Friday, 16 December 2011

Nikmat kemerdekaan yang kita perolerhi.





Sekarang ini jalan yang lurus itu sangat baik dan menyukakan mata memandang.

Berbanding dengan 10 tahun dahulu seperti di bawah.

Oh..... itulah nikmat kemerdekaan kita....!









..Orang-Orang Yang Beriman Mejadi Penghuni Syurga. (229)

Di dalam al-Quran al-Karim, Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa orang-orang yang menjadi ahli (penghuni) syurga itu ialah orang-orang yang beriman yang mengorbankan jiwa dan harta benda mereka pada jalan Allah, dan  juga mereka yang benar-benar mengerjakan perbuatan-perbuatan yang  baik dan mulia serta bersifat dengan berbagai sifat kenuliaan, keutamaan dan keluhuran.  Firman Allah s.w.t :
إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الـْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَلـَهُمْ بِأَنَّ لـَهُمُ الـْجَنـَّةَ جَ. يُقـَتِلـُون َفِى سَبِيلِ اللهِ فَيَقـْتُلـُونَ وَيُقـْتـَلـُونَ صلى. وَعْـدًا عَلـَيْهِ حَقـًّا فِى التـَّوْرَـةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالـْقُرْءَآنِ ج. وَمَنْ أَوْفِى بِعَهْدِهِ مِنَ اللهِ ج.فَاسْتَبْشِرُوْا بِبَيْعِكُمُ الـَّذِى بَايَعْتُمْ بِهِ. وََلِكَ هُوَالـْفَوْزُ الـْعَظِيمُ التـَّءِـبُون َالـْعَـبِدُونَ الـْحَمْدُونَ السَّـءِـحُونَ الرَّكِعُونَ السَّجِدُونَ الْأ َمِرَون َ بِالـْمَعْرُوفِ وَالنـَّاهُونَعَنِ الـْمُنْكَرِ وَالـْحَفِظُون َ لِحُدُودِاللهِ. وَبَشِّرِ الـْمُؤْمِنِين َ.         (سورة التوبة 111-112)
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antra) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.  (Balasasn syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab-kitab Taurat dan Injil, serta al-Quran.  Dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?  Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan kethuilah bahawa jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Mereka itu ialah),  orang-orang yang bertaubat, yang beribadat,yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam). Yang ruku’,  yang sujud. Yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan,  serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang  bersifat demikian).”
                      (Surah at-Taubat ayat 111 – 112)
Firman allah s.w.t. lagi :

إن المتقين فى ظلـل وعيون (41) وفوكه ممـا يشتهـون(42) كلوا واشربوا هنيـا بما كنتم تعملون43) (المرسلات: 41-43)
Entinya: (41) Sesungguhnya orang bertaqwa berada di dalam naungan (yang dipenuhi pelbagai nikmat) dan yang berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir), (42)  Serta menikmati buah-buahan daripada segala jenis yang mereka ingin. (43)  (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka), “Makan dan minumlah kamu dengan lazatnya,  disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”  (Al-Mursalat: 41-43)


Penghuni-penghuni syurga itu setiap kali dikurniakan rezeki yang berupa buah-buahan, mereka sentiasa berkata, ”Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu,”  padahal yang diberikan kepada mereka itu hanya sama pada rupanya shaja, tetapi pada hakikatnya adalah berlainan (tidak sama).
Penghuni-penghuni syurga itu disediakan isteri-isteri yang sentiasa dalam keadaan bersih.  Dan mereka itu tinggal tetap selama-lamanya di dalam syurga. Firman Allah s.w.t.



وَبَشـِّرِ الـَّذِينَءَامَنُوْا وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ أَنَّ لـَهُمْ جَنـَّتٍ تَجْرِى مِنْ
تـَحْتِهَا الْأَنْهَرُ صلى. كُلـَّمَا رُزِقُوْا مِنْهَا مِنْ ثـَمَرَةٍ رِّزْقـًا, قـَالـُوْا هَذَا الـَّذِى رُزِقـْنَا مِنْ قـَبْلُ صلى. وَأ َتُوْا بِهِ مُتـَشَبِهًا  صلى. وَلـَهُمْ فِيهَاأ زْوَجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَلِدُون َ. ( سورة البقرة: 25
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, sdesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.  Tiap-tiap kami mereka diberikan satu pemberian daripada sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: ”Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu,”  dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (terapi berlainan hakikatnya), dan disediakan
Untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan atau isterri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamngta sdelama-lamanya.                                                (Surah al-Baqarah; ayat 25)




---------------------ooooooooooo   -----------------------------oooooooooooooooo

      

No comments:

Post a Comment