Pos 712 - NABI MUHAMMAD PERINTIS PERADABAN ISLAM (Bermula
610 M
Bersempenaan hari kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiul Awal (571 M) penulis ingin membahas sekilas mengenai usaha-usaha Nabi Muhammad
s.a.w. dan dakwah baginda di kota Makkah dan usaha meletakkan dasar-dasar
peradaban Islam di Madinah.
Nabi Muhammad adalah lahir
daripada keluarga Quraisy keturunan Ismailiyah, salah satu keturunan Nabi Ismail,
putera Nabi Ibrahim iaitu suku terbesar
dan berjaya dari waktu ke waktu menguasai bangsa Asrab.
Sejarah kaum Quraisy bermula
apabila Qusay (400-480 M) berjaya menyatukan sukun-suku Quraisy pada abad
kelima Masihi. Qusay mempunyai tiga orang anak iaitu
Abdul ad- Dar, Abdul Manaf dan Abdul Uzza. Daripada Abdul Ad-Dar, lahir
keturunannya bernama Bani Abdul ad-Dar manakala Abdul Manaf pula lahir
keturunan Bani Abdul Manaf.
Sebelum Qusay meninggal dunia, beliau mewasiatkan jawatan
pemimpin kota Makkah dan penjaga Kaabah kepada anak sulungnya yang bernama Abdul
ad-Dar. Abdul ad-Dar menerima wasiat dengan menjalankan tugas
menjaga Darul Nadwah, urusan Hijabah, panji-panji perang, minuman dan perlindungan
untuk orang datang menunaikan haji di Makkah.
Apabila Abdul ad-Dar meninggal dunia, pemerintahnya diwariskan
kepada Bani Abdul ad-Dar. Namun apabila Abdul Manaf meninggal dunia, berlaku
perebutan antara Bani Abdul ad-Dar dan Bani
Abdul Manaf. Akhirnya,
pemerintahan berpecah kepada dua bahagian. Pertama bahagian pemerintahan Darul
Nadwah, panji-panji perang atau ketenteraan dan hijabah diserahkan kepada
putera Abdul ad-Dar iaitu Abdul Syam.
Kedua bahagian pentadbiran seperti memberi minuman dan perlindungan
kepada jemaah haji diserahkan kepada
putera Abdul Manaf bernama Hashim. Walau
bagaimanapun, kuasa pemerintahan yang
ada pada Abdul Syam akhirnya diserahkan kepada saudaranya yang bernama Hashim
yang lebih pakar dalam bidang
peperangan.
Abdul Syam mempunyai putera
bernama Umaiyah tetapi beliau tersingkir daripada keturunan Hashim kerana
Umaiyah berusaha merebut kekuasaan itu daripada Hasyim yang sebab itulah dia akhirnya disingkirkan.
Hashim adalah putera Abdul Manaf
dan moyang kepada Nabi Muhammad. Beliau mempunyai saudara bernama Abdul Mutalib.
Beliau diberi kepercayaan memimpin suku Quraisy bagi menggantikan ayahnya
kerana sifatnya yang dermawan lagi bijaksana.
Apabila Hasyim meninggal dunia kuasa berpindah kepada Abdul Manaf.
Namun,Harb putera Umaiyah bin Abdul Syam
tidak mengaku kepimpinan Abdul Mutalib lalu menyebabkan dia terusir dari Makkah
seperti ayahnya. Maka punca permusuhan antara Bani Hasyim dengan Bani Umaiyah
adalah berpunca daripada moyang mereka
pada masa silam.
Seterusnya, Abdul Mutalib
mempunyai tiga orang putera iaitu Abbas, Abu Talib dan Abdullah. Daripada Abbas lahir pemimpin-pemimpin
yang pada akhirnya berdiri Kerajaan Bani Abbasiah pada tahun 750 M. Sementara itu
Abu Talib menjadi tokoh yang disegani di kalangan Quraisy dan mempunyai putera
bernama Ali. Abdullah berkahwin
dengan Aminah binti Wahab
yang melahirkan Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad sebelum menjadi
Rasul (571-610 M)
Nabi Muhammad lahir pada 12
Rabiul Awwal (571 M) dalam keadaan yatim. Ayahnya (Abdullah) meninggal dunia
semasa pulang berdagang dari Syria. Selepas Nabi Muhammad disusukan oleh ibunya
(Aminah), beliau disusukan oleh Tsuwaibah, hamba Abu Lahab. Menurut adat
masyarakat Arab, anak yang baru lahir akan
diserahkan kepada perempuan-perempuan lain bagi menghindari daripada
penyakit-penyakit masyarakat setempat.
Nabi Muhammad juga ada diserahkan kepada Halimah as-Saadiah daripada
Bani Saad untuk disusukan.
Maka apabila umur Nabi Muhammad
mencapai enam tahun, beliau diserahkan kembali kepada ibunya iaitu Aminah. Pada
usia baginda enam tahun ini, ibunya pula meninggal dunia yang mana kejadian itu
berlaku semasa Baginda dan ibunya dalam perjalanan pulang dari menziarahi kubur
ayahnya di Abwa’ iaitu satu tempat yang
terletak berdekatan dengan Madinah. Maka
beliau diasuh sementara waktu oleh Ummu Aiman, seorang hamba yang pernah
membantu Aminah . Selepas itu,Nabi
Muhammad pula diserahkan kepada datuknya, iaitu Abdul Mutalib. Selepas dia bersama datuknya, maka datuknya pula meninggal dunia. Maka Nabi
Muhammad pun dipelihara oleh bapa saudaranya yang benama Abu Talib sehinggalah
baginda berusia remaja. Keadaan Abu Talib menjaga Nabi Muhammad amatlah dia
disyangi seperti mana anaknya sendiri.
Oleh kerana keadaan hidup yang
miskin, sejak kecil Nabi Muhammad bekerja menggembala kambing biri-biri dan unta
di bukit-bukit. Pada usia 12 tahun,
beliau mengikut bapa saudaranya
berdagang ke Syria. Seterusnya, pada
usia 25 tahun, Siti Khadijah meminta Nabi Muhammad membantu menjalankan
perniagaannya ke Syria.
-----ooooo--------
No comments:
Post a Comment