Saturday, 31 December 2011
Surah al-Fatihah
SURAT AL-FATIHAH (PEMBUKAAN)
(Diturunkan di Makkah. Ayatnya 7 ayat.)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم.(1)
اَلـْحـَمْـدُ للهِ رَبِّ الـْعـَلـَمِيْنَ (2) اَلـرَّحْمَنِ الـَّرحِيْمِ (
3)
مَــلِـكِ يوْمِ الدِّيْنِ (4) اِيـَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيـَّاكَ نَسْتَعِيْنُ(5)
اِهـْدِ نـَاالصِّرَاطَ الـْمُسْتـَقـِيـْمَ (6)
صِرَاطَ الـَّذِيْنَ اَنـْعـَمْتَ عـَلـَيْهِمْ
غـَـيْرِ الـْمَغـءضُوْبِ عـَلـَيْهِمْ وَلَاالضَّ~ـالِّـيْـنَ (7)
1. Dengan nama Allah yang Maha pengasih, Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang mendidik) semesta alam.
3. Yang Maha pengasih, Penyayang.
4. Lagi mempunyai (penguasa) hari pembalasan.
5. Lagi Engkaulah (ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.
6. Tunjukilah (hati) kami ke jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ulasan ayat.
1. Dengan nama Allah dan perintah Nya aku baca surat ini. Apa-apa pekerjaan baik yang akan kita kerjakan hendaklah dengan nama Allah, ertinya kerana Allah dan mengharapkan keredaan Nya, iaitu dengan menyebut: Bismillah…….
2. Apa-apa nikmat yang kita terima dan apa-apa yang indah di antara isi alam yang luas ini, hendaklah kita puji Allah, kerana pokok dan asalnya ialah dari pada Allah.
3. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang lebih-lebih kepada kita, kerana Dia yang menganugerahkan fikiran yang luas dan anggota yang cukup. Tetapi sekalipun begitu Dia berkuasa pada hari kemudian buat menyeksa orang-orang yang tiada menurut perintah Nya.
4. Karena Allah amat banyak memberi kita bermacam-macam nikmat, maka wajiblah kita menyembah Nya. Dan tiada yang disembah selain dari pada Nya. Wajiblah kita minta tolong kepada Allah untuk menyampaikan cita-cita kita dan menjayakan amalan perbuatan kita, kerana Dia berkuasa menghilangkan segala aral yang melintang.
Adapun minta tolong sesama manusia dalam batas kemampuannya seperti minta ubat pada Doktor, maka tiadalah terlarang, bahkan dianjurkan bertolong-tolongan itu. Tetapi jika kita minta tolong kepada manusia di luar batas kemampuannya, seperti minta masuk syurga, murah rezeki, berbahagia di dunia dan akhirat dan sebagainya, maka yang demikian itu amat terlarang dalam Islam. Begitu juga meminta kepada batu-batu, kayu-kayu, kubur-kubur dan sebagai lagi, kerana pekerjaan ini mempersekutukan Allah dengan lainnya.
5. Hendaklah kita memohon kepada Allah, supaya Dia memberi hidayah dan taufik kepada kita untuk melalui jalan yang lurus yang menyampaikan kita kepada kebahagian di dunia dan akhirat, iaitu dengan menurut petunjuk Al-Quran.
6. Manusia itu ada tiga macam;
a. Orang-orang yang beroleh nikmat dari pada Allah, serta tiada dimurkai dan tiada pula sesat, kerana merdeka mempergunakan nikmat itu menurut mestinya.
b. Orang-orang yang dimurkai Allah kerana ingkar akan Allah dan nikmat Nya yang tak terhitung banyaknya.
c. Orang-orang yang sesat atau salah mempergunakan nikmat itu atau dalam keraguan, sehingga mereka itu tiada mengetahui jalan manakah yang akan ditempuhinya.
Apa-apa yang tersimpul dalam surat al- Fatehah ini, diterangkan dengan jelas pada surah-surah yang kemudian.
Sekian, wassalam mualaikum…..
------------------oooooooooo--------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment