Sunday, 25 December 2011

Banyak sangat masa kini perbuatan riak





PERBUATAN SYIRIK DAN AMALAN RIAK.

Di antara bahaya yang mencelakakan ialah riak. Rasulullah SAW telah mengancamnya dan menamakan syirik kecil ataupun syirik tersembunyi. Erti riak ialah menuntut kedudukan, atau meminta dihormati dalam kalangan orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Misalnya seorang yang bersembahyang dan berpuasa, mengeluarkan zakat dan naik haji,berjihad fi sabil Allah dan membaca al-Quran, dengan tujuan supaya orang ramai memujinya, menghormatinya serta memberikannya dari hartabenda mereka.

Itulah orangnya yang beramal dengan riak. Amalan orang ini adalah tertolak, dan semua usahanya sia-sia. sama ada orang ramai memberi kepadanya ap yang dicita-citakannya itu. mahupun tidak.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran, Surah Al-Kahfi, ayat 110 yang bermaksud:

"Barangsiapa yang ingin menemui Tuhannya, hendaklah ia beramal soleh (pekerjaan baik) dan jangan sekali-kali mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya (peribatannya) dengan sdesiapa pun."

Riak itu akan menjuruskan perbuatan atau fahaman syirik iaitu menduakan Tuhan.Riak itu terdapat dalam dua golongan. Pertama riak luar dan kedua riak dalaman atau tersembunyi. Riak luar dapat di lihat dan senang orang menasihatinya perbuatan itu. Tetapi riak dalaman amat susah hendak diberi nasihat kerana perbuatan itu dalaman dirinya sendiri.

Misalnya seorang yang menuju untuk beribadat di masjid awal-awal supaya menjadi orang pertama sampai di sana, dan hatinya berharap agar segala gerak gerinya di lihat orang dan diperhatikan, sedang niatnya membuat demikian tiada lain dari itu. Ini bererti dia melakukan perbuatan itu untuk dua tuhan, pertama untuk Allah dan satu lagi untuk orang ramai memujinya.

Dia datang ke masjid untuk bergotong royong kerja membersihkan kawasan masjid, dengan dua tujuan iaitu supaya kawasan mesjid bersih dan kedua dia berharap anak-anak kariah dapat melihat dia sebagai seorang yang rajin membuat kerja kebajikan. Tetapi dia bukan buat kerja, hanya mengarahkan budak-budak membuagt kerja itu, dan dia yang penting untuk jamuan makan, sedangkan orang lain masih bekerja.

Dalam melakukan solat berjemaah di masjid, dia rajin datang ke masjid dengan pakaiannya yang merupakan orang-orang ulama', bila Imam tiada atau lewat masuk mesjid, dia menerpa ke hadapan walaupun dia berada di saf yang ke empat, tanpa menghormati orang-orang 'alim atau orang yang lebih berilmju dari dia, atau tanpa menghormagti orang-orang tua yang berilmu. Fikirannya ialah riak dalamam, "Akulah yang pandai dari orang-orang lain". Ini bererti dia juga pandai dengan Yang Maha Esa, maka terjadilah fahaman syirik.

Bila memberi sedekah wang ringgit atau mata benda,dia meminta namanya ditulis dengan terang, atau dihebakan kepada orang ramai yang dia telah bersedekah atau menyumbangkan mata benda itu. Ini terjadilah fahaman atau perbuatan riak itu.

Terdapat banyak lagi perbuatan dan perlakuan riak itu sama ada secara sedar atau tidak sedar hari ini, tetapi amat sukar hendak diberi nasihat atau ditegur perbuatan mereka itu. Semoga dengan rencana ini amat diharap dapat menyedarkan diri mereka bekenaan.

Sekian, wassala mualaikum.
(Rujukan; Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman,muka srat 459)

=====================oooooooooooooo--------------














No comments:

Post a Comment