Sunday, 25 December 2011

PANDUAN HAL EHWAL NIKAH, CERAI RUJUK DAN 'IDAH







PANDUAN HAL EHWAL NIKAH, CERAI
RUJUK DAN 'IDAH.
Oleh
Hj. Che Dan bin Ahmad.
1.0 Makna Nikah
Nikah bererti satu akad yang mengandungi di dalamnya lafaz nikah atau tazawijiz atau terjemahan keduanya dengan perantaraan wali dan di hadapan dua orang saksi, yang mengharuskan bakal suami dan bakal isteri bersetubuh.
Firman Allah s.w.t.
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوْا فِى الـْيَتَامَى فَانْكِحُوْا مَا طَلـَبَ لـَكُمْ مِنَ النـِّسَاءِ مُثـْنىَ وَثـُلـَث َوَرُبَعَ فَاِنْ خِفْتـُمْ أَلَّا تَعْدِ لـُوْا فَوَا حِدَةً .
(سورة النساء اية 3)
Maksudnya:
Jika kamu takut bahawa tiada dapat keadilan pada anak-anak yatim maka berkahwinlah kamu barang yang baik bagi kamu daripada perempuan-perempuan berdua, bertiga dan berempat, maka jika kamu takut bahawa tiada dapat kamu berlaku keadilan maka berkahwinlah seorang sahaja.
(Surah An-Nisa ayat 3 )

Sabda Rasulullah s.a.w.:
يَا مَعْشَرَ الثـَّبـَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الـْبَاءَةَ فَلـْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغـَضُّ لـِلـْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لـِلـْفَرَجِ. (متفق علـيه)
Bermaksud:
Wahai orang-orang muda barang siapa yang mampu di antara kamu mengeluarkan mas kahwin kepada seorang perempuan hendaklah ia berkahwin, sesungguhnya dengan berkahwin ini dapat memejamkan mata dan dapat memeliharakan kemaluan. (Mutafak Alahai)
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
إذا مـات ابن أدم القطع عمله إلا من ثلاث صدقـة جارية أوعلم ينتقع بـه أوولـد صالـح يدعولـه. (رواه مسلم)
Bermaksud:
Apabila mati seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara sahaja berjalan amalannya iaitu sedekah jariah (wakaf) atau ilmu yang boleh diambil manfaat atau anak yang soleh mendoakan baginya. (H.R. Muslim)
2.0 Perkara sunat bagi memilih isteri.
Setengah perkara-perkara yang menjadi sunat memilih isteri ialah:-
2.1 Memilih perempuan yang gadis kecuali jika lelak ini lemah tenaga batin atau ia memerlukan perempuan yang berpengalaman di dalam menguruskan rumah tangga dan memelihara anak maka tiada disunat memilih perempuan yang gadis.
2.2 memilih perempuan yang mempunyai pelajaran agama dan berakhlak mulia.
2.3 Memilih perempuan yang tiada hubungan keluarga yang hampir kecuali jika ada muslihat dan berhubung solaturrahim maka disunat memilih yang ada hubungan keluarga.
2.4 Memilih perempuan yang baligh.
2.5 Memilih perempuan yang sempurna akal fikiran
2.6 Memilih perempuan yang telah di lihat muka dan dua tapak tangannya.
2.7 Memilih perempuan yang baka beranak banyak.
2.8 Memilih perempuan yang sedikit mahar.

3.0 Alamat baligh

Memandangkan kepada banyak perkara dalam urusan perkahwinan ini ada bersangkut dengan baligh maka diterangkan di bawah ini berkenaan dengan baligh atau cukup umur.

3.1 Bermula baligh lelaki ini ialah dengan:
3.2 Cukup umur lima belas tahun Hijrah atau:
3.3 Keluar mani sama ada dengan mimpi bersetubuh atau dengan lainnya di masa berumur sembilan tahun ke atas.
3.4 Baligh bagi perempuan ini ialah dengan
3.5 Cukup umur lima belas tahun Hijrah atau
3.6 Keluar mani sama ada dengan mimpi bersetubuh atau dengan lainnya di masa berumur sembilan tahun ke atas atau
3.7 Datang haid di masa umur sembilan tahun ke atas.

4.0 Rukun Nikah

Bermula rukun nikah itu ada lima perkara iaitu:
4.1 Lelaki yang bakal menjadi suami.
4.2 Perempuan yang bakal menjadi isteri
4.3 Wali yang menjadi penguasa untuk menjalankan akad nikah
4.4 Dua saksi yang mendengar akad nikah.
4.5 Ijab dan kabul – bermula ijab itu ialah lafaz akad nikah oleh wali atau wakil dan kabul itu ialah terima nikah oleh bakal pengantin lelaki atau wakil.

5.0 Syarat lelaki yang menjadi bakal suami ialah:
5.1 Tidak menjadi apa-apa sangkutan yang menegah nikah pada hukum syarak dengan perempuan yang akan menjadi isterinya.
5.2 Hendaklah beragama Islam
5.3 Lelaki yang tertentu
5.4 Tidak dalam ihram haji atau umrah.
5.5 Tidak ada di bawahnya empat orang isteri.
5.6 Dengan ikhtiarnya iaitu dengan kesukaannya bukan dengan paksaan.
5.7 Seorang laki-laki dengan yakin.

6.0 Syarat perempuan yang menjadi bakal isteri:
6.1 Hendaklah beragama Islam .
6.2 Perempuan yang tertentu
6.3 Yakin ia seorang perempuan
6.4 Tidak menjadi apa-apa sangkutan yang menegah
nikah pada hukum syarak
6.5 Bukan menjadi isteri orang lain.
6.6 Tidak dalam idah orang lain
6.7 Tidak dalam ihram haji atau umrah.
7.0 Syarat-syarat menjadi Wali:
7.1 Beragama Islam
7.2 Laki-laki
7.3 Baligh
7.4 Dengan ikhtiarnya tidak dengan cara paksaan.
7.5 Tidak dalam ihram haji atau umrah
7.6 Ketiadaan mhjur ‘alaih dengan sepiah (bodoh)
7.7 Tidak cedera fikiran
7.8 Seorang yang berakal
7.9 Adil dan tidak fasiq

8.0 Syarat-syarat menjadi dua orang saksi:
8.1 Beragama Islam
8.2 Mereka yang berakal
8.3 Mereka yang baligh
8.4 Mereka yang laki-laki
8.5 Mereka yang boleh mendengar
8.6 Mereka yang boleh melihat
8.7 Mereka yang boleh bertutur
8.8 Mereka yang faham bahasa dan ejaan kabul
8.9 Mereka yang tidak cedera fikiran
8.10 Tidak di tetap menjadi Wali
8.11 Mereka yang adil dan tidak adil fasiq

9.0 Syarat-syarat Ijab dan Kabul:
9.1 Lafaz ijab dengan lafaz nikah atau tazuwij atau terjemah.
9.2 Lafaz ijab jangan ada taqlik
9.3 Lafaz ijab jangan terbatas waktunya
9.4 Lafaz kabul dengan lafaz terima nikah
9.5 Lafaz kabul hendaklah disebut nama perempuan atau ganti nama
9.6 Lafaz ijab dan kabul hendaklah berturut-turut tetapi tidak cedera
setakat telah air liur atau bersin atau batuk atau seumpamanya
yang tidak mengambil masa yang panjang.
9.7 Hendaklah berkekalan keahlian ijab dan kabul kedua-duanya
hingga selesai akad.
9.8 Jangan diselangi di antara lafaz ijab dan kabul dengan lain-lain
perkataan kecuali memuji Allah dan selawat di atas Nabi
dan wasiat dengan takwa maka tiada cedera diselangi dengan
perkataan ini secara ringkas.

9.9 Lafaz ijab dan kabul hendaklah di dengar oleh dua orang saksi
yang faham bahasa itu.

10.0 Perkara yang haram nikah:
Bermula haram nikah yang di maksud di sini iaitu nikah itu tiada sah dan perbuatannya berdosa. Adapun perkara itu adalah sebab-sebab yang berikut:
10.1 Haram nikah dengan sebab keturunan.
10.2 Haram nikah dengan sebab susuan.
10.3 Haram nikah dengan sebab berambil-ambilan (msahirah)
10.4 Haram nikah dengan sebab berhimpun.
10.5 Haram nikah dengan isterinya sebab berli’an
10.6 Haram nikah dengan isterinya sebab Talaq Bain Kubra
(atau Talaq Tiga)

11.0 Haram Nikah dengan Sebab Keturunan.
Maka haram nikah buat selama-lamanya seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bersangkutan dengan keturunan seperti di bawah ini:
11.1 Seorang lelaki dengan ibunya dan neneknya sama ada di
sebelah ibu atau di sebelah bapa hingga ke atas.
11.2 Seorang lelaki dengan anaknya hingga ke bawah.
11.3 Seorang lelaki dengan saudaranya sama ada seibu sebapa atau
sebapa atau se ibu.
11.4 Seorang lelaki dengan anak dari saudara laki-laki sama ada
seibu sebapa atau sebapa atau se ibu.
11.5 Seorang lelaki dengan anak dari saudara perempuan sama ada
seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
11.6 Seorang laki-laki dengan saudara perempuan ibunya sama ada
seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
11.7 Seorang laki-laki dengan saudara perempuan bapanya sama ada
seibu sebapa atau sebapa atau seibu.

12.0 Haram Nikah dengan sebab Sesusu.
Maka haram nikah buat selama-lamanya seorang laki-laki dengan seorang perempuan yang bersangkutan dengan susuan.
Makna penyusuan ini ialah seseorang kanak-kanak telah meminum susu seorang perempuan dengan syarat bahawa perempuan yang memberi susu itu umurnya sembilan tahun ke atas dan ia hendaklah hidup di masa memberi susu dan kanak-kanak yang menyusu itu tidak sampai umurnya dua tahun dan penyusuan ini hendaklah lima kali sama-ada dengan diberi tetek atau di perah dengan yakin.
Manakala sempurna syarat-syarat seperti di atas maka jadfilah di antara kanak-kanak yang menyusu dengan perempuan yang memberi susu itu ibu susunya maka haramlah ia berkahwin dengan ibu susunya. Usul furuknya :-

12.1 Dengan ibu seusunya dan bapa susunya dan nenek susunya
hingga ke atas.


12.2 Dengan anak sesusunya hingga ke bawah.
12.3 Dengan saudara sesusunya
12.4 Dengan anak dari saudara lelaki sesusunya.
12.5 Dengan anak dari saudara perempuan se susunya.
12.6 Dengan saudara bapa sesusunya
12.7 Dengan saudara sesusunya

13.0 Haram Nikah dengan sebab Berambil-ambilan.
Maka haramlah bagi seseorang lelaki itu berkahwin dengan seseorang perempuan secara berambil-ambilan buat selama-lamanya kecuali dalam satu bahagian sahaja seperti keterangan di bawah ini:
13.1 Berkahwin dengan ibu mertuanya hingga ke atas haram buat
selama-lamanya.
13.2. Berkahwin dengan menantunya hingga ke bawah haram
buat selama-laman ya.
13.3 Berkahwin dengan ibu tirinya hingga ke atas haram buat selama-
lamanya


13.4 Berkahwin dengan anak tirinya hingga ke bawah dengan syarat
suami itu telah bersetubuh dengan isterinya iaitu ibu anak tiri pada
ketika itu haram buat selama-lamanya. Tetapi jika belum lagi
bersetubuh tiada haram dan boleh berkahwin dengan anak tirinya
itu.

14.0 Haram Nikah dengan sebab berhimpun.(15)
14.1 Haram seorang laki-laki berkahwin dengan seorang perempuan kemudian ia berkahwin pula dengan saudara isterinya itu atau dengan anak saudara isterinya itu, atau ibu saudara isterinya itu di sebelah ibu atau di sebelah ibu saudaranya di sebelah bapa dengan tidak di ceraikan isterinya itu.
14.2 Haram ini hanya semerta waktu sahaja, jika ia bercerai dengan isterinya dengan talak tiga, maka bolehlah ia berkahwin dengan perempuan-perempuan tersebut pada bila-bila masa pun. Kecuali jika talak satu maka kenalah dia menanti isterinya itu lepas idah talak itu dahulu.

15.0 Haram Berkahwin dengan sebab li’an ( لعان) . (16)
15.1 Haram seseorang laki-laki berkahwin dengan isterinya buat selama-lamanya jika ia telah berli’an akan isterinya, dan makna li’an itu ialah seseorang suami telah menuduh isterinya berzina dan di nafi anak itu dari keturunannya jika isterinya mengandung.
15.2 Sayarat-syarat Tuduhan.
15.2.0 Sami hendaklah membuat tuduhan terlebih dahulu.
15.2.1 Kenalah suami bersumpah empat kali berturut-turut dengan
Lafaz “Asyhadu billah” dan yang kelimanya sumpat laknat di
atasnya.
15.2.2 Lafaz sumpah diajar oleh Kadi:-

أَشْهَدُ بِا اللهِ إِنِّى لـَمِنَ الصَّادِقـِيْنَ فِيْمَا رَمِيْتُ بِـهِ
هَذِهِ مِنَ الزِّنـَا. دان يغ كليما اياله:
أَنَّ لـَعْنَـةـَ اللهِ عَلـَىَّ إِنْ كـُنْتُ مِنَ الـْكـَاذِبِـيْـنَ فِيْهَ وَأَنَّ
هـَذَا الـْوَلـَدَ مِنْ زِنَـا.(16) معنا اياله:-
“Aku naik saksi dengan nama Allah bahawasanya aku ini dari orang yang benar dalam membuat tuduhan di atasnya dengan zina dan anak ini dari zina dan bahawa dilaknat Allah di atas ku jika aku dari orang yang berdusta menuduhnya dari zina dan anak ini dari zina.”


15.2.3 Kemudian isterinya pula berli’an dengan menafikan tuduhan suaminya untuk membenarkan dirinya bahawa ia tidak berzina dan anak ini daripadanya, dengan Empat Kali sumpah dengan perkataan:-
أَشْهَدُ بـِا اللهِ إِنـَّهُ لـَمِنْ الـْكـَاذِ بـِيْنَ فِيْمَا رَمَا نِىْ بِـهِ مِنَ الزِّنَا وَأَنَّ هَـذَا الـْوَالـَدَ مِنَ الزِّنَا لَا مِنْهُ.... دان يغ كليما اياله:-
أَنَّ غَضِبَ اللهُ عَلـَىَّ إِنْ كـَانَ مِنَ الصَّادِقِـيْنَ فَـيْهِ :-
“Aku naik saksi dengan nama Allah bahawasanya laki-laki ini dari orang yang berdusta yang menuduh aku berzina dan anak ini daripada zina bukan daripadanya dan dimurkai Allah di atas ku jika laki-laki ini dari orang yang benar di atas tuduhannya terhadap aku dengan zina dan anak ini dari zina.”

16.0 Kesudahan Li’an:
Kesudahan membuat tuduhan suami terhadap isteri dan isterinya menafikan tuduhan itu maka timbullah perkara-perkara yang tersebut di bawah ini:-

16.1 Suami terlepas dari hukuman menuduh.
16.2 Isteri terlepas dari hukum berzina.
16.3. Anak tiada dibangsakan kepada bapanya iaitu kepada suami yang berli’an.
16.4 Bercerailah mereka buat selama-lamanya tiada boleh berkahwin lagi sesama mereka berdua ini.

17.0 Masalah Berhubung dengan Li’an.

17.1. Suami harus berli’an apabila dia yakin isterinya telah melakukan perbuatan zina dengan dilihatnya sendiri atau mendengar perkhabaran yang boleh dipercayai dengan keterangan-keterangan yang lengkap.
17.2. Suami tidak boleh berli’an jika mendapat khabar angin sahaja kerana boleh jadi fitnah atau yang membawa perkhabaran itu ingin kepada isterinya atau orang itu hendak mencuri barang isterinya atau ia lari menyembunyikan diri kerana takut satu-satu perkara.
17.3. Jika suami itu masih ragu-ragu tentang zina isterinya eloklah di cerai dengan baik, janganlah membuat li’an.
17.4. Jika suami itu masih ragu-ragu anak dalam kandungan isterinya itu maka hendaklah ia mengaku sahaja anak itu adalah anaknya.

18.0 Haram Nikah Balik Selepas Di Talak Tiga. (ms 18)
Manakala seorang laki-laki telah bercerai dengan isterinya dengan talak tiga sama ada di lafaznya sekali atau berasingan sehingga menjadi tiga talak maka haramlah ia berkahwin semula dengan isterinya yang di cerai dahulu itu, melainkan isterinya telah melakukan perkara-perkara tersebut di bawah ini, maka barulah mereka boleh berkahwin semula:
18.1 Isterinya telah berkahwin dengan laki-laki yang lain dengan perkahwinan yang sah.
18.2. Isterinya telah bersetubuh dengan suami yang baru dinikahkan itu dengan syarat bersetubuh itu bangkit zakarnya.
18.3. Suami itu ada berahi di dalam persetubuhan itu.
18.4. Suami itu mencerai akan isterinya atau dituntut fasakh oleh isterinya dan dihukum terfasakh atau mati suaminya itu.
18.5. Telah selesai idah dengan suaminya yang kedua itu.
18.6. Penerangan.
Apabila berlaku perkara-perkara seperti syarat-syarat di atas barulah bekas suami yang telah bercerai tiga talak itu boleh berbalik semula dengan bekas isterinya dengan Akad Nikah lain dan talak tiga ini telah habis dan tiada ada lagi, kecuali suami berlafaz bercerai semula selepas dari mereka berdua berkahwin semula itu.

19.0 Sabit Bersetubuh. Jika ada perbalahan:- (ms 19)
19.1 Jika menjadi perbalahan di antara suami isteri dengan hal bersetubuh, seperti isteri kata suaminya telah bersetubuh dengannya dan suami berkata ia belum bersetubuh dengan isterinya, maka kenalah isteri bersumpah dengan bersetubuh maka dihukum telah bersetubuh.
19.2. Jika menjadi perbalahan di antara suami isteri dengan tiada bersetubuh maka isteri berkata tiada bersetubuh dan suami berkata telah bersetubuh maka dibenarkan perkataan isteri dengan tiada bersetubuh dan tidak berkehendakkan kepada isteri bersumpah.
19.3. Jika tiada menjadi perbalahan maka dibenarkan perkataan isteri itu dengan tiada sumpahnya lagi.

20.0 Bahagian Wali. (ms 20)
Orang yang berhak menjadi wali untuk mengkahwinkan seseorang perempuan itu ialah mereka yang disebutkan di bawah, mengikut susunan yang diaturkan itu dan ini tiadalah boleh mendahulukan yang kemudian daripada yang dahulu di sebutkan, melainkan dengan beberapa syarat yang akan diterangkan selanjutnya anti:

20.1. Bapa
20.2. Nenek laki-laki dari pihak bapa hingga ke atas.
20.3. Saudara laki-laki bagi seibu sebapa.
20.4 Saudara laki-ali sebapa.
20.5 Anak saudara laki-laki bagi saudara laki-lali seibu sebapa.
20.6 Anak saudara laki-laki bagi saudara laki-laki sebapa.
20.7 Anak, anak saudara laki-laki bagi saudara laki-laki seibu sebapa.
20.8. Anak, anak saudara baki-laki bagi saudara laki-laki sebapa hingga
sampai ke bawah.
20.9 Bapa saudara seibu sebapa d sebelah bapa.
20.10 Bapa saudara sebapa di sebelah bapa.
20.11 Anak laki-laki bagi bapa saudara seibu-sebapa di sebelah bapa.
20.12. Anak laki-laki bagi bapa saudara sebapa di sebelah bapa.
20.13 Anak, anak laki-laki bagi bapa saudara seibu bapa sebapa di
sebelah bapa.
20.14 Anak, anak laki-laki bagi bapa saudara sebapa di sebelah
Bapa maka begitulah hingga ke bawah.
20.15. Bapa saudara bapa seibu sebapa di sebelah bapa.
20.16. Bapa saudara bapa sebapa di sebelah bapa.
20.17 Anak bapa saudara bapa seibu sebapa di sebelah bapa.
20.18 Anak bapa saudara bapa sebapa di sebelah bapa.
20.19 Anak, anak bapa saudara bapa seibu sebapa d isebelah bapa.
20.20 Anak, anak bapa saudara bapa sebapa di sebelah bapa, maka
begitulah hingga ke bawah lagi.
20.21. Bapa saudara bapa, bapa di sebelah bapa bagi seibu sebapa.
20.22. Bapa saudara bapa, bapa di sebelah bapa bagi sebapa.
20.23. Anak laki-laki bapa saudara bapa, bapa di sebelah bapa seibu
sebapa.
20.24. Anak laki-laki bapa saudara bapa, bapa di sebelah bapa sebapa,
maka begitulah hingga ke bawah dan juga di sebelah atas.
20.25. DYMM Sultan.

21.0 Pembahagian Wali. (ms 22)
21.1 Wali Akrab – Iaitu wali yang habis dekat s3ekalik dengan perempuan.
21.2 Wali Ab’ad – Iaitu wali yang jauh sedikit dengan perempuan,
umpamanya jika ada bapa dan nenek maka bapanya dinamakan wali
Akrab dan neneknya dinamakan wali Ab’ad. Jika mati bapa dan ada
neneknya dan bapa neneknya maka neneknya jadi wali Akrab dan
bapa neneknya jadi wali Ab’ad. Begitulah seterusnya hingga ke atas.
21.3. Jika ada nenek dengan saudara maka neneknya menjadi wali Akrab
dan saudaranya menjadi wali Ab’ad.
21.4. Jika ada saudara seibu sebapa dan saudara sebapa sebapa maka
saudara seibu sebapa menjadi wali Akrab dan saudara sebapa menjadi
wali Ab’ad. Begitulah seterusnya hingga ke bawah.

22. 0 Wali Ijbar dan wali Tiada Ijbar.
Di dalam wali Akrab dan Wali Ab’ad itu ada wali Mujbir dan ada wali tiada mujbir.
22.1 Wali Mujbir – Iaitu wali yang boleh mengkahwinkan seorang perempuan dengan tiada wajib mengambil izin dari perempuan, hanya sunat sahaja iaitu wali yang berpangkat bapanya atau neneknya. Dan ini pun ada beberapa syarat yang menjadi sah nikahnya.
22.2 Wali Tiada Mujbir – Iaitu wali yang tiada boleh mengkahwinkan akan seseorang perempuan melainkan wajib mengambil izin darinya. Jika tiada diambil izin maka tiada sah nikah itu selain daripada bapa dan nenek bagi anak dara seperti saudara seibu sebapa dan sebapa dan lain-lainnya.
23.0 Syarat-syarat bapa atau nenek mengkahwin dengan tiada mendapat izin. Ada beberapa syarat bagi bapa atau nenek mengkahwinkan anaknya atau cucunya dengan tiada mengambil izin dari mereka seperti di bawah ini:-
23.1 Ada kufu di antara perempuan yang akan menjadi isteri dengan laki-laki yang akan menjadi suami. Jika di antara laki-laki dan perempuan tiada sekufu maka wajiblah bagi bapa atau nenek mengambil izin dari mereka terlebih dahulu. Jika tiada mengambil izin tiada sah nikahnya.
24.0 Syarat-syarat kufu ini ialah:
24.1 Selamat dari ‘aib - Seperti jangan ada laki-laki itu berpenyakit gila, sopak, kusta, lemah tenaga batin, terpotong zakar. Maka laki-laki yang tiada selamat dari ‘aib tiadalah kufu dengan perempuan yang selamat dari ’aib.
24.2 Bangsa – Maka laki-laki bukan Bangsa Arab tiada sekufu dengan perempuan yang berbangsa Arab. Laki-laki yang bukan Syed tiada sekufu dengan perempuan yang berketurunan Syedah. Laki-laki yang bukan puak Bani Hashyim tiada sekufu dengan perempuan yang dari puak Bani Hashyim.
24.3 Agama – Laki-laki yang fasiq tiada sekufu dengan perempuan yang solehah. Yang baru masuk Islam tiada sekufu tiada srekufu dengan perempuan yang lama Islamnya.
24.4 Pekerjaan - Laki-laki yang kerjanya rendah tiada sekufu dengan perempuan yang ada pangkat dan darjat.
24.5 Mampu membayar mas kahwin.
24.6 jangan ada seteru di antara perempuan dengan laki-laki yang hendak berkahwin.
24.7 Jangan ada seteru di antara perempuan dengan walinya.
24.8 Perempuan itu anak dara.

25.0 Sunat-sunat bagi bapa atau wali.
25.1 Maka disunatkan bapa atau nenek mengkahwinkan akan anaknya atau cucunya yang dara meminta izin daripadanya, dan izin ini memadailah dengan diamnya dia yang ianya menunjukkan kerelaannya perkahwinan itu.

24.2 Bangsa – Maka laki-laki bukan Bangsa Arab tiada sekufu dengan perempuan yang berbangsa Arab. Laki-laki yang bukan Syed tiada sekufu dengan perempuan yang berketurunan Syedah. Laki-laki yang bukan puak Bani Hashyim tiada sekufu dengan perempuan yang dari puak Bani Hashyim.
24.3 Agama – Laki-laki yang fasiq tiada sekufu dengan perempuan yang solehah. Yang baru masuk Islam tiada sekufu tiada srekufu dengan perempuan yang lama Islamnya.
24.4 Pekerjaan - Laki-laki yang kerjanya rendah tiada sekufu dengan perempuan yang ada pangkat dan darjat.
24.5 Mampu membayar mas kahwin.
24.6 jangan ada seteru di antara perempuan dengan laki-laki yang hendak berkahwin.
24.7 Jangan ada seteru di antara perempuan dengan walinya.
24.8 Perempuan itu anak dara.

25.0 Sunat-sunat bagi bapa atau wali. (ms 24)
25.1 Maka disunatkan bapa atau nenek mengkahwinkan akan anknya atau cucunya yang dara meminta izin daripadanya, dan izin ini memadailah dengan diamnya dia yang ianya menunjukkan kerelaannya perkahwinan itu.

25.2 maka dengan sebab izin itu ada kalanya wajib dam ada kalanya sunat sahaja, maka lebih baik dijalankan akad nikah dengan mengambil izin darinya terlebih dahulu supaya tidak berbangkit apa-apa perbalahan di belakang hari nanti.
26.0 Mertabat Wali.
Jika berhimpun wali pada satu peringkat seperti seorang perempuan ada lima saudara laki-laki maka disunatkan pilih yang menjadi wali bagi perempuan itu.
26.1. Yang lebih mengetahui dalam hukum-hukum nikah dan ilmu yang berkaitan dengan amal ibadat.
26.2 Kemudian yang lebih warak.
26.3 Kemudian yang lebih tua.
26.4 Kemudian yang dipilih dengan kiraan undi.

27.0 Perkara Berpindah Wali Akrab kepada Wali Ab’ad.
Seorang wali yang telah ditetapkan menjadi wali kepada seorang perempuan dan ia telah berlaku perkara-perkara seperti du bawah ini maka berpindah walinya kepada wali Ab’ad:-
27.1.Wali Akrab itu belum baligh.
27.2. Wali Akrab itu bodoh
27.3. Wali Akrab itu nyanyuk
27.5. Wali Akrab itu kafir dan Wali Ab’ad itu Islam.
27.6. Wali Akrab itu murtad.
27.7 Wali Akrab itu cedera penilik
27.8 Wali Akrab itu fasiq iaitu seorang yang mengerjakan dosa besar
dan berkekalan dengan dosa kecil

28.0 Ikhtilaf Ulama’ di atas sah nikah wali fasiq. (ms. 25)
Telah bersalahan Ulama’ di atas sahnya atau tiada akad nikah oleh wali fasiq:
28.1 Menurut qaul yang masyhur dari Mazhab Syafiei dan mendapat persetujuan dari Imam Nuway dan Sheikh Al-Islam Zakaria Al-Ansari dan Sheikh Ibn Hajar dan Khatib Syarbini bahawa tiada sah akad nikah oleh wali yang fasiq .(ms 25)
28.2. Kata Imam Azraii, aku memberi petua di masa yang lalu sah nikah wali yang hampir fasiq.
28.3 Menurut dari Imam Ghazali dan Ibn Al-Soleh dan juga Imam Azraii sah jadi wali orang yang fasiq jika di tinggal nescaya berpindah kepada Hakim fasiq.
28.4 Kata kebanyakan Ulama’ Muthakhirin sah jadi wali orang yang fasiq kerana kefasikan dia umum.
28.5 kata setengah Ulama’ Syafieii sah nikah juga dengan dua saksi yang fasiq.
28.6. Dalam keputsan Jawatankuasa Petua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, sah nikah wali yang fasiq memandang kepada masyarakat pada hari ini susah hendak menjadi seorang yang benar-benar adil.

29.0 Pekerjaan yang Membawa Kepada Dosa Besar. (ms. 26)
Sebahagian dari dosa-dosa besar yang diambil dari perkataan-perkataan Ulama’ ialah:
29.1 Membunuh orang dengan tiada sebenar
29.2 Melakukan pekerjaan berzina
29.3 Melakukan perbuatan lewad
29.4 Meminum arak
29.5 Bermain judi
29.6 Merompak, merampas dan mencuri.
29.7 Menuduh orang berzina dengan tiada saksi
29.8 Menjadi saksi bohong
29.9 Lari dari medan perang.
29.10 Memakan riba
29.11 Memakan harta anak yatim.
29.12 Derhaka kepada ibu bapa.
29.13 Membunyikan saksi dengan tiada uzur.



======================Bersambung dalam masa akan datang=====================

(Rujukan: Kitab"PANDUAN HAL EHWAL NIKAH, CERAI
RUJUK DAN 'IDAH."

No comments:

Post a Comment