Friday 25 January 2013

Pos 718 – Pomboikitan Bani Hasyim (616 M)






















Pos 718 – Pomboikitan Bani Hasyim (616 M)
BAHAGIAN  KELIMA

Ramai di kalangan Arab Quraisy mempertahankan Nabi  Muhammad terutamanya daripada Bani Hasyim dan Bani Muttalib. Akhirnya, para pemimpin Quraisy bersatu memboikot keluarga Bani Hasyim dan Bani Muttalib termasuk Nabi Muhammad dan para pengikutnya. Mereka mengusirnya ke suatu wilayah yang disebut  Lembah Abu Talib. Mereka melarang orang  Arab lain daripada berkahwin dengan keturunan Bani Hasyim danBani Muttalib, tidak boleh berurusniaga, tidak boleh duduk semeja dan bergaul dengan mereka.  Selama tiga tahun di sana, makanan disekat supaya tidak sampai ke wilayah itu.

Tahun Krsedihan ( 619 M)

Tidak lama selepas pemboikotan itu, datang pula ujian berat kepada Nabi Muhammad. Pendukung dan pelindung kuat Nabi Muhammad iaitu Abu Talib dan Khadijah meninggal dunia pada tahun yang sama (619 M). Mengetahui kesedihan Nabi Muhammad, Quraisy Makkah semakin kuat memusuhnya. Ancaman itu menyebabkan beliau memerintahkan pengikutnya supaya berhijrah ke Taif.  Namun, selepas 10 hari berdakwah di sana, hanya sedikit antara penduduk yang bersimpati dan kebanyakan mereka memusuhinya dan kemudian mengusir Nabi Muhammad dan pengikutnya ke Makkah. Disana, Quraisy bertambah kuat memusuhi Nabi Muhammad dan para pengikutnya yang setia.

Sekian dan bersambung ka Bahagian Enam.

       -------------------------oooo---------------------------

No comments:

Post a Comment