Tuesday, 8 January 2013

Pos 705 - Jauhkan Kemungkaran dengan 7 Perkara.













Pos 705 - Jauhkan Kemungkaran dengan 7 Perkara.

”Jauhkan oleh kamu akan tujuh perkara yang membinasakan. Kata sahabat.: Apa dia perkara itu ya Rasulullah ?  Sabdanya “Menyengutukan Allah, dan berbuat seher, dan membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sebenarnya, dan makan wang bunga, dan makan harta anak yatim, dan berpaling lari pada hari perang sivil, dan menuduh zina akan perempuan-perempuan yang lalai.”

Ulasan.
Bahawa tujuh perkara yang disebut di dalam hadis ini setengah daripada perkara yang membawakan kepada  dosa besar, dan yang terlebih besarnya ialah syirik atau menyengutukan Tuhan. Maka Nabi s.a.w. mengingatkan supaya menjauhkan diri daripadanya, moga-moga terpelihara daraipada kebinasaannya.

Pada hari ini ada sesetengah manusia yang masih belum sedar lagi tentang dosa makan harta anak yatim iaitu apabila mereka membuat kempen mengutip derma untuk kepereluan anak-anak yatim, dengan sengaja mereka  menyeleweng wang derma tersebut untuk kepengtingan diri mereka sendiri, hanya tidak sampai setengah dari derma-derma tersebut sampai kepada  badan kebajikan anak-anak yatim  sebagaimana pihak penderma yang bertujuan memberi derma tersebut. Ingtalah dosa tersebut akan dibalasi oleh Allah s.w.t. bukan sahaja diakhirat nanti tetapi juga di dunia ini akan berlaku.  Oleh itu ingatlah dan bertaubatlah sebelum terlambat...!

Sabda Rasulullah s.a.w.”
قال عليه الصلاة والسلام.

إ جْتَنِبُو السَّبْعَ الـْمَوْبِقَاتِ. قَالـُوْا وَمَا هُنَّ يَا رَسُوْلُ اللهِ .؟ قَالَ  :
الشِّرْكُ بِاللهِ, وَالسَّحْرُ, وَقـَتْلُ النَّفْسِ الـَّتِىْ حَرَّمَ اللهُ بِالـْحَقِّ, وَا كْلُ الرِّبَا, وَأ كْلُ مَالِ الـْيَتِيْمِ. وَالتـَّوَلـِّى يَوْمَ الزَّحْفِ. وَقـَذْ فُ الـْمُحْصَنَاتِ الـْغَافِلَاتِ. (رواح مسلم).
Maksudnya:  
”Jauhkan oleh kamu akan tujuh perkara yang membinasakan. Kata sahabat.: Apa dia perkara itu ya Rasulullah ?  Sabdanya “Menyengutukan Allah, dan berbuat sehear, dan membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sebenarnya, dan makan

Sekian dahulu dengan diucapkan”-
Wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh...!

            --------------------oooooooooooooooo-------------







No comments:

Post a Comment