang
baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka
itulah orang-orang yang berjaya (bahagia). (Al-Imran
ayat 104)
Ayat tersebut jelas sekali menunjukkan kewajipan hukum amar
makruf dan nahi munkar. Sebab
perkataan وَلـْتَكُنْ yang bermaksud ”wajiblah
ada ” merupakan suatu perintah, dan zahir sekali perintah itu menunjukkan
kewajipan perkara yang di suruh. Kemudian dalam ayat itu diteranghkan pula
perkataan berjaya atau bahagia, yang mana pencapaian tingkat itu bergantung
dengan melakukan perintah yang wajib tadi. Perhatikanlah firmanNya وَأ ُوْلـَـءِـكَ
هُمُ الـْمُفـْلِهُوْنَ yang maksudnya: ”mereka itulah
orang-orang yang berjaya (bahagia).
Tenyata padanya bahawa tugas itu merupakan wajib fardu kifayah, bukannya
fatdu ’ain, yang mana bila sesuatu umat atau golongan menjalankan perintah
atau tugas itu, maka gugurlah
kefarduannya ke atas semua manusaia yang lain.
Firman Allah s.w.t. :
وَالـْمُؤْمِنُوْنَ وَالـْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أ َوْلـِيَاءُ
بعْضٍ يَأ ْمُرُوْنَ بِالـْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الـْمُنْكَرِ وَيُقِيْمُوْنَ
الصَّلَاةَ.
(التوبة: 71)
Maksudnya ; Dan orang-orang
yang beriman lelaki dan perempuan, setengah mereka menjadi pemimpin kepada
setengah yang lain; mereka menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari
mengerjakan yang jahat dan mereka mendirikan sembahyang. (At-Taubat ayat 71).
Firman Allah
s.w.t. :
فَلـَوْلَا كانَ مِنَ الـْقُرُوْنِ مِنْ قَبْلِكُمْ أ
ُوْلُوِا بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الـْفَسَادِ فِى الْاَرْضٍ إِلا َّ قَلِيْلاً
مِمَّنْ أ َنْجَيْنَا مِنْهُمْ.
Ertinya: Mengapa tidak
diperdapat dari angkatan (turunan) yang terdahulu dari kamu orang-orang yang
mempunyai kelebihan, yang akan melarang manusia dari mengerjakan keburukan di
muka bumi kecuali sebahagian kecil sahaja di antara orang-orang yang telah kami selamatkan. (Hud; 116)
Ayat tadi menerangkan kepada kita, bahawa Allah s.w.t. telah
memusnahkan semua mereka, kecuali
sebahagian kecil sahaja dari orang-orang yang telah mencegah melakukan
keaburukan itu.
Firman Allah s.w.t.
لَاخَيْرَ فِيْ كَثِيْرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إ لا َّمَنْ
أ َمَرَ بِصَدَقَةٍ أ َوْ مَعْرُوْفٍ أ َوْ
إ ِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلـِكَ ابْتـِغَاءَ مَرْ ضَاتِ اللهِ
فَسَوْفَ نـُؤْتـِيْهِ أ َجْرًا عَظِيْمًا.
(النسـاؤ: 11)
Maksudnya: “Tiada mendtangkan kebaikan dalam banyaknya
rapat-rapat rahsia mereka, melainkan yang mendangkan kebaikan itu ialah bagi
orang-orang yang menyuruh bersedekah, atau melakukan kebaikan, atau membuat
perdamaian antara manusia. Barangsiapa yang
mengerjakan itu kerana menhgharapkan keredaan Allah, akan kami berikan
kepadanya pahala yang besar.” (An-Nisa’: 11).
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Bakr as-Sidik r.a.:
Bermaksud:” Tidak ada suatu kaum pun yang melakukan
maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah
mereka dari perbuatannya itu tetapi ia tiada berbuat, tidakkah ia merasa bimbang bahawa Allah
hampir-hampir akan menimpakan siksaan atas nereka sekalian “ (HR Muslim)
1..Syarat yang menyebabkan nahi munkar itu perlu ialah :.
a. Ia hendaklah
perkara yang dicegah itu suatu perkara munkar ; iaitu perkara yang terlarang
dilakukan dalam syariat Islam. Perkataan
munkar lebih umum dari perkataan maksiat.
Sesiapa yang menyaksikan seseorang anak kecil, atau seorang gila meminum
arak, maka hendaklah ia menuangkan arak itu ke tanah. Begitu juga jika dia melihat seorang lelaki
gila berzina dengan perempuan gila, atau melakukan zina dengan binatang, maka
wajiblah ia mencegahnya, pada hal perkara itu tidak dikira satu maksiat atas
orang gila.
b. Selain itu munkar tidak dikhusuakan
semata-mata atas dosa-dosa besar sahaja, malah dikira munkar juga bila
bertelanjang seorang diri di dalam tempat mandi, ataupun berkhalawat (duduk
bersama-sama) dengan wanita-wanita asing (bukan mahram), memandang berturut-turut
kepada wanita-wanita asing. Semua itu
terkira dalam kategori dosa-dosa kecil yang wajib juga dilarang melaklukannya.
c.
Hendaklah
kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan yang
dapat
di lihat orang. Bukan yang diintip-intip.
Barangsiapa yang
melalukan maksiat secara tertutup di dalam
rumah seraya menutup
pintu rumahnya, tidak harus memasuki rumah
itu tanpa izin untuk
melihat maksiat yang dilakukannya, dan
tidak boleh juga di intip
kelakuannya di dalam rumahnya. Allah s.w.t. telah melarang
mengintip dalam firmanNya:
(وَلآتَجَسَّسُوْا ) _Janganlah kamu
mengintip-mengintip.
(Al-Hujrat 13).
d. Demikianlah
hendaknya dilakukan sehingga sekiranya seorang fasiq bila terlihat di kaki
kainya sesuatu, tidak haruslah diberitahu kepadanya agar tersingkap rahsianya.
Hendaklah kemunkaran itu dalam perkara-perkara
yang telah diketahui hukumnya, bukan yang dihukumkan secara berijtihad.a
yang disimpulkan melalui ijtihad, tidak boleh diinkari. Seorang yang bermazhab
Hanafi tidak boleh menghingkari perbuatan orang yang bermazhab Syafei dalam
perkara-perkara yang dutentukan menerusi ijtihad, yakni dalam masalah-lmasalah
yang dipertelingkahkan di antara para Imam mazhab, sebab tiada diketahui
kekhilapan orang yang tiada sependapat dengannya secara pasti, melainkan secara
zanni (di dasarkan atas sangkaan semata-mata).
e. Yang patut
diinkari bila ia merupakan kemungkaran yang dipersepakati dalam semua
Mazhab. Begitu pula kemungkaran yang
dilakukan oleh puak-puak yang membuat bid’ah yang tiada syak lagi telah
ternyata kesalahannya, harus ditegah, mdelainkan kesalahan-keslahan yang masih
dalam persangkaan sebagai hasil ijtihad. (390)
2..Darjat Pertama Mencegah Kemungkaran.
a. Iaitu memberi peringatan, yakni mengingatkan orang
yang di ingkari perilakunya, bahawa apa yang dilakukan itu adalah suatu munkar
yang dilarang oleh ugama. Sebab munkin
sekali orang itu melakukan tanpa pengetahuan dan bila ia diberitahu yang
perbuatannya itu adalah suatu munkar, munkin sekali dia akan menjauhinya. Dalam keadaan ini, pemberitahuan itu
hendaklah mengambil sikap lemah lembut
tanpa kekerasan, kerana dengan pemberitahuan itu sendiri sudah tersingkap
keburukan orang itu dan hatinya pun telah tersentuh. Jadi sebaik-baik cara untuk menutup malunya
ialah dengan kata-kata yang sopan
santun.
b. Misalnya ia
berkata: Sebenarnya manusia itu pernah dilahirakan terus menjadi ‘alim dan
mengerti segala-galanya, tetapi semua kita pada mulanya adalah jahil dan bodoh,
kemudian para ‘alim ulam’ pun mengenalkan kepada kita mana yang betul dan mana
pula yang salah. Yang sebenarny dalam perkara ini ialah bagini……….. dan
bagini…… Demikianlah caranya kita
menunjukkan orang itu akan kesalahannya, supaya pemberitahuan kita kepadanya
sampai tanpa menyakiti hatinya.
c. Sebab menyakitu
hati seseorang Muslim adalah haram dan ditegah dengan keras, manakala mengakui
kemungkaran yang dibuatnya dengan bersikap berdiam diri pula sama juga i
larang. Bukan orang berakal namanya,
bila ia mencuci darah dengan darah atau
membersihkan darah dengan aitr kencing.
Demikianlah perumpamaan bagi orang yang menegur sesuatu kemunkaran yang
dilakukan oleh seorang kawan dengan menyakiti harinya. (391)
3..Darjat Kedua Mencegah
Kemungkaran.
a.
Mencegah
kemungkaran dengan jalan memberi kuliah, memberi nasihat dan menggambarkan
ancaman Allah s.w.t. dan kemurkaannya.
Cara begini ditujukan kepada orang yang berani melakukan kemungkaran
itu, pada hal ia mengetahui bahawa yang dilakukannya itu suatu kemungkaran yang
ditegah oleh Allah s.w.t. iaitu seperti
orang yang selalu meminum minuman keras, atau yang sering menganiaya manusia
lain, atau suka mencaci kaum Muslimin dan seumpamanya.
b.
Orang yang
semacam ini perlu diberikan peringatan dan nasihat serta diancam dengan
kemurkaan Allah s.w.t.. Kepadanya harus
diingatkan mengenai berita-berita dari al-Quran atau hadis tentang ancaman yang
dijanjikan terhadap pelaku kemungkaran itu.
Perbanyakkanlah nasihat kepadanya tentang cerita-cerita perjalanan sulup
soleh dan peribadatan kaum muttaqin.
c.
Semuanya itu hendaklah disampaikan dengan
cara berlemah lembut, penuh belas
kasihan, bukan dengan cara kekerasan dan marah-marah. Juga hendaklah ia memandang terhadap
orang itu dengan pandangan seorang pembelas pengasih.
4.. Darjat ketiga Mencegah Kemungkaan.
a.
Menggunakan
kekerasan dalam mencegah kemungkaran, iaitu dengan mengucapkan kata-kata yang kasar dan berkesan. Ini
dilakukan apabila cara berlemah lembut dan memberi nasihat dengan baik tidak meninggalkan apa-apa faedah yang berkesan,
malah pelakuan semakin menunjukkan sikap menentang dan tidak peduli dan
seterusnya mengejek-ngejek terhadap nasihat dan petunjuk yang diberikan
kepadanya. Misalnya ialah seperti yang
berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran Alkarim.
أ ُفٍ لَكُمْ وَلِمَا
تَعْبُدُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ أ ِفَلَا تَعْقِلـُونَ.
(الأنبياؤ: 67)
Ertinya: Ces !.. kamu
sekalian..! mengapakah kamu
menyembah sesuatu selaian
dari Allah.akah kamu tidak
berakal…?
b. Walau
bagaimanapun apa yang dilakukan kepada orang itu, hendaklah jangan sampai
bersikap keterlaluan dalam megejinya.
Dalam tingkatan ini ada dua cara yang
mesti di ikuti iaitu:
(1). Janganlah sampai ia tergesa-gesa hendak mengamnbil
sikap
yang keras, melainkan dalam keadaan
drarurat sahaja, iaitu
sesudah semua usaha-usaha lain gagal
dan sikap berlemah
lembut tidak berguna lagi.
(2).. Hendaklah ia tidak mengucapkan
sesuatu kecuali yang benar
sahaja, ringkas pula, dan tidak
menyeleweng kepada perkara-
perkara yang tidak perlu,sehingga
ucapan itu tidaj menepati
sebabnya, tertapi memadailah ia bercakap sekadar yang
perlu
sahaja.
5.. Darjah Keempat Mencegah Kumungkaran.
a.
Mengubah atau
mencegah kelakuan pelaku kumungkaran itu dengan tangan sendsiri, seperti
menuanghkan arak dan memusnahkan barang-barang atau harta benda yang
menyebabkan berlakunya atau menahan
perlakuan dari melakukan kemungkaran itu.
b.
Dalam hal ini,
tiada dibenarkan kepada rakyat umum melainkan hanya menahan diri pelakunya
sahaja. Adapun menuangkan arak atau memusnahkan harga benda, maka kewajipan ini
terletak di atas pihak yang memerintah negara dan wakil-wakil merreka sahaja
yang boleh menjatuhkan hukumn sebat atau penjara atau sebagainya ke atas
orang-orang yang bersalah. (392)
6..Penangguhan Siaran.
Sekian dahulu penulisan ini, dan
akan di sambung lagi dalam Bab yang sama
sedikit masa lagi. Insya Sllah.....!
Wassala mualaikum warahmatullahi
wabarakatuh...!
(Rujukan: Kitab Bimbingan
Mukminin ms 390-392...)
---------------------------ooooo---------------------------------
No comments:
Post a Comment