Walaupun usia mereka meningkat jauh tetapi mereka tetap mencari ilmu untuk kebahagian di dunia dan akhirat. Gambar siswa siswi Universiti Malaya (Bahagian Syariah) ini bergambar bersama-sama pensyarah mereka pada hari akhir tamat kuliah tahun 2011.
MEMBIMBING UMMAH KE SYURGA (Original)
(My computer – Folder NANO 1 )
1.. Pendahuluan.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Dipanjatkana kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan keizinanNya, telah mendorong usaha-usaha penulisan makallah ini hingga selesai.
Sesungguhnya arus pembangunan yang kian laju dan amat mencabar perjalanan kehidupan umat manusia terutamanya golongan yang bearda dan tidak ketinggalan juga golongan remaja. Dalam mengejar kemajuan dan kecermerlangan hidup, amalan amalan suruhan Allah s.w.t. telah diabaikan, sebaliknya amalan-amalan yang dilarang serta perlakuan akahlak yang buruk itu telah menjadi tumpuan dan kesukaan mereka sehari-harian.
2..Bertaqwa untk menuju ke Syurga.
Makallah ini mengenai bertaqwa kepada Allah s.w.t. iaitu kita hendaklah mengerjakan segalan suruhan Allah dan kita kerjakanlah dengan bersunguh-sungguh tanpa malas. Justeru itu kita hendaklah tinggalkan segala larangan Allah walau sekecil-kercil larangan sekalipun. Maka hendaklah kita amalkan kedua-dua perkara tersebut tadi sebagai jalan untuk kita menemui Allah s.w.t. di akhirat nanti dengan selamnat dan dalam keadaan yang membawa kita menuju ke syurga.
Firman Allah s.w.t.: 110)
فـَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِـقـَآءَرَبـِّهِ فـَلـْيِعْمَلْ عَمَلا ً صَلِحًا
وَلَايُشـْرِكْ بـِعِبـَادَة ِ رَبـِّـهِ أَحـَدَا. (110)
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan ‘amal yang solih dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.
(Surah Al-Kahfi ayat 110)
Dlam masa kita mengerjakan suruhan Allah itu jangan pula kita mempersekutukan Alah iaitu kita syirik pada Allah. Dalam hal mempersekutukan Allah itu pada masa ini didapati banyak sekali orang-orang mukmin melakukan perbuatan tersebut tanpa mereka sedari perbuatan itu. Seumpamanya semasa mereka bertugas di pejabat atau di mana-mana sekalipun, banyak orang-orang mukmin tidak solat Zohor kerana takut kepada Ketua Paejabat akan memarahi mereka memasuki semula kerja lewat dari waktunya.
Ini bermakna mereka ada mempunyai dua Tuhan mereka iaitu Allah s.w.t.dan Ketua Pejabat.
Tahukah mereka itu bahawa mereka yang mensyirkkan Allah itu tidak akan dapat diampun dosanya.? Melainkan dengan bertaubat nasuha, iaitu taubat yang tiadak ada cita-cita untuk melakukan dosa-dosa itu akan datang seterusnya.
Firman Aallah s.w.t.
إِنَّ اللهَ لَا يَغـْفِرُاَنْ يُشـْرِكَ بِهِ وَيَغـْفِرُ مَا دُوْنَ
ذَ لِكَ لِمَنْ يَّشَاءُ ط. وَمَنْ يُشـْرِكْ بِا للهِ فـَقـَدْ
ضَلَّ ضَللاً بَعِيْدًا.( النساء : 116)
“Sesungguhnya Allah tiada mengampuni ,jika Dia dipersekutukan dengan yang lain dan Dia mengampuni (dosa) yang kurang dari pada itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhynya ia telah sesat dengan kesesatan yang jauh.
(An-Nisa’ ayat 116)
Firman Allah s.w.t. lagi:-
قـُلْ هَلْ نـُنَبِّـءُـكُمْ بِا لْأ خْسَرِينَ أ عْمَلاً (103) اَلـَّذِيْنَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى الـْحَيَوَةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أ نَّهُمْ يُحْسِنُونَ صَنْعـًا (104) أ وْلـَءِـكَ الـَّذِينَ كـَفـَرُوا بِـءـَايَتِ رَبِّهِمْ وَلـِقـَآ ءِـهِ فـَحَبِطَتْ أ عْمَلـُهُمْ فـَلَا نـُقِيمُ لـَهُمْ يَوْمَ الـْقِيَمَةِ وَزْنـًا (105) ذ َلِكَ جَزآءُوهُمْ جَهَنَّمُ بِمَاكـَفـَرُوا وَتَّخَذ ُوآ ء ايَتِى وَرُسُلِى هــُزُوًا (106) ( ألكهف: 103-106).
(103) “ Katalanlah (wahai Muhammad) “Mahukah Kami khabarkan
kepada kamu akan orang yang rugi amal-amal perbuatannya.”
(104) (Iaitu) orang yang telah siasia usahanya dalam kehidupan dunia,
sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik
pada apa sahaja yang mereka lakukan”
(105) Merekalah orang yang kufur kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan
pertemuan dengan-Nya, oleh itu sia-sia amalan mereka, maka akibatnya
Kami tidak akan menilai amal mereka pada hari kiamat kelak .”
(106) (Orang yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam,
disebabkan mereka kufur dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-Ku dan
rasul-rasul-Ku sebagai bahan jenaka.”
Firman Allah s.w.t. lagi
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوْءًاَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثـُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًا رَّحِيْماً. (النساء 110)
“Barang siapa mengerjakan kejahatan atau menganiya dirinya sendiri, kemudian dia minta ampun kepada Allah. Niscaya ia memperolehi Allah Penganpunan, Lagi Penyayang.
(An-Nisa’ ayat 110)
Sesungguhnya untuk memperingatkan akan siksa-siksa yang sangat pedih pada mereka itu dan untuk memberi khabar yang gembira kepada orang-orang muknin yang mengerjakan kebaikan bahawa mereka akan mendapat balasi syurga yangh haik dan mereka kekal di dlamnya untuk selama-lamanya.
Firman Allah s.w.t.:
إِنَّ الـَّذِينَ ءَامَنـُوْا وَعـَمِلـُوا الصَّلِحَتِ كـَا نـضتْ لـَهُمْ جَنـَّتُ الـْفِرْدَوْسِ نـُزُلاً (107) خَلـِدِينَ فـَيهَا لَايَبـْغُون عَنهَا حِوَلا ً(108).
(107). Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, disediakan
bagi mereka Syurga Firdaus, sebagai tempat tinggal.
(108). Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
Firman Allah s.w.t. lagi :
إِنَّ الـْمُتـَّقِينَ فِى جَنَّتٍ وَعُيُونٍ(15) ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتـَهُمْ رَبُّهُمْ.
إِنـَّهُمْ كَانـُوا قَبْلَ ذ لـِكَ مُحْسِنِينَ (16) كَانـُوا قـَلِيلا ً مِّنَ الـَّيْلِ مَايَهْجَعُونَ (17) وَبـِا لْا َ سْحَار ِهُـمْ يَسْتـَّغْفـِرُوْن َ.(18)
(الذاريات اية 15-18)
(15) Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada di dalam beberapa
taman syurga dengan mata air-mata air yang terpancar padanya. (16)
Sambil nenerima segala pemberian Tuhan mereka.
Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat
kebaikan.(17) Di dunia, mereka tidur sedikit sahaja pada waktu malam.
(18) Dan mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)
pada waktu pagi sebelum fajar.
(Surah Al-Zaryyiart ayat 15-18)
Firman Allah s.w.t lagi:
إِنَّ أ صْحَبَ الـْجَنـَّةِ الـْيَوْمَ فِى شُغُلٍ فـَكِهُون.(55)
هُمْ وَأ َزْوَجُهُمْ فِى ظَلـَلٍ عَلىَ الْأ َآرَءِــكِ مُتـَّكِـءُـون (56)
لـَهُمْ فِيْهـَا فـَكـِهَةٌ وَلـَهٌمْ مـَّا يـَدَّعـُونَ (57)
سَلـَمٌ قـَوْلاًمِّن رَّبِّ رَّحِيمٍ (58)
(يــس : 55-58)
Maksudnya:
(55) Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu, berada dalam keadaan
leka menikmati kesenangan.
(56) Mereka dengan pasangan masing-pmasing bersukaria di tempat yang
teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
(57) Mereka beroleh di dalam syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan
mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
(58) (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera daripada Tuhan Yang
Maha Penyayang.” (Surah Yasin: ayat 55-58)
Itulah Balasan yang diterima oleh mereka yang berbuat baik dan sentiasa menurut ajaran kebaikan agama Islam Allah s.w.t akan menempatkan mereka ke dalam syurga.
Firman Allah s.w.t.
وَالـَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ ا ُوْلـَءِـكَ أ َصْحَبُ الـْجَنـَّةِ ج هُمْ فِيْهـَا خـَلِدُوْنَ (البقرة 82)
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu penghuni syurga, sedang mereka itu kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah ayat 82)
Allah s.w.t. Mengingatkan sekalian manusia akan siksa yang sangat pedih dari sisi Tuhan kepada mereka yang melakukan segala perkara larangan-Nya. Dan sebaliknya memberikan berita yang gembiura kepada manusia yang mengerjakan kebajikan dan segala perkara yang di perinathkanNya iaitu mereka akan mendapat balasan dengan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh nikmatnya dan mereka kekal didalamnya selama-lamanya.
Firman Allah s.w.t.
قـَيّـِمًالـِّيـُنذِ بـَـأ ْسـًاشَدِيدًامِن لـَّدنْهُ وَيُـبـَشِّـرَالـْمُؤْمِنِين
الـَّذِينَ يَعْمَلـُونَ الصَّلِحَتِ أَنَّ لـَهُمْ أَجْرًا حَسَنـًا(2)
مَّكـِثِين َ أ َبَدًا (3) (الكهف: 2 دان 3)
Maksudnya:
(2) (Al-Quran) Sebagai petunjuk yang lurus untuk memberi amaran (kepada orang yang ingkar) tentang azab yang seberat-beratnya daripada sisi Allah. Dan memberi berita gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amalan yang salih, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
(3) Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya (iaitu) dikurniakan syurga abadi.
( Al-Kahfi, ayat 2 dan 3)
3..Kisah seorang Lelaki Yang Beriman
Penulis ingin memuatkan satu kisah yang di ceritakan di dalam al-Quran dalam Surah Yasin (يـس)di mana seorang anak muda yang menyeru berdakwah menyeru supaya kaum sebuah desa itu mengikut sderuan rasul-rasul yang dsi utus Allah untuk bertaqwa kepada Allah s.w.t. :
Firman Allah:-
وَاضْرِبْ لـَهُمْ مَّثـَلاً أ َصْحَبَ الـْقـَرْيـَةِ إِذ ْ جَآ ء َ هَاالـْمُرْسَلـُون َ (13) إِذ ْ أ َرْسَلـْنـَآ إِلـَيْهِمُ اثـْنَيْنِ فـَكـَذَّبـُو هُمـَا فـَعَزَزْنـَا بِثـَلـِثٍ فـَقـَالـُوآ إِنـَّا إِلـَيْكـُمْ مُرْسَلـُوْنَ (14)
قـَالـُوا مـَآ أَنْـتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ مِثـْـلـُنـَا وَمَآ أَنْزَلَ الرَّحْمَنُ مِنْ شَىْءٍإِنْ أَنْتـُمْ إِلا َّ تـَكْذِبُون َ (15) قـَالـُوْا رَبُّنـَا يَعْلـَمُ إِنـَّا إِلـَيْكُمْ لـَمُرْسَلـُون َ (16) وَمَا عـَلـَيْنـَآ إِلا َّا لـْبـَلـَغُ الـْمُبِين ُ (17)قـَالـُوْ~ا إِنـَّا تـَطَيَّرْ نـَا بِكُمْ لـَءِـن لـَّـَمْ تـَنـْتـَهُوا لـَنـَرْ جُمَنـَّكـُمْ وَلـَيَمَسَّنـَّكُمْ مِنـَّا عَذ َاب ٌ أ َلـِيم ٌ (18) قـَالـُوْا طَـءِـرُكُمْ مَعَكُمْ.أ َءِـنْ ذُكـِّرْتـُمْ بـَلْ أ َنـْتـَمْ قـَوْم ٌ مُسْرِفـُون َ(19)وَجـَآ ء َمِنْ أ َقـْصَـا الـْمَدِ يْنـَةِ رَجُل ٌ يَسْعَى قـَالَ يَـقـَوْم ِاتـَّبِعـُوا الـْمُرْسَلـِينَ (20) اتـَّبِعـُوْا مَن لَّا يَسْـءـَـلـُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهـُتـَدُون َ (21) وَمَا لِىَ لاَ أَعْبُدُ الـَّذِىْ فـَطَرَنِىْ وَإِلـَيْهِ تـُرْجَعُون َ (22) ء َأ َتخـذ ُ مِنْ د ُونِهِ~ ء َالـِهَـةً إِنْ يـُرِدْنِ الرَّحْمَنُ بِضُرٍّ لاَ تـُغْـنِ عَنىِّ
شـَفـَعـَتـُهُـمْ شَيْـءًـا وَلاَ يُنـْقـِذُونِ (23) إِنىِّ~ إِذ َالـَّفِىْ
ضَلـَلٍ مُـبِـيـن ٍ (24)إِنـِّى~ ءَا مَنْتُ بِرَبـِّكُمْ فـَاسْمَعُونِ (25) قـِيلَ ادْ خـُل ِالـْجَنـَّةَصلى. قـَالَ يَلـَيْـتَ قـَوْمِىْ يَعْلمـُـون َ(26) بِمَا غـَفـَرَلِىْ رَبِّى وَجَعَلـَنِىْ مِنَ الـْمُكْـرَمِـين َ.(27)
(القرآن: سورة يـــس اية 13 – 27)
Maksudnya:
(13) Ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah Bandar (Antakiyah) iaitu ketika mereka didatangi rasul-rasul (Kami-Allah).
(14) Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang rasul, lalu mereka mendustakan; kemudian Kami kuatkan (kedua-dua rasul itu) dengan rasul yang ketiga, lalu rasul-rasul itu berkata, “Sesungguhnya kami ini adalah diutus kepada kamu.”
(15) Penduduk Bandar itu menjawab: “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun (tentang agama yang kanmu dakwakan). Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta.”
(16) Mereka (para rasul) berkata. “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah rasul-rasul yang diutus kepada kamu.”
(17) Tugas kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas.”
(18) Penduduk Bandar itu berkata pula, “Sesungguhnya kami bernasib malang dengan sebab kamu. Sesungguhnya kalau kamu tidak berhenti (daripada menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai daripada pihak kami siksa yang pedih.”
(19) Rasul-rasul itu menjawab, ”Malangnya kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nsihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu ?
Bahkan kamu adalah kaum yang melampau batas.”
(20) (Semasa rasul-rasul itu diancam), tiba-tiba datang seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan tergesa-gesa, lalu memberi nasihat dengan katanya, ”Wahai kaumku...! Turutlah rasul-rasul itu”
(21)”Turutlah orang yang tidak meminta kepada kamu sebarang upah, sedangkan mereka adalah orang yang mendapat hidayah.”
(22)”Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku dan kerpadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan.?
(23) Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain daripada Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberi sebarang syafa’at kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.”
(24) ”Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.”
(25) ”Sesungguhnya aku telah beriman krepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku).”
(26) (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya (lelaki yang memberi nasihat itu), ”Masuklah ke dalam syurga.
”Dia berkata.”Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui.”
(27) ”Tentang perkara yang menyebabkan daku diamphnkan oleh Tuhanku, serta dijadikanNya daku daripada orang yang dimuliakan.”
(Al-Quran Surah Yasin, ayat 13 hingga 27)
4..Ulasan ayat-ayat di atas.
(1)..Kita seharusnya mengambil ikitibar mengenai kedatangan ahli-ahli kumplan dakwah yang menerangkan perlunya bertaqwa kepada Allah s.w.t. kerana dengan bertaqwa itu nescaya Allah lepaskan kita dari masalah hidup. Janganlah kita memandang serong atau ambil indah tak indah terhadap nasihat mereka.
Firman Allah s.w.t. :
وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا . وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج. (الطلاق-2-3)
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
(Al-Thalaq (65), ayat 2)
(2)..Bagi pihak pendakwah pula tidak seharusnya tawar hati jika terdapat tentangan dari pihak-pihak yang tidak gemar tunjuk ajar dan tegoran dalam hal agama Islam yang menasihatkan mereka agar berkelakluan dengan akhlak mulia. Kita seharusnya bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan membantu kita untuk mencapai kejayaan. Firman allah s.w.t.:
وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ شَىْءٍ قـَدْرًا (3(
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(At-Thalaq ayat 3)
(3)..Kita juga harus mengambil iktibar bahawa tugas menjalankan amar makruf nahi munkar: atau menyuruh membuat kebaikan dan melarang dari membuat kejahatan menjadi wajib fardhu kifayat dan bukan fardhu ‘ain, yang mana bila sesuatu umat atau golongan menjalankan tugas itu maka gugurlah kefardhuannya ke atas seumum manusia yang lain. Firman Allah s.w.t.:
وَلـْتَكـُنْ مِنـْكـُمْ أ ُمَّة ٌ يـَدْعـُوْنَ إِلىَ الـْخَيـْرِ, وَيَأ ْمـُرُوْن َ بِالـْمـَعْرُوْفِ, وَيـَنـْهَوْنَ عـَنِ الـْمُنـْكـَرِ, وَأ ُوْلـَءِـكَ هُمُ الـْمُفْـلِحُونَ.
“Wajiblah ada di antara kamu suatu umat atau golongan yang menyruh manusia kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat, mereka itulah orang yang berjaya dan bahagia.”
(Al-Imran ayat 104)
(4).. Kita juga hendaklah mengambil ingatan untuk menjadi contoh sebagaimana lelaki yang tersebut di dalam ayat tersebut yang menyuruh sekalian kaum tersebut supaya menyembah Allah dan tidak mensyirikkan Allah. Tindakan lelaki tersebut ternyata sekali telah mendapat ganjaran pahala dari Allah dengan menempatkan dirinya di dalam syurga. Firman Allah s.w.t.:
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ
تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.
قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (الطلاق- اية 11)
Bermaksud:
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
(At-Thalaaq ayat 11)
Fitman Allah lagu :
وَالـَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ ا ُوْلـَءِـكَ أ َصْحَبُ
الـْجَنـَّةِ ج هُمْ فِيْهـَا خـَلِدُوْنَ (البقرة 82)
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu penghuni syurga, sedang mereka itu kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah ayat 82)
No comments:
Post a Comment