Friday, 25 January 2013

POS 717 - TENTANGAN MASYARAKAT QURAISY
















POS  717 -  TENTANGAN MASYARAKAT QURAISY.

BAHAGIAN  KEEMPAT.

Oang  Arab Quraisy terus melakukan tentangan demi tentangan ke atas dakwah Nabi Muhammad. Kemuncak tentangan mereka adalah dengan melakukan penderaan ke atas pengikut agama Islam. Mereka menyakiti Nabi Muhammad serta orang yang mengiukuti ajarannya. Antaranya sahabat yang didera adalah Ammar bin Yassir. Beliau diseret di atas padang pasir pada waktu panas  terik  dan dihimpit dengan batu besar. Sumayyah, ibunya meninggal dunia kerana ditusuk dengan tomak.  Mereka didera kerana menolak paksaan majikannya supaya kembali pada agama lama dan menolak agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Hijrah Ke Ethiopia  (615 M)

Melihat pengikut-pengikutnya diseksa, Nabi Muhammad memewrintahkan mereka supaya berhijrah ke Ethiopia.  Ini kerana Nabi Muhammad mendapat wahyu pemerintah Ethiopia yang dikenali sebagai Najasyi adalah pengikut ajaran Nabi  Isa. Seramai 11 laki-laki termasuk Usaman n bin Affan dan empat wanita menyertai rombongan itu.  Mereka berhijrah pada bulan tujuh tahun ke-5 selepas kenabian. Walaupun Najasyi menerima kehadiran mereka, orang Quraisy Makkah tetap memberikan ancaman dan seksaan kepda para pengikut  Nabi Muhammad..
Orang Quraisy Makkah cuba memujuk bapa sudara Nabi Muhammad iaityu Abu Talib supaya menghalang Nabi Muhammad daripada berdakwah.  Namun Nabi Muhammad menjawab.

”Wahai bapa sudaraku, sekiranya mereka mampu menghadiahkan matahari ke tangan kanan ku dan menghadiahkan bulan ke tangan kiri ku, aku tidak akan berhenti berdakwah untuk selamanya.”

Usaha Nabi Muhammad itu membuahkan hasil apabila dua tokoh Quraisy, iaiatu Hamzah bin Abu Talib dan Umar bin Khattab memelukj agama Islam.  Perisatiwa ini berlaku selepas lima tahun Nabi Muhammad dilantik menjadi nabi.  Peristiwa itu mempengaruhi perkembangan dakwah Islam di Makkah.

Sewkian dahulu. Bersambung ke Bahagian Lima.

 --------------oooooooooooooooooooooo-----------------------------------





No comments:

Post a Comment