Sunday, 20 January 2013

Pos 709 - Jatuhnya Sebuah Tamadun Islam






Pos  709 - Jatuhnya Sebuah Tamadun Islam

Kita harus membicarakan formula bagaimana umat Isalam Berjaya dan konsisten melakukan peranan-peranan aktif dalam kehidupan harian di masa lampau. Kehidupan mereka pula mencakupi dalam bidang  sosial, politik, ekonomi, budaya dan lain-laian.
Contohnya, bagaimana Nabi Muhammad  s.a.w. berjaya membina negara Islam di kota  Madinah dengan penduduknya adalah masyarakat majmuk, baigtu juga Bani Umaiyah di Sepanyol menyumbang dalam perkembangan sains moden di Benua Eropah, dan Bani Abbasiah di Baghdad membangunkan tradisi intelektual dan bagaimana orang Islam berjuang melawan musuh-musuh peradaban  manusia.

Kita melihat fakta-fakta sejarah membuktikan umat Islam berbeza dengan umat-umat agama lain yang membataskan agama daripada hubungan sosial dan politik. Umat agama-agama lain lebih menempatkan agama hanya dalam lingkungan ibadah dan akhlak.
Dalam al-Quran dan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Islam mencita-citakan masyarakat yang percaya kepada Tuhan, bermoral tinggi, menegakkan hukum dan mempunyai keadilan sosial.  Ajaran ini diturunkan demi mewujudkan kesejahteraan manusia yang sebenarnya.  Menurut pandangan Islam,apa yang disebut peradaban adalah alat bagi mencapai cita-cita itu.

Tetapi kini apakah yang ada pada Islam, hanya sejarah sahaja yang mengkesahkan kewujudan dan keagungan Islam di zaman lampau. Mengapakah terjadi demikian, kita lihat sejarah sebbanya adalah perkara yang disebut  ”al-fitnah al-kubra” Fakta mengkesahkan sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Uthman, Ali dan Muawiyah semestinya tidak saling berperang, tetapi sejarah membuktikan ketiga-tiganya terlibat dalam peperangan. Sejarah menunjukkan fakta berlaku apabila cucu Rasulullah s.a.w., Husain meninggal dunia dalam keadaan kepalanya dipenggal oleh pasukan Yazid bin Muawiyah.

Fakta sejarah mengkesahkan Khalifah Uthman bin Affan  (644 – 656M) yang memerintah selama 12 tahun mati dibunuh dipercayai dilakukan oleh pengikut Ali bin Abu Talib. Begitu pula  semasa pemerintahan Ali bin Abu Talib ( 656-660 M) rasa tidak puas hati  pihak Khawarij kepada Ali menyebabkan salah seorang pengikut Khawarij sanggup membunuh Ali pada 20 Ramadan tahun 660 M.
Selepas  kejatuhan  kerajaan Ali bin Abu Talib maka muncul pula kerajaan Bani Umaiyah iaitu zaman pemerintahan sekutunya selama  9 0 tahun (661-750 M). Kejatuhannya juga disebabkanperang aadara sesama Islam. Selepas itu muncul pula kerajaan Bani Abbasiah (750- 950 M) dan adalah khalifah Islam selepas Bani Umaiyah . Ia adalah kerajaan Islam yang terbesar dan terpanjang masa dalam sejarah Islam klasik yang berpusat di Baghdad.

Kita hari ini umat Islam di Malaysia telah mula mengikuti keadaan umat Islam di zaman lampau, bertelagah satu sama lain akibat fahaman politik masing-masing. Kita berpecah bukan sahaja sesama Islam tetapi juga sesama kaum keluarga. Kita seharusnya mengambil tauladan dari kejatuahan kerajaan Islam yang lampau agar kita tidak musnah seperti itu.

Marilah kita pelajari dari contoh yang  telah berlaku terhadap kerajaan Islam yang lalu, demi untuk kesejahteraan umat Islam masa akan  datang.

Sekian, wassala mualaikum....

                     --------------oooo---------------------



No comments:

Post a Comment