Pos 708 - JUJUR DAN AMANAH
Sifat jujur dan amanah merupakan sifat mulia yang perlu
dimiliki oleh setiap orang. Kehidupan
masyarakat akan menjadi lebih aman dan bahagia apabila mereka mempunyai
sifat-sifat tersebut. Ia perlu
direalisasikan oleh setiap orang tidak kira darjat dan keturunan.
Ruang lingkup bagi sifat jujur
dan amanah ini sangat luas. Ia
meliputi seluruh aktiviti harian setiap orang. Di antara perkara yang elok dilakukan bagi
menentukan wujudnya akhlak mulia, jujur dan amanah dalam kerhidupan seseorang
termasuklah ;
a.
Ibu bapa
merupakan orang yang bertanggungjawab secara langsung mengasuh dan mendidik
anak-anak mereka dengan sempurna kerana anak-anak merupakan amanah Allah SWT
yang perlu dijagai dengan sebaik-baiknya.
b.
Sentiasa
bersifat jujur dan amanah menjaga sesuatu barang yang ditinggalkan oleh
seseorang kepada kita.
c.
Memulangkan barang
atau sesuatu yang dijumpai kepada pemiliknya terutama jika kita mengetahui
pemilik barang tersebut.
d.
Anak-anak mesti
sentiasa jujur dan amanah untuk menjalankan arahan Ibu Bapa terutamanya dalam
bidang pelajaran dan sebagainya
e.
Tiak bdercakap
bohong sama ada kepada Ibu Bapa, kawan-kawan dan sebagainya mengenai sesuatu perkara yang diketehui atau
dilakukan.
Kesimpulan.
Orang
yang jujur dan amanah akan sentiasa mendapat keberklatan dan keredaan daripada
Allah SWT. Kehidupan setiap orang juga akan sentiasa berada dalam keadaan
aman dan tenteram apabila mereka telah menunaikan tanggungjawab yang diberikan.
No comments:
Post a Comment