Monday, 5 December 2011








                    Mereka sedang melakukan solat sunat taubat......



KEWAJIPAN BERTAUBAT  DENGAN SEGERA
         
Bilangan  1.

Pendahuluan


اسلام عليكم ورحمة الله وبركته.


Kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah memberikan kita nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang banyak, kesenangan hidup yang mewah, dikurniakan anak-anak yang banyak dan berilmu, maka wajiblah kita membalasinya kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala suruhan Nya dan meninggalkan segala larangan Nya.

Namun demikian kita juga hendaklah mengingati dalam usia kita sekarang ini berapa banyakkah dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini, kita melakukan segala yang di haram oleh syarak seperti  menipu, berbohong, tidak melakukan keadilan, minum arak, berzina, bongkak dan sombong, amalan riak diri, meninggalkan solat lima waktu, tidak berpuasa di bulan Ramadan, tidak mengeluarkan zakat, berperangai kedekut dan banyak lagi.

Tetapi semuanya itu jika kita ketahui bahawa Allah s.w.t. akan menghapuskan dosa-dosa itu sekiranya kita bertaubat nasuha (taubat yang tidak akan melakukan lagi dosa-dosa seperti itu dan kembali kepada suruhan Allah dan banyak melakukan amalan-amalan sunat.  Firman Allah s.w.t.:

   وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا.  (النساء 110)
Bermaksud:
Barang siapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehinya bahawa Allah Pengampun lagi Penyayang. (An-Nisa’ ayat 110)


1.. MAKSUDNYA BERTAUBAT


Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara:

a.     Dengan amalan ilmu bertaubat itu kita dapat mengenal dan mengetahui tentang besarnya dan beratnya dosa-dosa itu.

b.     Dosa itu sebagai menjadi tabir yang menyebabkan keadaan ummah terpisah dengan Allah s.w.t.

c.      Dengan mengetahui ilmu taubat itu menyebabkan perbuatannya meninggalkan perlakuan dosa-dosa yang sedang bergelumang dalam dirinya.


2..KEWAJIPAN BERTAUBAT



a.       Telah nyatalah  kewajipannya  bersegera bertaubat  berdasarkan nas -nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


b.      Tidak ada kebahagian yang sebenarnya di akhirat  melainkan  ia telah bertaubat dari segala-dosa-dosanya.

c.       Boleh menghalang ummah  dari bertemu dengan Allah s.w.t. jika ia terlampau ikut nafsu kemungkarannya melainkan ia bertaubat dengan taubat nasuha.

d.      Firman Allah s.w.t.:

وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ

لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.  (النور 31)

  Ertinya:  Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan. (An-Nur ayat 31)

يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ
تَوبَةً نَصُوْحًا.  (التحريم: 8)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas) (At-Tahrim ayat 8)


      إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.

Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya. (Al-Baqarah: 222)

e.       Allah s.w. mengampunkan  segala dosa.
Firman Allah s.w.t.:


قـُلْ يَعِبَادِيَ الَّذِينَ أ َسْرَفـُوا عَلَى~  اَنـْفُسِهِمْ  لَاتـَقـْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ الله ج

إِنَّ اللهَ يَغـْفِرُالذُّنُوبَ جَمِيعًا ج  إِنـَّهُ هُوَالْغـَفـُورُّالـرَّحِيمُ.   (اَلزُّمَرْ 53)

Ertinya :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), jnaganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya  Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.            (Al-Zumar ayat 53)



ULASAN

Demikian  bahawa setiap insan di atas  dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha  Mengampuni dosa-dosa hamba-hamba Nya selain daripada dosa syirik.

3.   Bertaubat Menghapuskan Dosa

Sabda Rasulullah s.a.w.

   أَلتَّا ءِـبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ.

  Ertinya:  ”Orang yang bertaubat dari dosanya itu, samalah seperti orang  
 yang tiada ada mempunyai dosanya lagi.”     
                                                                                     (HR Bukhari dan Muslim)



4.. Kewajipan Taubat Dengan segera



a.     Tujuannya segera bertaubat untuk menjadi pendorong  kepada
manusia supaya meninggalkan segala maksiat. Bertaubat itu wajib disegerakan kerana bahawa maksiat itu tergolong dalam perkara yang membinasakan diri dan seterusnya ia ada kaitan dengan keimanan seseorang itu.


b.     Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat. Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan


c.      Manusia itu semenjak mula kejadiannya di dunia suka ikut hawa nafsunya. Bertaubat bukan saja tinggalkan ikut hawa nafsunya tetapi taubat yang sempurna ialah mengenang kembali dan menyesali         segala maksiat yang telah terlanjur di masa-masa yang lalu. Bertaubat itu menerangkan kembali hatinya yang telah terpadam kerana maksiat itu.           
     
d.     Firman Allah s.w.t.:

    وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج   إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُوْنَ
  
    الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْايَقْتـَرِفـُوْنَ.    ( الانعام (120)

Ertinya:   “Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa kelak  akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”  (Al-Am ayat 120)

e.   Firman Allah s.w.t.
       إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َعـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ

         خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا.    (النساء : 31)

Ertinya: “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan  kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil  dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (iaitu Syurga).  (An-Nisa’ ayat 31)

    f..Firman Allah s.w.t.:

   وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا.  (النساء (110)
Ertinya:
      Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehinya bahawa Allah Pengampun lagi Penyayang. (An-Nisa’ ayat 110)

g. Firman Allah s.w.t.

   مَآ أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللهَ وَمَا أَصَا بَكَ مِنْ سَيِّـءَـةٍ فَمِن نَّفـْسِكَ ج

     وَأَرْ سَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُوْلاً ج وَكَفَى  بِاللهِ شَهِيْدًا.  (النساء: 79)

                                                                                   Ertinya:
“Apa saja nikmat yang kamu perolehi  dari Allah, dan apa  saja bencana  yang menimpa mu, maka itu dari kesalahan diri mu sendiri, Kami mengutus mu (Muhammad) menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi”   (An-Nisa’)


Dosa yang tidak di ampun


          أنَّ اللهَ لَا يَغْفـِرُأَنْ يُشُرِكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَآؤُ ج وَمَنْ

             يُشْرِكْ بِاللهِ فـَقَـدْ ضَلَّ ضلـَلًا بَعِيْدًا.   (:116 النساء )



Ertinya:
Sesungguhnya Allah  tidak mengampuni jika Dia dipersekutukan  dengan yang lain. Dia mengampuni dosa yang kurang dari itu bagi siapa  yang dikehendaki Nya.  Barang siapa  yang  mempersekutukan  (sesuatu) dengan Allah,   sesungguhnya  ia telah sesat   sejauh-jauhnya”
                                                                          (An-Nisa’ ayat 116)
5..   Seruan segera bertaubat.

Sebagaimana  firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 135-136 yang bermaksudnya:-

وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَا حِشَة اَوْظَلَمُوْا اَنْفُسَهُمء ذَكَرُوا اللهَ فَا سْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْ ج وَمَن يَغـْفِرُالذ ُّنُوْبَ اِلَااللهُ ج وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلىَ مَافَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ (135) أُولـَـءِـكَ جَزَآؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّتٌ تَجْرِىْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهَرُ خَلِدِيْنَ فِيْهَا ط  وَنِعْمَ اَجْرُالْعَمِلِيْنَ (136)

“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiya  diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi  yang  dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. 

Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengtahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir  sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. ”               (Ali-Imran: 135-136)


Ulasan.          
         Demikian  bahawa setiap insan di atas  dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha  Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik.  .

         Oleh itu hanya kepada Allah setiap orang memohon pengampunan di samping besar nikmat ampunan daripada segala dosa. Allah juga besar azab dan seksaan Allah bagi sesiapa yang sentiasa  dalam keingkaran . Sebelum pintu taubat di tutup atau sebelum kematian menjemput kita bertaubatlah dengan segera agar kita tergolong ke dalam ihsan yang diredhai Allah.

6..  Bimbingan bertaubat.

Setelah terbuka pintu hati kita untuk menerima kebenaran yang datang dari Allah s.w.t., setelah kita menyedari  bahawa selama ini kita telah banyak melakukan perbuatan dosa, maka segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t.. 
                                                                          
Tambahlah dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenar-benarnya dan berjanji tidak akan mengulangi segala kesilapan masa-masa yang silam dan banyakkanlah  mengingati atau berzikir dan beristighfar kepada Allah s.w.t.


 Kemudian lakukanlah Qiamullail atau solat-solat malam seperti solat Tahajjud, solat Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan solat Witir Juga hendaklah selalu lakukan solat Taubat agar segala kesalahan dan dosa masa lalu diampunkan.
Untuk mengerjakan Qiamullail (sembahyang malam) bagi mereka yang baru sahaja sedar amatlah sukar sekali. Tetapi terdapat jalan yang senang iaitu anda boleh lakukan sembahyang taubat itu selepas sahaja anda lakukan  sembahyang Maghrib di rumah seorang diri dengan dua rakaat sahaja. Ataupun selepas sembahyang Isyak, lakukan sembahyang taubat itu sebanyak dua rakaat.  Allah s.w.t. tidak mahu melihat insan mengerjakan ibadat dengan susah payah. Firman Allah s.w.t.
وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ  فـِى الـد ِّيـن ِ مـِن ْ حـَرَج ٍ
(الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama.
    (Al-Haj ayat 78)  287

7.. Cara-cara Melakukan Solat taubat

a.     Solat Taubat dilakukan sebanyak dua rakaat atau tidak terbatas, dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Waktu mengerjakannya selepas solat Maghrib atau selepas solat Isyak, pada waktu tengah malam di antara jam 3.00 hingga 5.00 pagi, atau pada bila-bila masa  yang lapang.


b.     Lafaznya niatnya:-


أُصَلىِّ سُنَّةَ الـْتَوْبَةِ رَكْعـَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى.
”Sahaja aku solat Sunat Taubat,dua rakaat kerana Allah Taala.”


c..  Pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah,kemudian membaca surah-surah pendek seperti “Qul ya “ قـُلْ يَا أَيُّهَا الْكَـفِرُوْنَ   sebanyak 3 atau 11 kali.


       d.  Pada rakaat kedua selepas membaca surah Fatihah, kemudian membaca surah    

            Al-Ikhlas  (قـُلْ هـُوَ اللهُ اَحـَدُ  ) sebanyak 11 kali

 e.  Semasa sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah membaca tasbih ini, beberapa kali, jika mampu bacalah 40 kali.


لأِالَهَ اِلأَّ اَنْتَ سُبْحَانـَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesunguhnya aku termasuk daripada orang-orang yang aniaya (zalim)

      Kemudian bacalah surah Al- Imran ayat 135 dan 136 seperti berikut
     sebelum berdoa:


وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَـا حِشَةً أَوْظَلَمُوْا اَنْفُسَهُمء ذَكَرُواللهَ فَاسْتَغْفَرُوْالـِذُنُوْبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ

إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا  عَلىَ مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ.  أُولَـءِـكَ جَزَاؤٌهُمْ مَغْفِرَةٌ مِّنْ رَبِّهِمْ وَجَـنَّاتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا

الْاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَا وَنِعْمَ اَجْرُ الْعَالَمِين.

 (الآعمران 135-136) معنا سفرت د أتس)



      Selepas itu berdoalah dengan Doa taubat. (Jika tidak tahu baca tulisan Arab bacalah dengan Bahasa Melayu sahaja) seperti di bawah ini:    

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

تُبْنَا إِلىَ اللهِ ,تُبْنَا إِلىَ اللهِ, تُبْنَا إلِىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ

اللهِ, وِنَدِمْنَا عَلىَ مَا فَعَلْنَا, وَعَذَمْنَا أَنْ لَا نَعُوْدَلِذَنْبِ أَبَدًا, وَنَحْنُ

بِرِبْـءُـوْ  مِنْ كُلِّ دِيْن ٍ يُخَالِفُ دِيْنَ الْاِسْلَام ِ, وَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهِ إِلَا اللهُ

وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَتَشْهَدُ أَنَّ سَيْدِنَا مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ صَل َللهُ عَلَيْهِ

وَسَلَّمَ, رِضِيْنَا بِا للهِ رَبًّاوَبِالْاِسْلَامِ دِيْنًا وَبِسَيِّدِنَا مُحَمَّدً صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ

نَبِيًّا وَرَسُوْلًا,   اَللَّهُمَّ صَلىِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آَلِهِ وَصَحْبِهِ

وَسَلـِّمْ تَسْلِيْمًا وَكُنْ بِنَا وَبِالْمُوءْمِنِيْنَ رَءُوْفـًا رَحِيْمًا. اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ

عَاقِبِتَنـَا فِى الْأُمُوْرِ كُلَّهَا, وَأَجِرْ نَا مِنْ خِزْي الدُّنْيَا وَعَذَابِ ألْآَخِرَةِ. 

اَللَّهُمَّ إِنَا نَسْأ َلـُكَ رِضَا كَ وَالْجَنَّة َ,  وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ.

اَللَّهُمَّ لَاتُسَلِّطْ عـَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُ وَلَا يَرْحَمْنَا.  اَللَّهُمَّ اجْعـَلْ

خَيْرَ أيَّـا مِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ وَأَنْتَ رَاض ٍ عَنـَّا, وَاخْتِمْ بِا صَّا لِحَاتِ أَعْمَا

لـَنَا وتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَلَـْحِقْنَا بِا لصَّا لِحِيْنَ, وَغـْفِرِ لَنَا وَلـِوَالِدَ يْنَا وَلِمَشَا ءِخـِنَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْن.


Maksudnya :-

Kami bertaubat kepada Allah , kami bertaubat kepada Allah, kami bertaubat kepada  Allah, kami kembali kepada Allah, kami kembali kepada Allah. Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa  itu selama-lamanya, kami tidak  mengakui selain daripada agama Islam dan kami naik saksi bahawa tidak Tuhan  yang di sembah dengan sebenar-benarnya  melainkan Allah dan kami naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu  adalah pesuruh Allah.  Kami redaha Allah itu  sebagai Tuhan  yang disembah ,Islam itu sebagai agama  yang dianuti, dan  Nabi Muhammad s.a.w.  Itu sebagai Nabi dan Rasul.  Ya Allah selawat dan sejahtera- kanlah ke atas junjungan kami Nabi  Muhammad s.a.w. para keluarganya  para sahabat-sahabanya  sekalian dan belas kasehanlah kami dan orang-orang mukminjk.


               Ya Allah ya Tuhan kami, baikilah kesudahan segala pekerjaan  kami, dan lepaskan kami dari pada kehinaan dunia dan azab akhirat,  Wahai Tuhan kami, sesungguhnya  kami memohon  kepadaMu keredaan dan syurgaMu, Dan kami berlindung pada Mu daripada kemurkaan dan balasan api neraka.  Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah orang-orang yang tidak takutkan Engkau dan orang-orang yang tidak kasihkan kami  menguasai kami disebabkan oleh dosa-dosa kami.

         Wahai Tuhan kami, jadikanlah sebaik-baik hari kami ialah hari menemuiMu di mana Engkau redha akan kami, dan sudahkan amalan-amalan  kami dengan yang baik-baik, dan matikan kami dalam keadaan Islam dan himpunkan kami dengan orang-orang yang soleh, ampunlah dosa  Kami, kedua ibu bapa kami, dan guru-guru kami.  Ya Allah Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada  segala yang mengasihani.

Selepas doa diatas boleh juga disambung dengan doa yang berikut di bawah ini, yang jika lihat maknanya  amat mebeti kesan yang sangat kepada diri kita.....!

Kalau anda ada masa lapang bacalah lagi Doa Tubat sambung lagi…


بسم الله الرحمن الرحيم 

آسـْــتـَغـْفـِرُ الله َ الـْعـَظـِيـْمِ       .(Baca beberapa kali)

ا َلـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ, حَمْدًا يُوَافِي نِعْمَهُ وَيُكَا فِي ءُ مَزِيْدَهُ, يَا رَبَنَّا لـَكَ الـْحَمْدُ كَمَا يَنـْبَغِي لـِلـْجَلَا ل ِوَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلـْطَانـِكَ.
 ا َللـَّهُمَّ   صَلِّ عَلىَ  سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  صَلَاة ً تـُنْجِـيْنـَا بِهـَا جَمِيعِ الْأ َهْوِالِ  وَالْآفـَاتِ,   وَتـَقـْضِي  لـَنـَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الـْحَاجَاتِ وَتـُطَهـِّرُنَا  بِهـَا مِنْ جـَمِيعِ السَّيـِّـءَـاتِ  وَتـَرْفـَعُنـَا بِهَا عـِنْد َكَ أ َعْلىَ الـدَّرَجَاتِ وَتـُبـَلـَّغـُنَا  بِهـَا أ َقـْصَى الـْغـَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الـْخَيـْرَاتِ  فِـي الـْحَيـَاتِ وَبَعـْد َ الـْمَمَاتِ وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـَّمْ تـَسْلـِيْمًا كـَثِيْرًا بِرَحْمَتِكَ يَاأ َرْحَمَ الرَّحِمِيْن.
رَبـَّنَا ظـَلَمـْنَا انـْفـُسَنـَا وَإنْ لـَمْ تـَغـْفـِرْ لـَنَا وَتـَرْ حَمْنَا  لـَنَكـُوْ نـَنَّ مـِنَ الْخَاسـِرِيـْنَ, رَبـَّنَا آغـْفـِرْ لـَنَا ذُ نـُوْ
 بـَنَا وَكـَفـِّرْ عـَنَّا سـَيـِّءـَا تـِنَا وَتـَوَفـَّنَا مَعَ الآبـْرَارْ,  لاَ الـَه َ أنـْتَ سُبْحَا نـَك َإنِّي كـُنـْتُ مـِنَ الظـَّلـِمـِيـْنَ, اللـَّهـُم َّاغـْفـِرْ لـِيْ ذَ نـْبـِيْ كـُلـَّهُ د ِقـَّهْ وَجـِلـَّهُ وَا َوَّلـَهُ وَآخـِرَة ٌ وَعـَلاَ نـِيـَّتـَهُ وَسِرَهُ. اللـَّهـُمَّ اِنـِّيْ ظـُلـَمًتُ نـَفـْسِيْ كثيرًا كبيرٌا ,وَلاَ يـَغـْفـِرْالـذُّ نـُوْ بَ اِلاَّ انـْتَ, فـَاغـْفـِرْلـِيْ مـَغـْفـِرَة ً مـِنْ عـِنـْدَكَ وَآرْحـَمـْنِيْ ا ِنـَّك َانـْتَ الـْغـَفـُوْرُ الرَّحـِيـْمُ.

Aku memohon ampun akan segala dosa ku kepada  Allah Yang Maha Agung.  Ya Tuhan kami. kami terlanjur  berbuat aniaya terhadap diri kami sendiri , jika Engkau tidak mengampuni kami
dan tidak mengasihi kami, pastilah kami ini tergolong orang yang
rugi.  Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan   kesalaha
kesalahan kami, serta wafatkanlah  kami bersama-sama orang-orang yang baik.  Tiada Tuhan selainMu. Maha  suci engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim.  Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya, baik yang halus dan yang kasar, yang terdahulu dan yang terkemudian, yang nyata dan yang tersembunyi.  Ya Allah aku telah menganiaya  diriku sendiri dengan  aniaya yang banyak lagi besar, padahal tak ada yang dapat
mengampuni dosaku  selain Engkau,   kerana itu ampunilah segala dosaku itu dengan ampunan dari hadhirat-Mu dan kasihkanlah aku.  Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang .


KESIMPULAN.

Bersegeralah bertaubat.

Wajib disegerakan bertaubat ialah kerana semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat. Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan.

Anda lakukanlah sembahyang taubat ini seminggu sekali atau sebulah sekali atau setahun dua kali. Tetapi apabila anda lakukan sekali sahaja, maka hati anda akan terbuka dan secara otomatik hendak lakukan beberapa kali. Percayalah....!

Wassala mualikum.....!

              -------------------0000000000------------------------


(Rujukan Kitab “Himpunan Doa”  oleh  Prof. Dato’ Dr. Haron Din)

                         --------------------------ooooooooooooooooo--------------------------------


                     



















No comments:

Post a Comment