Friday 25 January 2013

Pos 719 – Dakwan kepada Penduduk Madinah (622 M)







Pos 719 – Dakwan kepada Penduduk Madinah (622 M)

BAHAGIAN  YANG  KEENAM

Apabila mendapat tentangan daripada masyarakat Arab Makkah, Nabi Muhammad menukar strategi dengan berdakwah kepada jemaah haji yang datang ke Makkah. Melalui utusan haji dari Madinah, Nabi Muhammad mendapat tawaran daripada sebahagian penduduk  Madinah supaya beliau bersedia menjadi orang tengah antara mereka. Mereka mengalami konflik saudara khususnya antara suku Aus dan Khazraj. Selepas melalui jarak waktu lebih kurang satu tahun, Nabi Muhammad mengusulkan dua perjanjian dengan utusan dari Madinah ini.  Pejanjian itu dikenali dengan Perjanjian Aqabah 1 yang disertai oleh 73 pemnuda.  Mereka berjanji untuk setia mengikut dan menjalankan agama Allah.

Berhijrah Ke Madinah. (622 M)

Selepas persiapan dibuat dengan menggunakan strategi yang tersusun, pada tahun 622 M, NQBI Muhammad dan para pengikutnya beerhijrah ke Madinah.  Keputusan berhijrah dibuat kerana beberapa pertimbangan antaranya:

a. Tentangan dan siksaan yang berat oleh kaum Quraisy Makkah pada Nabi Muhammad dan para pengikjutnya. 

b.       Tawaran datangnya daripada penduduk Madinah sendiri yang adanya knflik di negeri itu, maka ada harapan untk kejayaan berdakwah.

c.        Madinah dapat membetrikan peluang bagi bagi menjalankan dakwah Islam, dilihat daripada sisi masyarakat dan lingkunganya.

d.       NabiMuhammad mendapat peeintah dari Allah bagi melakukan hijrah ke sana.

Ada beberapa strategi yang dilakukan oleh Nabi Muhammad supaya hjirah itu berjalan dengan lancar. Di  antaranya ialah:
a.     Nabi Muhammad  mengambil jalan selatan kota Makkah kerana sudah menduga  tentera Quraisy mengejarnya melalui jalan Utara.

b.     Nabi Muhammad tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi terlebih dahulu di dalam Gua Tsur bagi mengelirukan musuh.

c.      Nabi Muhammad mengambil jalan yang jarang digunakan oleh orang sekitarnya.
Selain strategi itu, beberapa orang pengikut terdekat Nabi Muhammad membantu beliau dalam perjalanan serta persembunyian.  Semuanya diatur rapi sehingga beliau dapat lepas daripada buruan dan kepungan.

Di Madinah, beliau disambut baik oleh penduduknya kerana mereka sudah lama merindukan kehadirannya.  Kaum Ansar (pendudk Madinah)  membantu keperluan-keperluan kaum  Muhajirin (kaum yang berhijrah). Mereka saling bekerjasama dalam menyebarkan dakwah agama Allah dan memenuhi keperluan hidup mereka sehari-hari.

Sekian dahulu dan bersambung ke Bahagian Ke Tujuh...
                     -------ooooo--------



No comments:

Post a Comment