Sunday, 4 December 2011

Pakaian mencerminkan Akidah


RISALAH “FARIDATIL-FARAIDA FI ILMIL-AQAID”.
فـَرِيـْدَةِ الـْفـَـرَاـءـِدَ فِىْ عـِلـْمِ الـْعـَقـَاـءــِدُ.
              بِسْمِ اللهِ الـرَّحْمَنِ الـرَّحِيْمِ. (1)                  
أَلـْحَمْدُ للهِ الـَّذِى أَطْلـَعَ فِىْ سَمَوَاتِ قـُلـوْبِ الـْمـُؤْ مِنِيـْنَ شـُمُوْسَ الـْمَعـْرِفـَةِ مَشـْرِفـَةً بـِأَنـْوَارِ التـَّوْحِيـْدِ وَالـْيـَقـَيْنِ.
*Pujian ayat bagi Allah yang menaikkan pada beberapa langit segala hati orang yang mukminin akan beberapa matahari pengenalan pada hal cemerlang ia dengan cahaya tauhid dan yakin.”
Dan rahmat dan sejahtera atas Jurubahasa Ketuhanannya dan yang  menunjuk kepada ke Esaan Allah s.w.t. penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. yang dibangkitkan dengan segala mukjizat yang mengalahi kerana menguatkan risalah Nya dan membenarkan penunjuk Nya.
Dan atas keluarganya yang sampai mereka itu kepada beberapa pangkat yang tinggi dengan ketinggian qadarnya dan segala taulannya  yang gilang gemilang hal  keadaan mereka itu segala bintang  penunjuk dengan nas sabdanya.*

Nota tepi (1)-
Faedah membaca  mereka itu bahawasanya “Bismilla hirrahman nirrahim” empat puluh satu kali (41),kemudian dihadiahkan dia kepada empunya tubuh dan berkata ia.”Hai ahli al-taubat bahawa aku di dalam peliharaan kamu “ nescaya sentiasa ia terlepas daripada tiap merbahaya dan terpelihara ia daripada segala bala petaka;  Dan daripada Al-Sheikh Muhammad Tahir” Sesiapa memerlukan  sebesar-besar hajat maka dibacakabn 786 kali akan “Bismilla hirrahman nirrahinm” dengan doa ini nescaya berjaya iua.



.
"اللهم أنت هـا وأوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم"                                            
*Kemudian dari itu maka ini Risalah pada ilmu Tauhid aku himpunkan dia daripada beberapa kitab yang di iktibarkan aku ambil segala kebunnya akan buah-buahan yang di inginkan dan daripada beberapa lautannya akan beberapa permata megah.*
                              
*Maka datang ia dengan kepujian Allah Aqidah yang sebenar yang elok cahayanya lagi yang mengandungkan ikitiqad ahli Al-sunnah dan ketetapan penunjuk yang diam pada hati orang yang mukmin aku lindungkan dia dengan Allah Taala daripada ‘iktikad yang di serupakan dengan syaitan.  Yang di bangsakan kepada  Imam Abi Al-Hasan Al-Ashyaari mazhabnya lagi kepada Melayu bahasanya lagi kepada Fatani tuturannya lagi kepada kenyataan isyaratnya.*
*Ditempatkan dia antara segala apanya daripada beberapa risalah yang kecil pada tempat rupa yang di tengah minta dan dilebihkan dia atas sekaliannya seperti dilebihkan emas di atas perak.*
*Sebenarnya dengan  dilobakan atas mendapatnya dan diingatkan segala bicaranya pada mata hati dan patut bahawa di ingatkan risalah ini ke atas pengajangan kelebihan di perenggang dengan dia.* Nota (2)


Nota tepi (2)
Pelamin – iaitu tempat yang dihiasi – dihantarkan atasnya perempuan yang dikahwinkan pada mula-mula di perjumpaan akan dia dengan suaminya di hadapan orang ramai melihat


                                                                 
*Dan hamba namakan dia ““FARIDATIL-FARAID FI ILMI  AL-AQAID “ pada bicara ilmu  ‘Aqidah.  Dan atas Allah Taala aku berpegang dan daripada limpah kurnia Nya aku menuntut pertambahan.*
*Bermula Tauhid itu ibarat daripada perhimpunan berbangsa yang di iktikadkan yang dibangsakan kepada agama yang diambilkan daripada dalilnya yang diyakinkan. *
*Ilmu ini pada zat Allah Taala daripada sekira-kira barang yang wajib baginya dan barang yang mustahil atasnya dan barang yang harus baginya dan pada segala Rasul demikian jua dan pada segala barang yang didatangkan dia oleh Rasul seperti hari kiamat dan lainnya.*
*Ilmu ini dapat kemenangan dan beruntung oleh yang mengetahuinya selama-lamanya. Ibarat daripada perhimpunan segala hukum yang dihantarkan dia oleh Allah Taala bagi segala hamba Nya yang mukalaf atas lidah Rasul Nya yang membawa akan mereka itu kepada kebijakan yang kekal.*
*Dan segala tanda agama  iaitu empat -  Pertama Sah iktiqad iaitu jazam dengan barang yang di iktiqadkan dia oleh ahli Al-sunah.  Kedua Benar qasad iaitu menunaikan ibadat dengan ikhlas (2).  Ketiga menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang di suruh.  Keempat, ketiadaan melampaui sangat iaitu meninggalkan segala yang dilarang dan melengkapi agama itu atas Tiga perkara- Iaitu Islam dan Iman dan Ihsan.*

Nota tepi.(3)
*Bermula mengikut dan menerima oleh zahir seseorang akan barang yang mendatangkan dengan dia oleh Nabi s.a.w. daripada segala barang yang diketahui daripada agama dengan darurat – ertinya dengan ketiadaan fikir dan bicara seperti dua Kalimah Syahadat dan Sembahyang dan dikehendaki dengan mengikut dan menerima itu mengaku lidah dengan barang yang tersebut itu dan tiada menolakkan dia dan jika tiada diamalkan dia sekalipun seperti meninggal ia  akan sembahyang dan umpamanya selama-lamanya.*

         

Nota tepi (4)

Menunaikan ibadat dengan ikhlas - ertinya mengerjakan dia serta ikhlas niat bagi Allah Taala dengan  tiada di sekutukan pada ibadat itu akan yangi lain daripada Allah Taala. Firman Allah Taala:

"فَمَنْ كـَانَ يـَرْجـُوْلـِقـَاءَ رَبِّهِ فـَلـْيَعـْمَلْ عَمَلاً صَا لِحًا وَلاَ يـُشْرِكْ بِعـِبَا دَةِ رَبـِّهِ اَحـَدَ. (الكهف 110)

Ertinya: Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang salih dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.
                                                                         (  Al-Kahfi 110)


                                                         
*Dan segala Rukun Islam itu lima perkara Pertama bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh  Allah dan ini rukun tertentu dengan orang kafir yang menghendaki masuk Islam.  Kedua – mendirikan Sembahyang yang lima waktuKetiga – memberikan zakat –

Keempat puasa pada bulan Ramadan. Kelima – menunaikan Haji ke Baitullah, Mekah bagi mereka yang ada kuasa kepadanya akan jalan itu.*


*Bermula iman itu  membenarkan hati akan Nabi  Muhammad s.a.w.  pada tiap-tiap suatu yang mendatang ia dengan dia daripada (3) barang yang maklum daripada  agama dengan darurat dan dikehendaki dengan                  membenar itu mengikut hati dan menerimanya akan barang yang tersebut itu tiada semata-mata mengetahui benar Nabi s.a.w. serta ketiadaan mengikut dan menerima maka tiada di hukumkan dengan iman pada  kebanyakan daripada segala kafir yang mengetahui mereka itu bahawasanya  Syidina Muhammad   s.a.w. itu Nabi dan Rasul yang sebenar kerana ketiadaan mengikut hati mereka itu dan ketiadaan menerimanya akan demikian itu. (ms 4)*



Nota  tepi  (5

Barang yang maklum daripada agama dengan darurat – ertinya barang yang diketahuikan  daripada segala dalil agama sebagai pengetahuan yang masyhur antara segala ahli agama hingga menyerupai dengan darurat, ertinya ketiadaan fikir dan bicara.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ.


وَيـْلٌ لِّكُلَّ هُمَزَ ةٍ لـُمَزَةٍ(1) اَلـَّذِىْ جَمَعَ مَا لًا وَعَدَّدَهُ (2) يَحْسَبُ أَنَّ مَالـَهُ أَخْلـَدَهُ (3)  كـَلَّا صلى لـَيُنْبَذَنَّ فِى الـْحُطَمَةِ (4) وَمَآ أَدْرَـكَ مَا الـْحُطَمَةُ (5) نَارُاللهِ الـْمُوْ قـَدَةُ(6) الـَّتِىْ تَطَّلِعُ عَلىَ الأَفْــءِــدَةِ (7)
 إِنَّهَا عَلـَيْهِم مُّؤْ صَدَةٌ (8) فىْ عَـمَـدٍ مُّـمَـدَّدَةِ  (9)

Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
!. Kecelakaan besar bagi setiap pengumpat lagi  pengeji .
2.Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya.
3.Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)
4.Tidak..! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam”al-Hutamah”
5.Dan  tahukah engkau, apakah “al-Hutamah” Itu?
6.(Al-Hutamah) Ialah api (yang disediakan) Allah (dengan perintah Nya).
7.Yang naik menjulang membakar sampai ke hati.
8. Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
9. (Mereka terikat di situ) pada tiang-tiang yang melintang panjang.



                      
*Dan segala rukun iman itu) Enam perkara iaitu.
*Pertama  -    Beriman ertinya percaya dengan Allah,  Kedua- Beriman dengan Malaikat Nya,  Ketiga – Beriman dengan segala Kitab Nya.  Keempat Beriman dengan segala Rasul Nya. Kelima Beriman dengan Hari yang kesudahan. Keenam Beriman Qadar Nya baiknya atau Jahatnya, ertinya bahawa sekalian perkara sama ada elok seperti taat atau keji seperti maksiat hasil ia dengan perbuatan Allah Taala atas                    kehendak Nya pada sediakala.*  
*Bermula Ihsan itu berbuat baik dengan ikhlas oleh seseorang pada segala taatnya  iaitu beribadat kita akan Allah Taala pada hal seolah-olah kita melihatkan Dia.  Maka tiada patut bahawa berpaling kita kepada yang lainnya dengan batil atau zahir pada hal mengetahui kita bahawa Allah Taala itu melihatkan kita Maka kita malu pada ketika itu bahawa lalai kita di  dalam ibadat  Nya dan ihsan ini syarat bagi kesempurnaan Islam dan iman  Maka tiada sempurna keduanya melainkan dengan dia.*

*Bermula permulaan barang yang wajib pada syarak atas tiap-tiap mukalaf ia itu orang yang akil lagi baligh sama ada laki-laki atau perempuan itu bahawa mengenal  ia akan Allah Taala  Ertinya  mengetahuikan segala hukum sifatnya dan segala hukum ketuhanannya dan mengetahuikan segala yang membawa kepada mengetahuikan demikian itu daripada segala barang yang bergantung dengan Rasul.*                                                         
*Maka tiada dikehendaki dengan mengenal Allah Taala itu mengetahuikan hakikat zat Nya Subha nahu waTaala kerana tiada dapat mengetahui oleh yang baharu akan hakikat yang qadim. Maka mengenal dan mengetahui itu jazam yang membetuli bagi waqe’ yang hasil jazam itu daripada dalil ertinya iktiqad yang putus yang  mengenai akan yang benar yang jadi iktiqad itu daripada tanda yang menunjuk atas betul iktiqad itu. Maka wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf  mengetahuikan segala yang wajib pada akal pada hak Tuhan kita Azza wa jalla dan barang yang mustahil ata Nya Taala dan barang yang harus bagi Nya Taala.*
*Dan demikian wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul ‘Alaihaim al-Solla tu wassalam  Dan barang yang mustahil atas mereka iaitu  dan barang yang harus bagi mereka itu*
*Dan erti wajib pada syara’ itu barang yang diberi pahala atas mengerjakan sia dan di siksakan atas meninggalkan dia seperti mengetahui dengan ada Allah Taala maka diberi pahala atas mengetahui itu dan di siksakan atas ketiadaannya.  Dan erti wajib pada akal itu barang yang tiada unsur pada akal ketiadaan unsur pada  akal ketiadaannya seperti mengambil lapang bagi jaram.
Dan mustahil itu barang yang tiada unsur pada akal adanya seperti sunyi jazam daripada gerak dan diam.  Dan jaez itu barang yang sah pada akal adanya dan tiadanya seperti gerak jazam dan diamnya.
Dan wajib pula atas mukalaf sebagai wujub ‘aini  mengetahuikan dalil atas tiap- tiap suatu daripada yang wajib dan yang jaez itu supaya tiada jadi ia muqallid iaitu orang yang jazam ia dengan perkataan orang yang lain dengan ketiadaan mengetahui dalilnya.
Dan telah bersalah-salahan ulama’ kafir muqallid itu dan  ketiadaan kafirnya dan  qaul yang sahih bahawasanya mukmin serta berdosa dengan sebab meninggalnya akan belajar dan fikir bicara jika ada daripada ahli demikian itu.  Dan dikehendaki dengan dalil itu dalil ajmali iaitu dalil yang  lemah oleh empunyanya daripada (2)* menetapkan dia dan menghuraikan segala (3)* syubhat yang didatangkan atasnya seperti dikatakan baginya apa dalil engkau atas ada Allah Taala, maka berkata ia alam ini dan lemah ia daripada menyatakan jalan menunjuk alam ini atas ada Allah Taala itu atau kuasa ia atas menyatakan dia, tetapi jika didatangkan iktirad atasnya tiada kuasa ia atas menghuraikan dia atas wajah yang dituntuti, maka keluarlah ia (ms 4) daripada taqlid dengan mengetahui ini dalil yang  ajmali.
Adapun dalil yang tafsili (ms 5) maka iaitu dalil yang dikuasakan atas menetapkan dia dan menghuraikan segala syubhat yang di datangkan atasnya.  Maka hendaklah kami nyatakan segala ‘aqaiid yang wajib pada syara’  mengetahuikan dia daripada segala yang wajib dan yang mustahil dan yang harus pada hak Allah Taala dan hak Rasul Nya serta kami iringkan tiap-tiap satu akidah itu dengan dalilnya dan tiap-tiap dalil itu menyatakan yang wajib dan menepikan yang mustahil.
Maka kami berkata (wajib) bagi Allah Taala tiap-tiap sifat kesempurnaan yang patut dengan zat Nya yang Maha Tinggi dan sifat kesempurnaan itu amat banyak tiada meliputi dengan dia melainkan Allah s.w.t.  – Maka wajib disabitkan bagi Nya Taala atas jalan Ajmal.
*Dan Mustahil atasnya Taala tiap-tiap sifat kekurangan dan iaitu amat banyak tiada menghinggakan dia, melainkan ia Subhanau Wataala. Maka wajib disucikan Dia Taala daripada Nya  atas  jalan  Ijmal  pula dan dalil atas demikian itu bahawasanya jikalay tiada bersifat ia segala sifat segala kesempurnaan nescaya bersifat ia dengan segala lawannya iaitu segala kekurangan dan kekurangan atas Allah Taala itu mustahil kerana jikalau bersifat ia dengan kekuran nescaya tiada menjadi ia akan sesuatu daripada ‘alam ini dan demikian itu batil kerana alam ini telah ada dengan musyahidat. *ms.5
*Dan setengah daripada sifat kesempurnaan itu barang yang wajib diketahui dia atas jalan Tafsili, iaitu tiga belas sifat atau dua puluh sifat      atas khilap yang lagi akan datang dan pula yang raji’ itu qaul yang pertama dan tujuh yang tinggal lagi itu   wajib diketahuikan atas jalan Ijmal tiada harus ditepikan dia dengan Ijmal kerana ia setengah daripada segala perkara kamalat maka barang siapa menepikan dia (2)* jadi ia kafir wal’aya zubilla Taala.  Dan hanya sesungguhnya tiada wajib diketahuikan atas jalan Tafsil jua.*



SIFAT DUA PULUH

Sifat Nafsiah –Bukan sifat yang menumpang pada zat itu.
Sifat Salbiah – Menanggalkan, menolak ataupun menafikan.
Sifat Ma’ani – Sifat yang maujud atau ada yang berdiri pada Zat Allah, yang menyebabkan Zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat Ma’nawiyah.
Sifat  Ma’nawiyah – iaitu suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi Zat Allah, bersifat dengan sifat Maani. Di antara sifat Ma’ani dengan sifat Ma’nawiyah tidak terpisahkan. Misalnya Keadaan Allah berilmu.





No comments:

Post a Comment