Saturday, 31 December 2011

Surah al-Fatihah












SURAT AL-FATIHAH (PEMBUKAAN)
(Diturunkan di Makkah. Ayatnya 7 ayat.)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم.(1)
اَلـْحـَمْـدُ للهِ رَبِّ الـْعـَلـَمِيْنَ (2) اَلـرَّحْمَنِ الـَّرحِيْمِ (

3)
مَــلِـكِ يوْمِ الدِّيْنِ (4) اِيـَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيـَّاكَ نَسْتَعِيْنُ(5)
اِهـْدِ نـَاالصِّرَاطَ الـْمُسْتـَقـِيـْمَ (6)
صِرَاطَ الـَّذِيْنَ اَنـْعـَمْتَ عـَلـَيْهِمْ
غـَـيْرِ الـْمَغـءضُوْبِ عـَلـَيْهِمْ وَلَاالضَّ~ـالِّـيْـنَ (7)

1. Dengan nama Allah yang Maha pengasih, Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang mendidik) semesta alam.
3. Yang Maha pengasih, Penyayang.

4. Lagi mempunyai (penguasa) hari pembalasan.


5. Lagi Engkaulah (ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.

6. Tunjukilah (hati) kami ke jalan yang lurus.


7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ulasan ayat.
1. Dengan nama Allah dan perintah Nya aku baca surat ini. Apa-apa pekerjaan baik yang akan kita kerjakan hendaklah dengan nama Allah, ertinya kerana Allah dan mengharapkan keredaan Nya, iaitu dengan menyebut: Bismillah…….
2. Apa-apa nikmat yang kita terima dan apa-apa yang indah di antara isi alam yang luas ini, hendaklah kita puji Allah, kerana pokok dan asalnya ialah dari pada Allah.

3. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang lebih-lebih kepada kita, kerana Dia yang menganugerahkan fikiran yang luas dan anggota yang cukup. Tetapi sekalipun begitu Dia berkuasa pada hari kemudian buat menyeksa orang-orang yang tiada menurut perintah Nya.

4. Karena Allah amat banyak memberi kita bermacam-macam nikmat, maka wajiblah kita menyembah Nya. Dan tiada yang disembah selain dari pada Nya. Wajiblah kita minta tolong kepada Allah untuk menyampaikan cita-cita kita dan menjayakan amalan perbuatan kita, kerana Dia berkuasa menghilangkan segala aral yang melintang.


Adapun minta tolong sesama manusia dalam batas kemampuannya seperti minta ubat pada Doktor, maka tiadalah terlarang, bahkan dianjurkan bertolong-tolongan itu. Tetapi jika kita minta tolong kepada manusia di luar batas kemampuannya, seperti minta masuk syurga, murah rezeki, berbahagia di dunia dan akhirat dan sebagainya, maka yang demikian itu amat terlarang dalam Islam. Begitu juga meminta kepada batu-batu, kayu-kayu, kubur-kubur dan sebagai lagi, kerana pekerjaan ini mempersekutukan Allah dengan lainnya.

5. Hendaklah kita memohon kepada Allah, supaya Dia memberi hidayah dan taufik kepada kita untuk melalui jalan yang lurus yang menyampaikan kita kepada kebahagian di dunia dan akhirat, iaitu dengan menurut petunjuk Al-Quran.
6. Manusia itu ada tiga macam;
a. Orang-orang yang beroleh nikmat dari pada Allah, serta tiada dimurkai dan tiada pula sesat, kerana merdeka mempergunakan nikmat itu menurut mestinya.

b. Orang-orang yang dimurkai Allah kerana ingkar akan Allah dan nikmat Nya yang tak terhitung banyaknya.


c. Orang-orang yang sesat atau salah mempergunakan nikmat itu atau dalam keraguan, sehingga mereka itu tiada mengetahui jalan manakah yang akan ditempuhinya.
Apa-apa yang tersimpul dalam surat al- Fatehah ini, diterangkan dengan jelas pada surah-surah yang kemudian.
Sekian, wassalam mualaikum…..











------------------oooooooooo--------------

Friday, 30 December 2011

Berikan orang Muslim Kasih Sayang

Berikan orang Muslim Kasih Sayang.

Di antara adab atau tanggungjawab kepada orang lain ialah menginginkan dia mendapat kebaikan dan berusaha supaya dia senang atau gembira. Tegasnya hendaklah kita merasa senang jika orang bahagia dan kita merasa sedih jika dia mendapat hal-hal yang tidak diingini.

Dari Annas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak beriman salah seorang kamu sehingga dia sayang kepada saudaranya seperti sayangkan kepada dirinya sendiri.
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Sayang kepada orang lain seperti sayang kepada diri sendiri terkadang mahu juga timbul dalam hati kita tetapi khusus kepada anak atau saudara saja. Kita ingin adik kita misalnya supaya sihat seperti yang kita inginkan terjadi kepada diri kita sendiri.

Kita ingin supaya dia mendapat anak, kita ingin murah rezekinya. Sebaliknya kita tidak menginginkan dia berpenyakit, mendapat musibah jalan raya dan sebagainya. Bahkan terhadap anak, kita menginginkan supaya dia lebih hebat dari kita, sama ada segi pendidikannya, segi pekerjaannya dan sebagainya.
Bererti kita menginginkan orang lain mendapat kebaikan seperti yang kita inginkan terjadi terhadap diri kita sendiri. Kalau demikian bererti kita menyayangi orang lain seperti diri kita sendiri.

Cuma sayangnya perasaan seperti itu timbul untuk saudara dan anak saja. Sedangkan terhadap orang lain kita tidak menginginkan seperti itu. Sepatutnya terhadap orang lain pun asalkan dia Muslim, kita merasa seperti saudara kita sendiri. Kerana dalam al-Quran atau Hadis banyak menyebutkan orang jauh itu pun, kalau dia Muslim, sebagai saudara. Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ,setelah amalan fardu, adalah memasukkan kegembiraan ke dalam jiwa orang Muslim.” (H.R.Tabrani)

Memasukkan kegembiraan ke dalam jiwa orang Muslim maksudnya berusaha menghibur dan menyenangkan hatinya. Kalau dia sedang menghadapi masalah, kita ikut berusaha membantunya. Kalau dia sedang ditimpa musibah seperti kematian ahli keluarga, kita berikan bantuan material atau moral. Dengan demikian berkurang kesusahannya. Amalan seperti itu termasuk yang paling disukai Allah setelah amalan-amalan fardu.

Rasulullah SAW bersabda yang beemaksud:
“Orang Muslim adalah saudara Muslim lainnya. Dia tidak boleh menzaliminya dan membiarkannya (tidak menolong). Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah menunaikan hajatnya pula. Sesiapa yang mengatasi kesusahan orang Muslim maka Allah menghilangkan kesusahan pada saat terjadinya kesusahan atau huru-hara hari kiamat. Sesiapa yang menutpi aib orang Muslim, maka Allah menutupi aibnya pada hari kiamat.
(H.R. Bukhari,Muslim dan Abu Daud).

Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa’ ayat 114 yang bermaksud:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberikan kepada- nya pahala yang besar.” (An Nisa’ ayat 114)

Bagaimanapun kasih sayang sesama Muslim termasuk juga kita menunjukkan perilaku yang baik dan bercakap secara jujur. Tidak berbohong dan tidak menipu orang. Kita hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia. Di samping itu kita hendaklah selalu menasihati orang untuk membuat kebaikan, yakni menyuruh atau menasihati orang berbuat baik dan melarang berbuat jahat.

Kalau anda seorang peniaga, maka terangkan kepada pembeli keadaan barang yang anda jual. Kalau ada kecacatan katakan sebenar, kalau yang tidak bagus katakan sebenar, jangan hendak melariskan barangan anda yang menyebabkan pembeli tertipu.

Kalau anda seorang suami kasih sayang hendaklah diberikan kepada isteri secara jujur dan begitulah sebaliknya kalau anda seorang isteri. Jangan cuba mengasihi orang lain dalam pergaulan sebagai suami isteri. Jangan ada penipuan antara suami dan isteri kerana perbuatan tidak jujur itu mengakibatkan perceraian sesama suami isteri.

Dalam hal kasih sayang ini terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan agar suasana aman damai dan makmur sesama manusia. Apa yang penting pokoknya ialah mengamalkan akhlak mulia dan meninggalkan akhlak yang keji dan buruk.
Sekian, semoga anda sentiasa mengamalkan amalan kasih sayang bukan sahaja pada manusia tetapi juga kepada makhluk yang lain.
Wassala mualaikum….!
---------------oooooooooooooo-----------------------
(Rujukan: Kitab “Memnina Generasi Berakhlak”, muka surat 14-20)






Syurga di tapakkaki Ibu

Seorang laki-laki datang kepada Nabi s.a.w. seraya bertanya.."Ya Rasulullah,tolong wasiatkan kepada saya sesuatu yang dapat saya manfaatkan di dunia dan akhirat. "maka Nabi pun berkata: "Apakah ibu bapamu masih ada.....? Dia menjawab ...."Ya..." Nabi berkata..."Apabila telah engkau tunaikan haknya dan engkau beri makan, maka setiap suap akan diganti dengan mahligai dalam syurga...."


Pada waktu yang lain datang seorang laki-laki kepada Nabi dan berkata..."Ya Rasulullah, saya masih mempunyai ibu dan segala keperluan hidupnya saya penuhi, tetapi beliau menyakiti hati saya dengan lisannya, maka apakah yang akan saya perbuat...? Nabi berkata,..."Tunaikanlah haknya, demi Allah, walaupun engkau potong daging mu (untuk memenuhi keperluannya), engkau belum dapat menunaikan haknya walaupun seperempat, tidakkah engkau ketahui bahawa "Syurga itu di telapak kaki ibu..."

Nabi SAW mengatakan bahawa "Orang yang pergi mengunjungi orang tuanya akan dimuliakan Allah SWT, setiap langkahnya seratus kebajikan dan dihapuskan-Nya seratus keburukan dan mengangkatnya seratus darjat, kemudian bila dia duduk di hadapannya dan mengucapkan kata-kata yang baik, Allah SWT akan mendatangkan cahaya pada hari kiamat di hadapannya. Apabila dia keluar (meninggalkan)orang tuanya, dia keluar dengan membawa keampunan.


Oleh itu saudara saudari sekalian, sayanglah ibu bapa mu, untuk kamu mendapat rahmat dari

Allah SWT.

Sekian, wassala mualaikum....!


--------------oooo-------

Thursday, 29 December 2011

PAHALA SEMBAHYANG BERJEMAAH.






اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.


وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)
إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)
(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran

Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.


PAHALA SEMBAHYANG BERJEMAAH.

Dari Ibnu Umar : Rasuliullah s.a.w. bersabda : -


عــَنْ اِبْنِ عـُمَرَقـَالَ : قـَالَ رَسُولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ :

صَلَاةُ الـْجَمَاعَـةِ تـَفـْضُلُ عَلىَ صَلآةِ الـْفَسَذ ِّبِسَبْع ٍوَعِشْرِيـْنَ

دَرَجَـة ً. (رَوَاهُ الـْبَخَارِيُّ وَمُسْـلِم ).


“Dari Ibnu Umar berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda :

”Solat berjema’ah itu keutamaannya 27 kali lipat daripada solat sendiri.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Uladsan :-

Mendirikan solat secara berjema’ah (bersama-sama), minimal 2 dua orang, di Masjid, di Madrasah, mahupun di rumah, pahala orang yang melakukannya dilipat gandakan sampai 27 kali, dibandingkan dengan mendrikan soat bersendirian.

Betapa jauh bezanya pahala yang didapati oleh mukmin yang mendirikan solat secara berseorangan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang solat berjemaah di Masjid. Ini kerana apabila ia pergi ke Masjid setiap langkah yang ia berjalan ke Masjid Allah s.w.t. mengurniakan satu pahala, bayangkanlah berapa banyak pahala yang ia perolehi. Disamping itu ia juga akan di hormati dan disayangi oleh anak-anak kariah tempat yang ia bermastautin.

Oleh kerana itu bagi yang berdekatan dengan Masjid semestinya solatlah berjema’ah di Masjid. Bagi yang tidak dapat datang ke Masjid dengan sebab-sebab sesuatu hal, solatlah berjemaah dengan keluarga di rumah.

Sekian dahulu disudahi dengan :

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh.....!

---------------oooooooooooo------------------

Wednesday, 28 December 2011

Surah al-Ikhlas (112)










اَسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم.

قـُــلْ هـُوَاللهُ أَحـَـد ٌ (1) اللهُ الصُّمَدُ (2) لـَــمْ يــَـلِدْ وَلـَــمْ
يـُـوْ لـَـــدُ (3) وَلـَـمْ يـَــكُـن لـَّــهُ كـُــفُـوًا أَ حـَـدٌ (4)

Bismi-LLahir-Rahmanir-Raheem.

Qul Hu-wa-LLahu ‘Ahad (1)
A-LLahus-Samad (2)
Lam yalid, wa Lam youlad (3)
Walam yakul-la-Hou kufuwan ‘ahad (4)

Ikhlas or Purity (of Faith)

Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.”

2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.”

3. “Dia tidak beranak dan Dia tidak diperanakkan.”

4. “Dia tidak ada sesiapa pun yang setara dengabn-Nya.”

--------------------------------------------
Ikhlas or Purity (of Faith)

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

1. Say: He is Allah, the One and Only;

2. Allah, the Eternal, Absolute;

3. He begetteth not, nor is He begotten;

4. And there is none like unto Him.


----------------------------------
Surah 112 – Surah Ikhlas (Kemurniaan Keesaan Allah.)
Penurunan di Makiyyah. Bilangan ayat sebanyak 4.

Surah ini diwahyukan di Makkah. Surah ini menerangkan sifat keesaan Allah SWT yang menjadi asas ‘aqidah yang sahih.
Penurunan surah ini bersebab iaitu Nabi Muhammad SAW pernah ditanya tentang Tuhannya. Maka, dalam surah ini, baginda diperintah untuk menjawab pertanyaan itu. Iaitu, bahawa Allah adalah Tuhan Yang memiliki segala sifat kesempurnaan, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan tempat kembalinya setiap keperluan, Tuhan Yang tidak berhajat kepada sesiapa pun, Tuhan Yang Maha Suci daripada sifat yang serupa dengan makhluk-Nya, Tuhan Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan Tuhan Yang tidak satu makhluk pun dapat menyerupainya-Nya.

Inti utama Surah ini:

1.Mengisbatkan sifat keesaan bagi Allah SWT.
2.Mengisbatkan sifat samadiyyah bagi Allah SWT iaitu Allah SWT ialah Tuhan yang menjadi tempat sandaran sekalian makhluk-Nya, sedangkan Dia tidak sedikit pun berhajat kepada makhluk-Nya.
3. Menolak kepercayaan syirik seperti meanggap Allah SWT mempunyai anak.
4. Menolak sebarang penyerupaan dengan makhluk terhadap Allah SWT.

Sekian, dengan segala ikhlas dan penuh tanggungjawab terhadap siaran ini.

Wassala mualaikum……

-----------------------------ooooooooooooooooooooo---------------------------------

MENCARI REZEKI YANG HALAL





MENCARI REZEKI YANG HALAL

Mencari rezeki biarlah yang halal semata-mata, kerana anda diperintah untuk mencari rezeki,

kemudian diberikan kelebihan dan pahala yang banyak, jika niatnya baik.

Bersabda Rasulullah SAW:

أَطْيَبُ مَا أَكـَل الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِ يَمـِيْنِهِ
.
Ertinya: Sebaik baik rezeki yang dimakan oleh seseorang ialah dari apa yang diusahakan oleh

tangan sendiri. (H.R. Muslim)

Oleh itu sebaik-baiknya seseorang yang mencari rezeki itu menyimpan niat untuk memelihara

agamanya, untuk mencukupi dirinya supaya tiada meminta-minta dari orang lain, dan untuk

mendapatkan rezeki yang halal bagi ahli rumah tangga, kemudian jika ada lebih, untuk

bersedekahkan pula kepada orang-orang yang berhajat dari hamba-hamba Allah. Dengan adanya niat

yang seperti itu, samalah seperti ia beramal untuk kepentingan akhiratnya juga.


Suatu perkara yang wajib diambil ingatan dengan berhati-hati, bahawa jangan sampai mencari

rezeki itu menyebabkan ia mencuaikan perintah Allah SWT, atau ia tercebur ke dalam larangan-

larangan Allah SWT. Maka dengan sebab itu ia akan rugi dunia dan akhirat, dan itulah kerugian

yang amat nyata.


Para ulama’ membahagikan manusia kepada tiga bahagian iaitu:

1. Seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja untuk akhirat, sehingga tidak ada masa

lagi untuk menguruskan kerja-kerja dunia, maka orang ini termasuk ke dalam kategori orang-orang

yang berjaya di akhirat dan rugi di dunia ini.

2. Seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia dan akhirat. Orang ini termasuk ke dalam kategori orang-orang soleh dan beriktisad.

3. Seorang yang sentiasa sibuk dengan urusan dunia, sehingga tidak diperdulikan urusan-

urusan akhiratnya. Orang ini termasuk dengan orang-orang yang rugi dan menginanyai diri

sendiri serta yang menyesal di kemudian hari.

Sekian dahulu dan akan bersambung lagidalamsiaranakandaztang.

Wassala mualaikum…..


----------ooooo---------------------

Tuesday, 27 December 2011

Terlanjur melakukan dosa-dosa





Masalah

Bilamana kita telah telanjur melakukan dosa-dosa besar dan dosa kecil, apakah kita akan lakukan,

jika meminta ampun adakah Allah s.w.t. akan mengampuni perbuatan dosa-dosa kita itu.?


Jawapan.

Allah s.w.t. mnerima taubat, permohonan ampunan orang yang bertaubat kepadaNya, selama orang itu

nyawanya atau rohnya belum sampai dikerongkongan, dan sebelum matahari terbit dari tempat

terbenamnya.

Firman Allah s.w.t. :-

قُلْ يَا عِبَادِىَ الـَّذِيْنَ أ َسْرَفُوْا عَلىَ أ َنْفـُسِهِمْ لآ تـَقْنـَطُوامِن رَحْمَةِ

اللهَ ان الله يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا إ ِنَّهُ هُوَ الـءغَفُورُالرَّحِيْمِ .

Katakanlah: Wahai hamba-hamba yang melampau batas atas diri mereka. Janganlah kamu berputus asa

dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segenap kedosaan. Kerana sesungguhnya Dia

itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Azzumar, ayat 53).

Sabda Rasulullkah s.a.w. :-

إ نَّ اللهَ عَزَّوَجَلَّ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الـْعَبْدِ مَا لـَمْ يُغَرُغِرُ.
(رواه الترمذى)
Artinya: Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla, menerima taubat hambanya selama ruh belum sampai di kerongkongan (sakaratul- maut).

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. telah bersabda Rasullah s.a.w. :-


مَنْ تـَابَ قـَبْل أ َنْ تَطْلـُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبَهَا تَابَ اللهُ عَلـَيهِ.
(رواه مسلم)

Artinya: Barangsiapa yang beretaubat sebelum terbi matahari dari tempat terbenamnya,

nisacatya Allah akan menerima taubatnya. (H.R.Muslim).

Bagaimana pula dengan dosa-dosa yang telah tercatat oleh Malaikat Hafadzah itu.? Terdapat

sebuah Hadis yang diriwayatkan dari anas binMalik r.a.- Rasulullah s.a.wl. bersabda:

إِذَا تَابَ الـْعَبْدُ اَنْسَى اللهُ الـْحَفَظَةَ وَاَنْسَى ذَلِكَ جَوَارِحَهُ

وَمَعَا لـَمِهُ مِنَ الْاَرْضِ حَتىَّ يَلـْقىَ اللهَ وَلـَيْسَ عَلـَيْهِ

شَا هِدٌ مِنَ اللهِ بِذَنـْبٍ. رواه بن عساكر)

Artinya: Apabila bertaubat seorang hamba Allah, niscaya Allah membuat lupa segala Malaikat

Hafadzah akan segala dosanya, dan membuat lupa juga yang demikian itu akan segala anggutanya,

dan bekas-berkas daripada tempat-tempat di bumi, sehingga berjumpa ia kepada Allah, dalam

keadaan takada di atasnya daripada Allah, satu saksipun atas kedosaannya itu.
(H.R. Ibnu ‘Asakir).

Sekian dahulu buat sementara waktu, dan sehingga berjumpa lagi dalamdsiatran akandfatang

diucapkan:

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh….!



-----------------------ooooooooooooooooooo---------------------

Monday, 26 December 2011

Amar Makruf Dan Nahi Munkar.

Amar Makruf Dan Nahi Munkar.


Pendahuluan.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56)

Amar Makruf Dan Nahi Munkar.

1.. Orang-orang yang menjalankan tugas menyuruh berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai tiga tatacara atau adab yang perlu dimiliki iaitu (1) Ia hendaklah berilmu, (2) Ia mestilah orang yang warak (3) Ia hendaklah berbudi pekerti yang baik.

2.. Berilmu maksudnya: ia patutlah mengetahui letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia tiada terkluar dari had dan batasan syariat Islam.

3.. Warak maksudnya: ia mencegah seseorang dari melakukan kemunkaran itu sahaja, dan jangan ia sekali-kali melampaui batas yang di izinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh tujuan-tujuan yang lain. Hendaklah kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu. Kalau tidak tentulah ia akan dijadilan bahan ejekkan dalam menjalankan tugas nenyuruh atau melarang itu, kelak orang itu akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.

4.. Berbudi pekertyi yang baik maksudnya: seberapa nboleh biarlah dia bersikap lemahlembut dan belas kasihan kepada sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya. Berilmu dan warak sahaja tidak mencukupi, kerana bila kemarahan menguasai diri tiada memadailah untuk menahan hanya dengan berilmu dan warak semata-mata melainkan jika ada pada tabiat kita sifat berbudi peklerti baik yang akan melenyapkan perasaan marah dan tidaksabafr itu.
Kemunkaran-kemunkaran yang berlaku.

5..Kemunkaran dalam masjid.

Ketahuilah bahawasanya kemunkaran itu tebahagi kepada hukum makruh dan hukum haram. Kiranya kita katakan: ini adalah kemunkaran yang makruh, maka hukum mencegahnya menjadi sunat yang dituntut, manakala berdiam diri atas kemunkaran itu menjadi makruh pula hukumnya, dan bukan haram. Tetapi jika kita katakan bahawa itu adalah kemunkaran yang haram, ataupun kita katakan kemunkaran sahaja tanpa menyebutkan sifatnya, maka yang dimaksudkan itu ialah kemunkaran yang haram, yang mana hukumnya menjadi haram pula jika kita mendiamkan diri, pada hal kita berkuasa untuk mencegahnya.

a. Di antara kemunkaran-kemunkaran yang biasanya terlihat di dalam masjid-masjid, ialah perlakuan sembahyang yang tidak sempurna seperti meninggalkan tominanah ketika ruku’ dan sujud seumpama ayam mematuk makanannya sahaja. Ini adalah suatu kemunkaran yang membatalkan sembahyang menurut nas hadis, maka wajiblah dicegahnya dengan cara memberi tahu pada yang berkenaan secara diplomasi. Sebab sesiapa yang melihat seseorang bersembahyang seperti itu, sedangkan dia mendiamkan diri tidak dibetulkannya, maka ia juga berkungsi dalam dosanya itu.

b. Juga di dapati orang-orang yang membaca al-Quran dengan terlalu banyak kesalahan sama ada dari segi sebutan. Tajwid dan sebagai lagi. Ini pun wajib dibetulkan oleh orang yang mengerti yang mendengarnya, lalu mengajarnya dengan caranyang betul. Jika dia dibiarkan dan ada orang mengerti berdiam diri, maka dia juga sama mendapat dosa kerana kesalahan itu.

c. Kemunkaran yang selalu berlaku kepada para mu’zan (tukan bang) yang sering melenggeng lenggokkan azan dan terlalu memanjangkan hujung-hujung kalimahnya, atau ada yang terlalu perlahan suaranya hinggakan lebih separuh dari kawasan kariah itu tidak mendengarnya, maka hal ini wajib dibetulkannya.

d. Terdapat juga ucapan-ucapan yang disampaikan olaeh para penceramah yang mencampur adukkan dengan kata-kata dusta, khayalan, khurapat dan berbau politik yang mencemuhkan sesatu pihak, maka hendaklah dinasihatkan supaya berhenti berbuat demikkian.

e. Terdapat juga kemunkaran berlaku apabila hari Jumaat ada sesatu golongan yang membuat jualan ubat-ubatan,buku-buku, dan pelbagai barangan lagi di kawasan masjid. Ini juga hendaklah di tegahkan.

f. Terdapat juga kemunkaran berlaku ada segolongan manusia yang tiba di majid tidak masuk ke dalam masji, tetapi ke tempat rehat dan menghidap rokok, dan apabila Khatib mula membaca khutbah barulah mereka memasuki masjid. Ini juga patut diberi nasihat untuk tidak berbuat demikkian.

g. Terdapat juga ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke masjid dan memberikan anaknya bersembahyang di tepinya dalam satu saf yang sama. Hal ini juga hendaklah diambil tindakan supaya tidak berlaku demikian.

h. Terdapat juga ada golongan insan yang bercerita-cerita, berbual-bual kosong, mengumpat, berbicara hal-hal keduniaan dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika Khatib sedang berkhutbah. Ini hendaklah dilarang oleh pihak yang bertugas.

i. Terdapat juga ada insan yang menempah tempatnya untuk bersembahyang di masjid selalu, dan jika terdapat insan yang lain mengambil tempatnya itu dia begitu masam mukanya. Dia mukin tidak sedar perbuatannya itu sebagai riak, maka wajiblah diberi tahu akan sedemikian itu.

j. Terdapat juga ada insan yang memanjangkan bacaan ayat-ayat al-Quran ketika menjadi iamam, dan ini juga patut di maklumkan bahawa perbuatannya itu terjatuh dalam golongan perbuatan riak, kerana menunjuk-nunnjuk yang dia seorang yang bijak.

k. Terdapat juga ada segelintir insan yang sangat gemar hendak menjadi Imam sewaktu sembahyang, ketika Imam bertauliah uzur, walaupun dia kurang bijak dari segi bacaan ayat-ayat al-Quran dan tidak mencukupi syarat-syarat menjadi sebagai seorang Imam, hatta ada terdapat banyak lagi insan yang terbaik darinya. Hal ini wajib diberi nasihat akan kesalahannya itu.
Kesimpulan.

Kita akan dapati banyak lagi kemunkaran-kemunkaran yang berlaku di masjid-masjid masa kini, oleh itu sama-samalah kita memberi nasihat agar kemunkaran seperti itu tidak berpanjangan lagi.

Sekian dahulu dalam hal kemunkaran ini, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal yang sama dalam masa terdekt.

Wassala mualaikum warah matulla hi wabarakatuh...!


--------------------------

Sunday, 25 December 2011

Zaman ini jamuan secara layan diri


Apabila ada kenduri atau apa-apa jamuan diadakan telah dibuat secara "layan diri" tidak payah lagi diadakan pelayan menghidangkannya. Cara ini amat baiknya kerana tidak banyak masa terbuang dan tidak banyak pekerja diadakan.

Tetapi ada tidak baik juga, maka orang kita ini selalu tamak nak makan banyak-banyak, lalu dia mengambil bermacam-macam yang telah disediakan di dalam kuali, periok, besen atau apa lagi, tinggi macam gunung makanan itu. Lepas itu dia tidak habis makan, dan terbuang sahaja, jadi orang lain tidak dapat makan. Tabiat ini tidak baik, eloklah di berhentikan.

Begitu juga dia berebut-rebut, tidak pandai beratur. Ada kawan saya dari Barat yang ikut sama makan kenduri itu, tersenyum sahaja melihat kelakuan orang kita ini. Kata Dia, tak bolehkah diberi tahu pada mereka itu supaya beratur, macam Orang di Barat ? Kata Ku, mereka ni tak pernah pergi ke Barat, ataupun tak pernah lihat Orang Barat buat demikimn tu. Mereka selalu duduk bersila, belum naik kerusi lagi. Tetapi tak lama lagi, perangai beratur tu akan menjadi macam Orang Barat.

Begitulah..... dunia ni... makin-makin nak baik...!


=======oooo============

Banyak sangat masa kini perbuatan riak





PERBUATAN SYIRIK DAN AMALAN RIAK.

Di antara bahaya yang mencelakakan ialah riak. Rasulullah SAW telah mengancamnya dan menamakan syirik kecil ataupun syirik tersembunyi. Erti riak ialah menuntut kedudukan, atau meminta dihormati dalam kalangan orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Misalnya seorang yang bersembahyang dan berpuasa, mengeluarkan zakat dan naik haji,berjihad fi sabil Allah dan membaca al-Quran, dengan tujuan supaya orang ramai memujinya, menghormatinya serta memberikannya dari hartabenda mereka.

Itulah orangnya yang beramal dengan riak. Amalan orang ini adalah tertolak, dan semua usahanya sia-sia. sama ada orang ramai memberi kepadanya ap yang dicita-citakannya itu. mahupun tidak.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran, Surah Al-Kahfi, ayat 110 yang bermaksud:

"Barangsiapa yang ingin menemui Tuhannya, hendaklah ia beramal soleh (pekerjaan baik) dan jangan sekali-kali mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya (peribatannya) dengan sdesiapa pun."

Riak itu akan menjuruskan perbuatan atau fahaman syirik iaitu menduakan Tuhan.Riak itu terdapat dalam dua golongan. Pertama riak luar dan kedua riak dalaman atau tersembunyi. Riak luar dapat di lihat dan senang orang menasihatinya perbuatan itu. Tetapi riak dalaman amat susah hendak diberi nasihat kerana perbuatan itu dalaman dirinya sendiri.

Misalnya seorang yang menuju untuk beribadat di masjid awal-awal supaya menjadi orang pertama sampai di sana, dan hatinya berharap agar segala gerak gerinya di lihat orang dan diperhatikan, sedang niatnya membuat demikian tiada lain dari itu. Ini bererti dia melakukan perbuatan itu untuk dua tuhan, pertama untuk Allah dan satu lagi untuk orang ramai memujinya.

Dia datang ke masjid untuk bergotong royong kerja membersihkan kawasan masjid, dengan dua tujuan iaitu supaya kawasan mesjid bersih dan kedua dia berharap anak-anak kariah dapat melihat dia sebagai seorang yang rajin membuat kerja kebajikan. Tetapi dia bukan buat kerja, hanya mengarahkan budak-budak membuagt kerja itu, dan dia yang penting untuk jamuan makan, sedangkan orang lain masih bekerja.

Dalam melakukan solat berjemaah di masjid, dia rajin datang ke masjid dengan pakaiannya yang merupakan orang-orang ulama', bila Imam tiada atau lewat masuk mesjid, dia menerpa ke hadapan walaupun dia berada di saf yang ke empat, tanpa menghormati orang-orang 'alim atau orang yang lebih berilmju dari dia, atau tanpa menghormagti orang-orang tua yang berilmu. Fikirannya ialah riak dalamam, "Akulah yang pandai dari orang-orang lain". Ini bererti dia juga pandai dengan Yang Maha Esa, maka terjadilah fahaman syirik.

Bila memberi sedekah wang ringgit atau mata benda,dia meminta namanya ditulis dengan terang, atau dihebakan kepada orang ramai yang dia telah bersedekah atau menyumbangkan mata benda itu. Ini terjadilah fahaman atau perbuatan riak itu.

Terdapat banyak lagi perbuatan dan perlakuan riak itu sama ada secara sedar atau tidak sedar hari ini, tetapi amat sukar hendak diberi nasihat atau ditegur perbuatan mereka itu. Semoga dengan rencana ini amat diharap dapat menyedarkan diri mereka bekenaan.

Sekian, wassala mualaikum.
(Rujukan; Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman,muka srat 459)

=====================oooooooooooooo--------------














PANDUAN HAL EHWAL NIKAH, CERAI RUJUK DAN 'IDAH







PANDUAN HAL EHWAL NIKAH, CERAI
RUJUK DAN 'IDAH.
Oleh
Hj. Che Dan bin Ahmad.
1.0 Makna Nikah
Nikah bererti satu akad yang mengandungi di dalamnya lafaz nikah atau tazawijiz atau terjemahan keduanya dengan perantaraan wali dan di hadapan dua orang saksi, yang mengharuskan bakal suami dan bakal isteri bersetubuh.
Firman Allah s.w.t.
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوْا فِى الـْيَتَامَى فَانْكِحُوْا مَا طَلـَبَ لـَكُمْ مِنَ النـِّسَاءِ مُثـْنىَ وَثـُلـَث َوَرُبَعَ فَاِنْ خِفْتـُمْ أَلَّا تَعْدِ لـُوْا فَوَا حِدَةً .
(سورة النساء اية 3)
Maksudnya:
Jika kamu takut bahawa tiada dapat keadilan pada anak-anak yatim maka berkahwinlah kamu barang yang baik bagi kamu daripada perempuan-perempuan berdua, bertiga dan berempat, maka jika kamu takut bahawa tiada dapat kamu berlaku keadilan maka berkahwinlah seorang sahaja.
(Surah An-Nisa ayat 3 )

Sabda Rasulullah s.a.w.:
يَا مَعْشَرَ الثـَّبـَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الـْبَاءَةَ فَلـْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغـَضُّ لـِلـْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لـِلـْفَرَجِ. (متفق علـيه)
Bermaksud:
Wahai orang-orang muda barang siapa yang mampu di antara kamu mengeluarkan mas kahwin kepada seorang perempuan hendaklah ia berkahwin, sesungguhnya dengan berkahwin ini dapat memejamkan mata dan dapat memeliharakan kemaluan. (Mutafak Alahai)
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
إذا مـات ابن أدم القطع عمله إلا من ثلاث صدقـة جارية أوعلم ينتقع بـه أوولـد صالـح يدعولـه. (رواه مسلم)
Bermaksud:
Apabila mati seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara sahaja berjalan amalannya iaitu sedekah jariah (wakaf) atau ilmu yang boleh diambil manfaat atau anak yang soleh mendoakan baginya. (H.R. Muslim)
2.0 Perkara sunat bagi memilih isteri.
Setengah perkara-perkara yang menjadi sunat memilih isteri ialah:-
2.1 Memilih perempuan yang gadis kecuali jika lelak ini lemah tenaga batin atau ia memerlukan perempuan yang berpengalaman di dalam menguruskan rumah tangga dan memelihara anak maka tiada disunat memilih perempuan yang gadis.
2.2 memilih perempuan yang mempunyai pelajaran agama dan berakhlak mulia.
2.3 Memilih perempuan yang tiada hubungan keluarga yang hampir kecuali jika ada muslihat dan berhubung solaturrahim maka disunat memilih yang ada hubungan keluarga.
2.4 Memilih perempuan yang baligh.
2.5 Memilih perempuan yang sempurna akal fikiran
2.6 Memilih perempuan yang telah di lihat muka dan dua tapak tangannya.
2.7 Memilih perempuan yang baka beranak banyak.
2.8 Memilih perempuan yang sedikit mahar.

3.0 Alamat baligh

Memandangkan kepada banyak perkara dalam urusan perkahwinan ini ada bersangkut dengan baligh maka diterangkan di bawah ini berkenaan dengan baligh atau cukup umur.

3.1 Bermula baligh lelaki ini ialah dengan:
3.2 Cukup umur lima belas tahun Hijrah atau:
3.3 Keluar mani sama ada dengan mimpi bersetubuh atau dengan lainnya di masa berumur sembilan tahun ke atas.
3.4 Baligh bagi perempuan ini ialah dengan
3.5 Cukup umur lima belas tahun Hijrah atau
3.6 Keluar mani sama ada dengan mimpi bersetubuh atau dengan lainnya di masa berumur sembilan tahun ke atas atau
3.7 Datang haid di masa umur sembilan tahun ke atas.

4.0 Rukun Nikah

Bermula rukun nikah itu ada lima perkara iaitu:
4.1 Lelaki yang bakal menjadi suami.
4.2 Perempuan yang bakal menjadi isteri
4.3 Wali yang menjadi penguasa untuk menjalankan akad nikah
4.4 Dua saksi yang mendengar akad nikah.
4.5 Ijab dan kabul – bermula ijab itu ialah lafaz akad nikah oleh wali atau wakil dan kabul itu ialah terima nikah oleh bakal pengantin lelaki atau wakil.

5.0 Syarat lelaki yang menjadi bakal suami ialah:
5.1 Tidak menjadi apa-apa sangkutan yang menegah nikah pada hukum syarak dengan perempuan yang akan menjadi isterinya.
5.2 Hendaklah beragama Islam
5.3 Lelaki yang tertentu
5.4 Tidak dalam ihram haji atau umrah.
5.5 Tidak ada di bawahnya empat orang isteri.
5.6 Dengan ikhtiarnya iaitu dengan kesukaannya bukan dengan paksaan.
5.7 Seorang laki-laki dengan yakin.

6.0 Syarat perempuan yang menjadi bakal isteri:
6.1 Hendaklah beragama Islam .
6.2 Perempuan yang tertentu
6.3 Yakin ia seorang perempuan
6.4 Tidak menjadi apa-apa sangkutan yang menegah
nikah pada hukum syarak
6.5 Bukan menjadi isteri orang lain.
6.6 Tidak dalam idah orang lain
6.7 Tidak dalam ihram haji atau umrah.
7.0 Syarat-syarat menjadi Wali:
7.1 Beragama Islam
7.2 Laki-laki
7.3 Baligh
7.4 Dengan ikhtiarnya tidak dengan cara paksaan.
7.5 Tidak dalam ihram haji atau umrah
7.6 Ketiadaan mhjur ‘alaih dengan sepiah (bodoh)
7.7 Tidak cedera fikiran
7.8 Seorang yang berakal
7.9 Adil dan tidak fasiq

8.0 Syarat-syarat menjadi dua orang saksi:
8.1 Beragama Islam
8.2 Mereka yang berakal
8.3 Mereka yang baligh
8.4 Mereka yang laki-laki
8.5 Mereka yang boleh mendengar
8.6 Mereka yang boleh melihat
8.7 Mereka yang boleh bertutur
8.8 Mereka yang faham bahasa dan ejaan kabul
8.9 Mereka yang tidak cedera fikiran
8.10 Tidak di tetap menjadi Wali
8.11 Mereka yang adil dan tidak adil fasiq

9.0 Syarat-syarat Ijab dan Kabul:
9.1 Lafaz ijab dengan lafaz nikah atau tazuwij atau terjemah.
9.2 Lafaz ijab jangan ada taqlik
9.3 Lafaz ijab jangan terbatas waktunya
9.4 Lafaz kabul dengan lafaz terima nikah
9.5 Lafaz kabul hendaklah disebut nama perempuan atau ganti nama
9.6 Lafaz ijab dan kabul hendaklah berturut-turut tetapi tidak cedera
setakat telah air liur atau bersin atau batuk atau seumpamanya
yang tidak mengambil masa yang panjang.
9.7 Hendaklah berkekalan keahlian ijab dan kabul kedua-duanya
hingga selesai akad.
9.8 Jangan diselangi di antara lafaz ijab dan kabul dengan lain-lain
perkataan kecuali memuji Allah dan selawat di atas Nabi
dan wasiat dengan takwa maka tiada cedera diselangi dengan
perkataan ini secara ringkas.

9.9 Lafaz ijab dan kabul hendaklah di dengar oleh dua orang saksi
yang faham bahasa itu.

10.0 Perkara yang haram nikah:
Bermula haram nikah yang di maksud di sini iaitu nikah itu tiada sah dan perbuatannya berdosa. Adapun perkara itu adalah sebab-sebab yang berikut:
10.1 Haram nikah dengan sebab keturunan.
10.2 Haram nikah dengan sebab susuan.
10.3 Haram nikah dengan sebab berambil-ambilan (msahirah)
10.4 Haram nikah dengan sebab berhimpun.
10.5 Haram nikah dengan isterinya sebab berli’an
10.6 Haram nikah dengan isterinya sebab Talaq Bain Kubra
(atau Talaq Tiga)

11.0 Haram Nikah dengan Sebab Keturunan.
Maka haram nikah buat selama-lamanya seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bersangkutan dengan keturunan seperti di bawah ini:
11.1 Seorang lelaki dengan ibunya dan neneknya sama ada di
sebelah ibu atau di sebelah bapa hingga ke atas.
11.2 Seorang lelaki dengan anaknya hingga ke bawah.
11.3 Seorang lelaki dengan saudaranya sama ada seibu sebapa atau
sebapa atau se ibu.
11.4 Seorang lelaki dengan anak dari saudara laki-laki sama ada
seibu sebapa atau sebapa atau se ibu.
11.5 Seorang lelaki dengan anak dari saudara perempuan sama ada
seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
11.6 Seorang laki-laki dengan saudara perempuan ibunya sama ada
seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
11.7 Seorang laki-laki dengan saudara perempuan bapanya sama ada
seibu sebapa atau sebapa atau seibu.

12.0 Haram Nikah dengan sebab Sesusu.
Maka haram nikah buat selama-lamanya seorang laki-laki dengan seorang perempuan yang bersangkutan dengan susuan.
Makna penyusuan ini ialah seseorang kanak-kanak telah meminum susu seorang perempuan dengan syarat bahawa perempuan yang memberi susu itu umurnya sembilan tahun ke atas dan ia hendaklah hidup di masa memberi susu dan kanak-kanak yang menyusu itu tidak sampai umurnya dua tahun dan penyusuan ini hendaklah lima kali sama-ada dengan diberi tetek atau di perah dengan yakin.
Manakala sempurna syarat-syarat seperti di atas maka jadfilah di antara kanak-kanak yang menyusu dengan perempuan yang memberi susu itu ibu susunya maka haramlah ia berkahwin dengan ibu susunya. Usul furuknya :-

12.1 Dengan ibu seusunya dan bapa susunya dan nenek susunya
hingga ke atas.


12.2 Dengan anak sesusunya hingga ke bawah.
12.3 Dengan saudara sesusunya
12.4 Dengan anak dari saudara lelaki sesusunya.
12.5 Dengan anak dari saudara perempuan se susunya.
12.6 Dengan saudara bapa sesusunya
12.7 Dengan saudara sesusunya

13.0 Haram Nikah dengan sebab Berambil-ambilan.
Maka haramlah bagi seseorang lelaki itu berkahwin dengan seseorang perempuan secara berambil-ambilan buat selama-lamanya kecuali dalam satu bahagian sahaja seperti keterangan di bawah ini:
13.1 Berkahwin dengan ibu mertuanya hingga ke atas haram buat
selama-lamanya.
13.2. Berkahwin dengan menantunya hingga ke bawah haram
buat selama-laman ya.
13.3 Berkahwin dengan ibu tirinya hingga ke atas haram buat selama-
lamanya


13.4 Berkahwin dengan anak tirinya hingga ke bawah dengan syarat
suami itu telah bersetubuh dengan isterinya iaitu ibu anak tiri pada
ketika itu haram buat selama-lamanya. Tetapi jika belum lagi
bersetubuh tiada haram dan boleh berkahwin dengan anak tirinya
itu.

14.0 Haram Nikah dengan sebab berhimpun.(15)
14.1 Haram seorang laki-laki berkahwin dengan seorang perempuan kemudian ia berkahwin pula dengan saudara isterinya itu atau dengan anak saudara isterinya itu, atau ibu saudara isterinya itu di sebelah ibu atau di sebelah ibu saudaranya di sebelah bapa dengan tidak di ceraikan isterinya itu.
14.2 Haram ini hanya semerta waktu sahaja, jika ia bercerai dengan isterinya dengan talak tiga, maka bolehlah ia berkahwin dengan perempuan-perempuan tersebut pada bila-bila masa pun. Kecuali jika talak satu maka kenalah dia menanti isterinya itu lepas idah talak itu dahulu.

15.0 Haram Berkahwin dengan sebab li’an ( لعان) . (16)
15.1 Haram seseorang laki-laki berkahwin dengan isterinya buat selama-lamanya jika ia telah berli’an akan isterinya, dan makna li’an itu ialah seseorang suami telah menuduh isterinya berzina dan di nafi anak itu dari keturunannya jika isterinya mengandung.
15.2 Sayarat-syarat Tuduhan.
15.2.0 Sami hendaklah membuat tuduhan terlebih dahulu.
15.2.1 Kenalah suami bersumpah empat kali berturut-turut dengan
Lafaz “Asyhadu billah” dan yang kelimanya sumpat laknat di
atasnya.
15.2.2 Lafaz sumpah diajar oleh Kadi:-

أَشْهَدُ بِا اللهِ إِنِّى لـَمِنَ الصَّادِقـِيْنَ فِيْمَا رَمِيْتُ بِـهِ
هَذِهِ مِنَ الزِّنـَا. دان يغ كليما اياله:
أَنَّ لـَعْنَـةـَ اللهِ عَلـَىَّ إِنْ كـُنْتُ مِنَ الـْكـَاذِبِـيْـنَ فِيْهَ وَأَنَّ
هـَذَا الـْوَلـَدَ مِنْ زِنَـا.(16) معنا اياله:-
“Aku naik saksi dengan nama Allah bahawasanya aku ini dari orang yang benar dalam membuat tuduhan di atasnya dengan zina dan anak ini dari zina dan bahawa dilaknat Allah di atas ku jika aku dari orang yang berdusta menuduhnya dari zina dan anak ini dari zina.”


15.2.3 Kemudian isterinya pula berli’an dengan menafikan tuduhan suaminya untuk membenarkan dirinya bahawa ia tidak berzina dan anak ini daripadanya, dengan Empat Kali sumpah dengan perkataan:-
أَشْهَدُ بـِا اللهِ إِنـَّهُ لـَمِنْ الـْكـَاذِ بـِيْنَ فِيْمَا رَمَا نِىْ بِـهِ مِنَ الزِّنَا وَأَنَّ هَـذَا الـْوَالـَدَ مِنَ الزِّنَا لَا مِنْهُ.... دان يغ كليما اياله:-
أَنَّ غَضِبَ اللهُ عَلـَىَّ إِنْ كـَانَ مِنَ الصَّادِقِـيْنَ فَـيْهِ :-
“Aku naik saksi dengan nama Allah bahawasanya laki-laki ini dari orang yang berdusta yang menuduh aku berzina dan anak ini daripada zina bukan daripadanya dan dimurkai Allah di atas ku jika laki-laki ini dari orang yang benar di atas tuduhannya terhadap aku dengan zina dan anak ini dari zina.”

16.0 Kesudahan Li’an:
Kesudahan membuat tuduhan suami terhadap isteri dan isterinya menafikan tuduhan itu maka timbullah perkara-perkara yang tersebut di bawah ini:-

16.1 Suami terlepas dari hukuman menuduh.
16.2 Isteri terlepas dari hukum berzina.
16.3. Anak tiada dibangsakan kepada bapanya iaitu kepada suami yang berli’an.
16.4 Bercerailah mereka buat selama-lamanya tiada boleh berkahwin lagi sesama mereka berdua ini.

17.0 Masalah Berhubung dengan Li’an.

17.1. Suami harus berli’an apabila dia yakin isterinya telah melakukan perbuatan zina dengan dilihatnya sendiri atau mendengar perkhabaran yang boleh dipercayai dengan keterangan-keterangan yang lengkap.
17.2. Suami tidak boleh berli’an jika mendapat khabar angin sahaja kerana boleh jadi fitnah atau yang membawa perkhabaran itu ingin kepada isterinya atau orang itu hendak mencuri barang isterinya atau ia lari menyembunyikan diri kerana takut satu-satu perkara.
17.3. Jika suami itu masih ragu-ragu tentang zina isterinya eloklah di cerai dengan baik, janganlah membuat li’an.
17.4. Jika suami itu masih ragu-ragu anak dalam kandungan isterinya itu maka hendaklah ia mengaku sahaja anak itu adalah anaknya.

18.0 Haram Nikah Balik Selepas Di Talak Tiga. (ms 18)
Manakala seorang laki-laki telah bercerai dengan isterinya dengan talak tiga sama ada di lafaznya sekali atau berasingan sehingga menjadi tiga talak maka haramlah ia berkahwin semula dengan isterinya yang di cerai dahulu itu, melainkan isterinya telah melakukan perkara-perkara tersebut di bawah ini, maka barulah mereka boleh berkahwin semula:
18.1 Isterinya telah berkahwin dengan laki-laki yang lain dengan perkahwinan yang sah.
18.2. Isterinya telah bersetubuh dengan suami yang baru dinikahkan itu dengan syarat bersetubuh itu bangkit zakarnya.
18.3. Suami itu ada berahi di dalam persetubuhan itu.
18.4. Suami itu mencerai akan isterinya atau dituntut fasakh oleh isterinya dan dihukum terfasakh atau mati suaminya itu.
18.5. Telah selesai idah dengan suaminya yang kedua itu.
18.6. Penerangan.
Apabila berlaku perkara-perkara seperti syarat-syarat di atas barulah bekas suami yang telah bercerai tiga talak itu boleh berbalik semula dengan bekas isterinya dengan Akad Nikah lain dan talak tiga ini telah habis dan tiada ada lagi, kecuali suami berlafaz bercerai semula selepas dari mereka berdua berkahwin semula itu.

19.0 Sabit Bersetubuh. Jika ada perbalahan:- (ms 19)
19.1 Jika menjadi perbalahan di antara suami isteri dengan hal bersetubuh, seperti isteri kata suaminya telah bersetubuh dengannya dan suami berkata ia belum bersetubuh dengan isterinya, maka kenalah isteri bersumpah dengan bersetubuh maka dihukum telah bersetubuh.
19.2. Jika menjadi perbalahan di antara suami isteri dengan tiada bersetubuh maka isteri berkata tiada bersetubuh dan suami berkata telah bersetubuh maka dibenarkan perkataan isteri dengan tiada bersetubuh dan tidak berkehendakkan kepada isteri bersumpah.
19.3. Jika tiada menjadi perbalahan maka dibenarkan perkataan isteri itu dengan tiada sumpahnya lagi.

20.0 Bahagian Wali. (ms 20)
Orang yang berhak menjadi wali untuk mengkahwinkan seseorang perempuan itu ialah mereka yang disebutkan di bawah, mengikut susunan yang diaturkan itu dan ini tiadalah boleh mendahulukan yang kemudian daripada yang dahulu di sebutkan, melainkan dengan beberapa syarat yang akan diterangkan selanjutnya anti:

20.1. Bapa
20.2. Nenek laki-laki dari pihak bapa hingga ke atas.
20.3. Saudara laki-laki bagi seibu sebapa.
20.4 Saudara laki-ali sebapa.
20.5 Anak saudara laki-laki bagi saudara laki-lali seibu sebapa.
20.6 Anak saudara laki-laki bagi saudara laki-laki sebapa.
20.7 Anak, anak saudara laki-laki bagi saudara laki-laki seibu sebapa.
20.8. Anak, anak saudara baki-laki bagi saudara laki-laki sebapa hingga
sampai ke bawah.
20.9 Bapa saudara seibu sebapa d sebelah bapa.
20.10 Bapa saudara sebapa di sebelah bapa.
20.11 Anak laki-laki bagi bapa saudara seibu-sebapa di sebelah bapa.
20.12. Anak laki-laki bagi bapa saudara sebapa di sebelah bapa.
20.13 Anak, anak laki-laki bagi bapa saudara seibu bapa sebapa di
sebelah bapa.
20.14 Anak, anak laki-laki bagi bapa saudara sebapa di sebelah
Bapa maka begitulah hingga ke bawah.
20.15. Bapa saudara bapa seibu sebapa di sebelah bapa.
20.16. Bapa saudara bapa sebapa di sebelah bapa.
20.17 Anak bapa saudara bapa seibu sebapa di sebelah bapa.
20.18 Anak bapa saudara bapa sebapa di sebelah bapa.
20.19 Anak, anak bapa saudara bapa seibu sebapa d isebelah bapa.
20.20 Anak, anak bapa saudara bapa sebapa di sebelah bapa, maka
begitulah hingga ke bawah lagi.
20.21. Bapa saudara bapa, bapa di sebelah bapa bagi seibu sebapa.
20.22. Bapa saudara bapa, bapa di sebelah bapa bagi sebapa.
20.23. Anak laki-laki bapa saudara bapa, bapa di sebelah bapa seibu
sebapa.
20.24. Anak laki-laki bapa saudara bapa, bapa di sebelah bapa sebapa,
maka begitulah hingga ke bawah dan juga di sebelah atas.
20.25. DYMM Sultan.

21.0 Pembahagian Wali. (ms 22)
21.1 Wali Akrab – Iaitu wali yang habis dekat s3ekalik dengan perempuan.
21.2 Wali Ab’ad – Iaitu wali yang jauh sedikit dengan perempuan,
umpamanya jika ada bapa dan nenek maka bapanya dinamakan wali
Akrab dan neneknya dinamakan wali Ab’ad. Jika mati bapa dan ada
neneknya dan bapa neneknya maka neneknya jadi wali Akrab dan
bapa neneknya jadi wali Ab’ad. Begitulah seterusnya hingga ke atas.
21.3. Jika ada nenek dengan saudara maka neneknya menjadi wali Akrab
dan saudaranya menjadi wali Ab’ad.
21.4. Jika ada saudara seibu sebapa dan saudara sebapa sebapa maka
saudara seibu sebapa menjadi wali Akrab dan saudara sebapa menjadi
wali Ab’ad. Begitulah seterusnya hingga ke bawah.

22. 0 Wali Ijbar dan wali Tiada Ijbar.
Di dalam wali Akrab dan Wali Ab’ad itu ada wali Mujbir dan ada wali tiada mujbir.
22.1 Wali Mujbir – Iaitu wali yang boleh mengkahwinkan seorang perempuan dengan tiada wajib mengambil izin dari perempuan, hanya sunat sahaja iaitu wali yang berpangkat bapanya atau neneknya. Dan ini pun ada beberapa syarat yang menjadi sah nikahnya.
22.2 Wali Tiada Mujbir – Iaitu wali yang tiada boleh mengkahwinkan akan seseorang perempuan melainkan wajib mengambil izin darinya. Jika tiada diambil izin maka tiada sah nikah itu selain daripada bapa dan nenek bagi anak dara seperti saudara seibu sebapa dan sebapa dan lain-lainnya.
23.0 Syarat-syarat bapa atau nenek mengkahwin dengan tiada mendapat izin. Ada beberapa syarat bagi bapa atau nenek mengkahwinkan anaknya atau cucunya dengan tiada mengambil izin dari mereka seperti di bawah ini:-
23.1 Ada kufu di antara perempuan yang akan menjadi isteri dengan laki-laki yang akan menjadi suami. Jika di antara laki-laki dan perempuan tiada sekufu maka wajiblah bagi bapa atau nenek mengambil izin dari mereka terlebih dahulu. Jika tiada mengambil izin tiada sah nikahnya.
24.0 Syarat-syarat kufu ini ialah:
24.1 Selamat dari ‘aib - Seperti jangan ada laki-laki itu berpenyakit gila, sopak, kusta, lemah tenaga batin, terpotong zakar. Maka laki-laki yang tiada selamat dari ‘aib tiadalah kufu dengan perempuan yang selamat dari ’aib.
24.2 Bangsa – Maka laki-laki bukan Bangsa Arab tiada sekufu dengan perempuan yang berbangsa Arab. Laki-laki yang bukan Syed tiada sekufu dengan perempuan yang berketurunan Syedah. Laki-laki yang bukan puak Bani Hashyim tiada sekufu dengan perempuan yang dari puak Bani Hashyim.
24.3 Agama – Laki-laki yang fasiq tiada sekufu dengan perempuan yang solehah. Yang baru masuk Islam tiada sekufu tiada srekufu dengan perempuan yang lama Islamnya.
24.4 Pekerjaan - Laki-laki yang kerjanya rendah tiada sekufu dengan perempuan yang ada pangkat dan darjat.
24.5 Mampu membayar mas kahwin.
24.6 jangan ada seteru di antara perempuan dengan laki-laki yang hendak berkahwin.
24.7 Jangan ada seteru di antara perempuan dengan walinya.
24.8 Perempuan itu anak dara.

25.0 Sunat-sunat bagi bapa atau wali.
25.1 Maka disunatkan bapa atau nenek mengkahwinkan akan anaknya atau cucunya yang dara meminta izin daripadanya, dan izin ini memadailah dengan diamnya dia yang ianya menunjukkan kerelaannya perkahwinan itu.

24.2 Bangsa – Maka laki-laki bukan Bangsa Arab tiada sekufu dengan perempuan yang berbangsa Arab. Laki-laki yang bukan Syed tiada sekufu dengan perempuan yang berketurunan Syedah. Laki-laki yang bukan puak Bani Hashyim tiada sekufu dengan perempuan yang dari puak Bani Hashyim.
24.3 Agama – Laki-laki yang fasiq tiada sekufu dengan perempuan yang solehah. Yang baru masuk Islam tiada sekufu tiada srekufu dengan perempuan yang lama Islamnya.
24.4 Pekerjaan - Laki-laki yang kerjanya rendah tiada sekufu dengan perempuan yang ada pangkat dan darjat.
24.5 Mampu membayar mas kahwin.
24.6 jangan ada seteru di antara perempuan dengan laki-laki yang hendak berkahwin.
24.7 Jangan ada seteru di antara perempuan dengan walinya.
24.8 Perempuan itu anak dara.

25.0 Sunat-sunat bagi bapa atau wali. (ms 24)
25.1 Maka disunatkan bapa atau nenek mengkahwinkan akan anknya atau cucunya yang dara meminta izin daripadanya, dan izin ini memadailah dengan diamnya dia yang ianya menunjukkan kerelaannya perkahwinan itu.

25.2 maka dengan sebab izin itu ada kalanya wajib dam ada kalanya sunat sahaja, maka lebih baik dijalankan akad nikah dengan mengambil izin darinya terlebih dahulu supaya tidak berbangkit apa-apa perbalahan di belakang hari nanti.
26.0 Mertabat Wali.
Jika berhimpun wali pada satu peringkat seperti seorang perempuan ada lima saudara laki-laki maka disunatkan pilih yang menjadi wali bagi perempuan itu.
26.1. Yang lebih mengetahui dalam hukum-hukum nikah dan ilmu yang berkaitan dengan amal ibadat.
26.2 Kemudian yang lebih warak.
26.3 Kemudian yang lebih tua.
26.4 Kemudian yang dipilih dengan kiraan undi.

27.0 Perkara Berpindah Wali Akrab kepada Wali Ab’ad.
Seorang wali yang telah ditetapkan menjadi wali kepada seorang perempuan dan ia telah berlaku perkara-perkara seperti du bawah ini maka berpindah walinya kepada wali Ab’ad:-
27.1.Wali Akrab itu belum baligh.
27.2. Wali Akrab itu bodoh
27.3. Wali Akrab itu nyanyuk
27.5. Wali Akrab itu kafir dan Wali Ab’ad itu Islam.
27.6. Wali Akrab itu murtad.
27.7 Wali Akrab itu cedera penilik
27.8 Wali Akrab itu fasiq iaitu seorang yang mengerjakan dosa besar
dan berkekalan dengan dosa kecil

28.0 Ikhtilaf Ulama’ di atas sah nikah wali fasiq. (ms. 25)
Telah bersalahan Ulama’ di atas sahnya atau tiada akad nikah oleh wali fasiq:
28.1 Menurut qaul yang masyhur dari Mazhab Syafiei dan mendapat persetujuan dari Imam Nuway dan Sheikh Al-Islam Zakaria Al-Ansari dan Sheikh Ibn Hajar dan Khatib Syarbini bahawa tiada sah akad nikah oleh wali yang fasiq .(ms 25)
28.2. Kata Imam Azraii, aku memberi petua di masa yang lalu sah nikah wali yang hampir fasiq.
28.3 Menurut dari Imam Ghazali dan Ibn Al-Soleh dan juga Imam Azraii sah jadi wali orang yang fasiq jika di tinggal nescaya berpindah kepada Hakim fasiq.
28.4 Kata kebanyakan Ulama’ Muthakhirin sah jadi wali orang yang fasiq kerana kefasikan dia umum.
28.5 kata setengah Ulama’ Syafieii sah nikah juga dengan dua saksi yang fasiq.
28.6. Dalam keputsan Jawatankuasa Petua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, sah nikah wali yang fasiq memandang kepada masyarakat pada hari ini susah hendak menjadi seorang yang benar-benar adil.

29.0 Pekerjaan yang Membawa Kepada Dosa Besar. (ms. 26)
Sebahagian dari dosa-dosa besar yang diambil dari perkataan-perkataan Ulama’ ialah:
29.1 Membunuh orang dengan tiada sebenar
29.2 Melakukan pekerjaan berzina
29.3 Melakukan perbuatan lewad
29.4 Meminum arak
29.5 Bermain judi
29.6 Merompak, merampas dan mencuri.
29.7 Menuduh orang berzina dengan tiada saksi
29.8 Menjadi saksi bohong
29.9 Lari dari medan perang.
29.10 Memakan riba
29.11 Memakan harta anak yatim.
29.12 Derhaka kepada ibu bapa.
29.13 Membunyikan saksi dengan tiada uzur.



======================Bersambung dalam masa akan datang=====================

(Rujukan: Kitab"PANDUAN HAL EHWAL NIKAH, CERAI
RUJUK DAN 'IDAH."

Lalai dan mabuk harta







Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ يُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.


وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)
إ ِلا الـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ
وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)
(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran

Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.


Kelalaian kerana Kemabukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

غَشِيَتْكـُمُ السَّكـْرَتَانِ, سَكـْرَةُ حُبِّ الـْعَيْشِ وَحُبِّ الـْجَهْلِ فَعِندَذَلـِك لآ تَأْ ْ مُرُونَ بِالـْمَعْرُوفِ, وَلآ تَنْهَوْنَ عَنِ الـْمُنْكـَرِ. وَالـْقَاءِـمُونَ بِالـْكِتَابِ وَالسَّنَّةِ كـَالسَّا بِقِيْنَ الأ َوَّلِيْنَ من الـْمُهَاجِرين وَالْ َأنـْصَار. (رواه أبو نعيم عن عاءـشة.)
Bermaksud:-

“Telah meliputi akan fikiran kamu oleh dua kelalaian atau kemabukan iaitu

:(1). Mabuk kerana kasih akan hidup di dunia

(2). Mabuk kerana kasih akan barang yang membawa kepada kejahilan, di waktu itu tidak lagilah kamu menyuruh-nyuruh dengan kebajikan, dan melarang yang mungkar, maka siapa yang berpregang dengan Al-Quran dan Hadith dimasa itu ialah sebagai sahabat-sahabat yang dahulu, ahli Mekah, dan ahli Madinah.

Ulasan.
Manusia sentiasa mengisikan fikiran dan khayalannya sehari-harian dengan dua perkara:-

(1). Ia mabuk dengan fikiran yang amat mengasihi dunia ini yang ianya sentiasa boleh melakukan kemungkaran, kepuasan nafsunya, dapat mengikuti segala ajakan syaitan dengan perkara-perkara akhlak yang buruk dari ajaran Islam.

(2). Manusia mabuk kerana terlalu kasih akan barangan yang membawa kepada kejahatan seperti mempunyai wang banyak yang sentiasa digunakan untuk melakukan maksiat, mempunyai kereta mewah yang boleh ianya berpoya-poya dengan wanita-wanita cantik dan dapat pula melakukan perzinaan, dapat pergi ke tempat-tempat maksiat dan mudah meminunm arak, mudah menipu manusia lain dengan menunjukkan perbuatan riak dan sombong serta bermegah-megah dengan rumahnya yang tersegam besar itu.
Dikala itu tidak lagilah ia mahu menyuruh-menyuruh orang lain mahupun dirinya sendiri untuk melakukan dengan kebajikan dan melarang kemungkaran kerana terlalu kasih akan dunia ini.
Hanya mereka yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan al-Hadith sahaja dikala itu akan jadilah sebagai sehabat-sehabat Nabi s.a.w. yang dahulu iaitu ahli Mekah dan ahi Madinah dan mereka itulah yang menjadi orang yang beruntung yang dapat masuk syurga. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran, surah At-Talaq ayat 2 dan 3 :-
وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج. وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ شَىْءٍ قـَدْرًا (3(
”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq ayat 2 dan 3).
Sekian dahulu, semoga kita dapat bersama-sama bermenung dan memikirkan segala perkara tersebut di atas demi untuk kebahagan kita di dunia dan di khirat.
Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.
---------

Iman yang sempurna








Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali sejenak untuk menyambung masalah agama yang akan mencukupi seratus masalah yang disampaikan. Semoga dapat bermanafaat kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.



Masalah

Orang Mukmin manakah yang sempurna Imannya? Apakah yang disebut Ahli Sunnah wal jama’ah itu ? Minta tuan tolong terangkan.

Jawapan.

Bagi menjawab soalan pertama maka baiklah penulis membawa firman Allah s.w.t. dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2 -4 seperti betikut:


إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ. أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)

Adapun mengenai apakah Ahlisunnah wal Jumaah itu? Maka dengan ringkas dapat penulis menjawab di sini menurut apa yang tersebut dalam Kitab Al-Majalisus Saniyyah, ms 88 seperti berikut:-

”Maka wajiblah ke atas orang-orang yang beriman mengikuti Sunnah dan Jama’ah. Maka arti Sunnah iaitulah sesuatu yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. dan arti Jama’ah iaitu sesuatu yang telah sepakat atasnya oleh para sahabat r.a. ajma’in pada khilafatnya Imam-imam Empat, khalifah-khalifah yang lurus lagi terpimpin r.a. ajma’in.”
Demikianlah jawapan penulis menegnai solan tersbut.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama, Jil. 2, ms 43)


Masalah 97.

Saya ingin tahu bagaimanakah seseorang itu lelaki atau perempuan ketika mandi tidak memkai seurat pun pakaian dan selepas itu mengambil wuduk, adakah sah wuduknya itu?

Jawapan.
Mengambil wuduk ketika selepas mandi yang tidak berpakaian adalah sah wuduknya, tetapi berwuduk dengan bertelanjang bulat sampai kubul dan dubur pun tidak ditutp, walau pun di dalam khalawat atau bersendirian adalah haram. Mengenai hukum menutup aurat ketika mandi itu bahawa ketahuilah anda aurat itu ada aurat pada khalawat atau seketika bersendurian,dan di hadapan orang yang boleh memandang kepadanya auratnya itu, seperti isterinya.

Untuk keperluan mandi boleh membuka seluruh aurat baik pada bersendirian ataupun dihadapan isteri. Akan tetapi haram membuka aurat di hadpan orang yang haram memandang kepadanya, sebagaimana juga ketika berwuduk tanpa sesuatu keperluan.

Tetapi aurat yang yang dimaksudkan itu adalah bagi lelaki yang dalam khalawat atau bersendirian khusus dua kemaluan sahaja, iaitu kabul dan dubur. Artinya Haram tidak menutup kabul dan dubur dalam khalawat seketika berwuduk jika tidak ada sesuatu keperluan mustahak.

Dan haram bagi perempuan dalam khalawat atau bersendirian tanpa sesuatu keperluan, berwuduk tanpa menutup antara pusat dan lututnya. Melainkan jika ianya ada sesuatu keperluan maka hal itu seperti memelihara kain dari kekotoran dimaafkan.

Jadi kesimpulannya sekurang-kurangnya berwuduk yang tidak dapat haram bagi lelaki ialah dengan memakai seluar dalam, dan bagi perempuan ialah dengan menutup antara pusat dan lututnya.
Firman Allah s.w.t

وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِمـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)

Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78)
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama Jil.2.ms 85)


Masalah 98.

Sebelum kita mandi hadas besar (junub) sunnah kita membersihkan najis di badan lalu membaca ”Bimilla hirrahma nirra him”, lalu mengadap qiblat mengambil air semabhyang. Pada hal kita masih dalam keadaan berjunub lagi, dan membaca ayat Al-Quran itu. Tidakkah jadi berdosa kita berbuat demikian ?

Jawapan.

Mengenai membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” iaitu sepotong dari ayat al-Quran dalam keadaan berhadas besar memang diharamkan atas orang yang tengah berjanabat atau berhadas besar.

Untuk ini dinyatakan bahawa membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” adalah dengan niyat zikir dan bukan dengan niat membaca al-Quran, dan kita melakukan sesuatu perbuatan yang diperuntukkan khusus tujuan itu. Tidaklah menjadi haram perbuatan itu.

Terdapat dalam sebuah hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sitti ’Aisyah r.a berkata ia:-

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـمَّ اِذ َا اغْتَسَلَ مِنَ الـْجَنَابَةِ
تـَوَضَّأ َ وُضُوْءَ ه ُلِلصَّلَاةِ. (رواه اشيخان)
Bermaksud: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwudukah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyangh. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Penulis merujukkan terdapat di dalam Kitab” Fathul Mu’in Juz 1,ms 72” seperti maksudnya berikut:-


”Dan disunnahkan untuk mandi wajib membaca Bismillah...pada permulaannya, dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan hingus, dan najis, sepertri madzi, walaupun sebenarnya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh satu basuhan sekaligus. Dan disunnahkan berkemih (kencing) oleh orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kekotoran, sunnah berkumur-kumur dan menghilangkan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunnahkan mengekalkan wuduk itu sampai seselsai mandi, sehingga jika berhadas ia, disunnahkalah baginya mengulanginya.
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama jil.2,ms 96)


Masalah 99.


Apakah hukumnya apabila saya sedang mempunyai hadas besar makan, minum dan membaca al-Quran tanpa memegangnya?

Jawapan.

Hukumnya makan dan minum seketika berhadas besar adalah makruh. Adapun membaca al-Quran dengan niat tilawah adalah haram dalam keadaan berhadas besar. Demikian pula dengan dua niat, iaitu niat tilawah dan berzikir adalah haram. Tetapi semata-mata niat zikir atau muthlak dibolehkan.

Mengenai makruh makan minum dalam keadaan berhadas besar adalah sebagaimana tersebut dalam Kitab Syarah Mukhtashar Bafdlal halaman 110 sebagai berikut:

وَيُكْرَهُ لِلـْجُنُبِ الْ َاكْلُ وَالشـُّرْبُ وَالنـُّوْمُ وَالـْجَمَاعُ قـَبْلَ غَسْلِ الـْفَرَجِ وِالـْوُضُوْءِ لِمَاصَحَّ مَنَ الْا َمْرِبِهِ فِى الـْجَمَاعِ وَالْاِ تْبَاعِ فِى الـْبَقِـيـَّةِ.

Artinya: “Dan dimakruhkan bagi orang junub, makan dan minum, tidur dan jimak sebelum membasuh farji dan berwuduk, kerana hadith yang sahih daripada perintah dengannya dalam hal jimak, dan kerana Ittiba’ pada yang tinggal.”

Dalam hal haram atas orang Islam membaca al-Quran dengan lidahnya Rasulullah bersabda:

لا َ يَقْرَأ الـْجُنُبُ وَلا َ الـْحَاءِـضُ شَيْـءًـا مِنَ الـْقُرْآنِ حَسَّنَهُ الـْمُنْذِرِىُّ.

Artinya: “Janganllah hendaknya membaca orang junub dan orang haidl akan sesuatu dari pada Al-Quran, (Telah menghasankan hadis ini oleh Al-Mundziry) .(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil.2 ms 100.




Maslah 100.

Bolehkah seorang wanita yang masih setelah melahirkan anak, berzikir, Salawat Nabi,dan Tasbih ?


Jawapan.

Tidak ada larangan bagi wanita yang masih dalam bernifas untuk melakukan zikir. Jadi bolehlah baginya bersalawat, bertahlil, membaca salawat nariyyah atau kamilah, bertasbih dan sebagainya.
Adapun yang terlarang bagi orang yang sedang haidl dan nifas atau orang yang berhadas besar, adalah membaca Al-Quran dengan qashad tilawah, artinya dengan niat membaca Quran. Adapun apabila diqashadnya zikir atau doa pada ayat-ayat yang mengandungi zikir dan doa, maka berarti bukanlah ia membaca Quran, tetapi berzikir atau berdoa. Maka hal itu boleh dilakukan.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil. 2 ms 102 )




Maslaah 101

Bolehkah orang yang sedang sembahyang fardhu apabila dipanggil orang tuanya harus digugurkan semabahyangnya itu ?


Jawapan.

Haram dan batal hukumnya menyahuti panggilan kedua orang tua di dalam sembahyang fardhu. Demikian pula haram kita membatalkan sembahyang fardhu, kerana menyahut panggilan kedua ibu bapa. Tetapi bolehlah menyahuti panggilan ibu bapa dalam sembahyang sunat, dan sembahyang sunat itu menjadi terbatal. Kerana jika teruskan juga sembahyang itu kita tidak khusyuk lagi dengan sembahyang itu, asyik memikirkan entah ada sesuatu hal yang nmustahak berlaku. (Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil.2 ms 115
Masalah 102.

Seorang sahabat saya suka berdoa sesudah Suratul Fatihah baik dalam sembahyang mahupun diluar sembahyang seperti ”robbigh
fir li waliwadiyya. Apakah maksud dan dibolekannya atau tidak?

Jawapan.

Bagi orang yang membaca Fatihah, baik diluar sembahyang atau di dalam sembahyang sunnat diucapkannya doa diantara ”Walad dallin dan Amin” doa ”Robbighfirli atau Robbighfirli waliwaliyya wa lil Musliman.”
Dan tidak disunatkan ucapan tersebut bagi makmum untuk bacaan Imamnya sewaktu sembahyang. Tetapi sunat bagi makmum untuk bacaan dirinya. Sesungguhnya yang sunat mengucapkan doa tersebut adalah mereka yang mempunyai bacaan ”Waladdallin....”, baik bagi Imam ataupun makmum.
Terdapat maklumat dalam Kitab : Bughyatul Mustarsyidin, halaman 45 yang bermaksud seperti berikut:

”Telah berkata Assyarif Al ’Allamah Thahir bin Husein. Tidak dituntut dari makmum seketika selesai Imamnya membaca Fatihah, akan ucapan ”Robbighfirli”. Dan hanya sanya dituntut daripadanya mengucap ”Amin” sahaja. Sedang ucapan tersebut itu dfituntut (disunatkan) dari pembaca Fatihah saja, pada diam yang ada di antara akhir Fatihah dan ”Amin”. Wallahu yahdi ila sawaissabil. Amin. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.2, ms 121)


--------------------------ooooooooooooooooo------------------------------------------


PERMOHONAN DARI PENULIS BLOG.

Sukacita jika anda apabila telah melayari Siaran Blog ini diminta memberi tahu sekalian rakan anda agar menjadi Rakan ”Follower” Siaran Blog ini demi untuk faedah meningkatkan ehwal agama Islam. Tidak ada apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka itu. Kerjasama anda amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Semoga Allah s.w.t . memberi ganjaran pahala di atas membantu kerja-kerja dakwah agama Islam.
Sekian dahulu buat sementara, jumpa lagi......!
Salam bahagia dari Hj.Che Dan Ahmad.

---------------oooo------------------