Wednesday, 28 December 2011

MENCARI REZEKI YANG HALAL





MENCARI REZEKI YANG HALAL

Mencari rezeki biarlah yang halal semata-mata, kerana anda diperintah untuk mencari rezeki,

kemudian diberikan kelebihan dan pahala yang banyak, jika niatnya baik.

Bersabda Rasulullah SAW:

أَطْيَبُ مَا أَكـَل الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِ يَمـِيْنِهِ
.
Ertinya: Sebaik baik rezeki yang dimakan oleh seseorang ialah dari apa yang diusahakan oleh

tangan sendiri. (H.R. Muslim)

Oleh itu sebaik-baiknya seseorang yang mencari rezeki itu menyimpan niat untuk memelihara

agamanya, untuk mencukupi dirinya supaya tiada meminta-minta dari orang lain, dan untuk

mendapatkan rezeki yang halal bagi ahli rumah tangga, kemudian jika ada lebih, untuk

bersedekahkan pula kepada orang-orang yang berhajat dari hamba-hamba Allah. Dengan adanya niat

yang seperti itu, samalah seperti ia beramal untuk kepentingan akhiratnya juga.


Suatu perkara yang wajib diambil ingatan dengan berhati-hati, bahawa jangan sampai mencari

rezeki itu menyebabkan ia mencuaikan perintah Allah SWT, atau ia tercebur ke dalam larangan-

larangan Allah SWT. Maka dengan sebab itu ia akan rugi dunia dan akhirat, dan itulah kerugian

yang amat nyata.


Para ulama’ membahagikan manusia kepada tiga bahagian iaitu:

1. Seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja untuk akhirat, sehingga tidak ada masa

lagi untuk menguruskan kerja-kerja dunia, maka orang ini termasuk ke dalam kategori orang-orang

yang berjaya di akhirat dan rugi di dunia ini.

2. Seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia dan akhirat. Orang ini termasuk ke dalam kategori orang-orang soleh dan beriktisad.

3. Seorang yang sentiasa sibuk dengan urusan dunia, sehingga tidak diperdulikan urusan-

urusan akhiratnya. Orang ini termasuk dengan orang-orang yang rugi dan menginanyai diri

sendiri serta yang menyesal di kemudian hari.

Sekian dahulu dan akan bersambung lagidalamsiaranakandaztang.

Wassala mualaikum…..


----------ooooo---------------------

No comments:

Post a Comment