Thursday, 24 January 2013

Pos 713 - NABI MUHAMMAD PERINTIS PERADABAN ISLAM (Bermula 610 M BAHAGIAN KEDUA.










 Pos 713 - NABI MUHAMMAD PERINTIS  PERADABAN  ISLAM  (Bermula 610 M
BAHAGIAN KEDUA.

Apabila Nabi Muhammad memasuki usia 25 tahun Siti Khadijah melamarnya selepas mengetahui sifat-sifat terpuji yang ada pada Nabi Muhammad semasa beliau menguruskan harta dagangannya.  Perkahwinannya dengan Siti Khadijah banyak membawa manfaat bagi mengembangkan dakwah.  Siti Khadijah adalah orang yang pertama menganut  Islam dan  banyak membantu Nabi  Muhammad daripada  segi moral mahupun material demi menyebarkan agama  Allah.

Melalui kegiatan perdagangan ini dan perilaku sehari-hari, NabiMuhammad terkenal sebagai orang yang dipercayai.  Pada usia 35 tahun, beliau mendapat gelaran ”al-amin” dan menyelesaikan masalah meletakkan Hajarul Aswad (batu hitam) bersama dengan para tokoh-tokoh masyarakat  Arab.

Perisatiwa itu berlaku semasa proses pembaikan semula Kaabah yang runtuh akibah banjir besar. Semasa perletakkan Hajarul Aswad  ke tempat  asalnya, suku-suku Arab bertelagah kerana berasa mereka yang  lebih layak meletakkannya. Bagi mereka, pereletakan oleh kaumnya boleh menjadikan mereka mulia dan dihormati. Apabila pertelagahan semakin parah, mereka membuat cadangan sesiapa yang datang ke Kaabah pagi esok yang  pertama sekali, ia akan diminta membuat cadangan bagaimana hendak meletakkan semula Hajararul  Aswad itu. Secara kebetulan Nabi Muhammad adalah orang yang pertama datang ke situ pada  pagi itu, lalu semua ketua-ketua  kaum Arab itu meminta Nabi Muhammad menjadi  hakim menyelesaikannya masalah tersebut.

Maka Nabi Muhammad pun meletakkan  hamparan  serbannya dan meletakkan Hajarul  Aswad di atas serbannya, lalu ia memanggil wakil setiap kaum Arab itu memegang serban yang mengandungi Hajarul Aswad lalu membawa ke tempat asalnya. Sampai di tempatnya, Nabi Muhammad sendiri mengangkat dan meletakkan Hajarul  Aswad ke tempatnya sebagai mewakili semua kaum. Tindakan  Nabi Muhammad itu mendapat pujian masyarakat  Arab sekaligus mengangkat  namanya.

Nabi Muhammad selepas Kerasulan  (610-632 M)
Ketika memasuki usia 40 tahun, Nabi Muhammad hidup dalam keadaan masyarakat  Arab Jahiliah.  Beliau sentiasaa mencari jawapan yang tepat bagi mengeluarkan masyarakat  Arab daripada sifat-sifat  jahiliah.  Akhirnya, beliau berdakwah bersendirian di Gua Hira’ selama beberapa waktu bagi mencari jawapan. Di situ, beliau mendapat  jawapan  daripada Allah melalui malaikat  Jibril dengan turunnya wahyu pertama surah ”al-Alaq,” ayat  1 hingga 5.  Wahyu itu memerintahkan Nabi Muhammad  membaca dengan nama Allah.  Selang beberapa waktu, beliau menerima perintah supaya berdakwah dan menyebarkan agama Allah kepada semua manusia, bermula daripada keluarga seterusnya kepada sahabat terdekat.

Peringkat pertama dakwah Nabi Muhammad kepada masyarakat Arab Quraisy di Makkah adalah mengenai ketuhanan . Nabi Muhammad menerangkan konsep percaya hanya pada  satu Tuhan. Tuhan yang  dimaksudkan adalah  Allah iaitu Tuhan yang mencipta  alam semesta, pemberi  kehidupan, penentu kematian, pemberi rezeki dan lain-lain.
Nabi Muhammad yakin, masyarakat  boleh  berubah apabila faham  mengenai ketuhanan.  Selain itu, konsep ketuhanan yang benar membawa pengaruh yang luar biasa kepada  kehidupan-kehidupan lain seperti politik, ekonomi, undang-undang, keamanan dan lain-lain.  Kesimpulannya, dakwah beliau menekankan aspek bertuhan kepada Allah dalam erti yang luas.

Strategi dakwah Nabi Muhammad  tertumpu kepada keluarga terdekat secara sembunyi. Kemudian, Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya berdakwah kepada masyarakat  awam secara  terang-tereang.  Pada peringkat permulaan, hanya sebahagian kecil masyarakat menerima dakwahnya seperti Khadijah, Abu Bakar dan Syidina Ali. Mereka percaya pada kerasulan Nabi Muhammad melalui  kitab-kitab suci terdahulu. Namun, sebahagian besar daripada masyarakat  Arab Quraisy yang  dipelopori Abu Jahal dan Abu Lahab menolak dakwah Nabi Muhammad. Bagi mereka, tauhid yangh dibawa oleh Nabi Muhammad dianggap bertentangan dengan kepercayaan dan  agama-agama nenek moyang mereka.  Selain itu, mereka bimbang agama baru itu menggugat kuasa dan mengancam ekonomi mereka.


                     ----------------------oooooooooooooooooo--------------------

No comments:

Post a Comment