Tuesday, 20 December 2011

Amalkan Menunjukkan wajah yang ceria



MENUNJUKKAN WAJAH YANG CERIA.

Apabila berhadapan dengan orang lain, khususnya dengan orang Muslim, hendaklah kita menunjukkan wajah manis dan ceria. Dan sebaliknya kita tidak boleh menunjukkan wajah yang bengis dan masam muka yang  menunjukkan kita seolah-olah sedang menghadapi masalah, seolah-olah kecewa atau sedang marah. Walaupun kita sedang dalam delima tetapi segala perkara itu kita simpankan dalam hati dan berusaha menunjukkan diri kita sedang dalam  keadaan bahagia dan dalam beroleh kejayaan.

Menunjukkan wajah ceria kepada orang lain besar pahalanya.  Dari Abu Zar r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا تـَحْقِـرَنَّ مِنَ الـْمَعْـرُوفِ شـَـيـْءًـا وَلـَـوْ أَنْ تـَلـْقـَى
 أَخـَاكَ بِـوَجْـهٍ طـَلِـيْـقٍ.
“Janganlah memandang enteng terhadap sesuatu kebaikan itu walaupun dengan cara melemparkan senyuman atau wajah ceria kepada saudara mu.”
Memberi senyuman kepada orang lain bukan hanya mendatangkan pahala tetapi juga mendatangkan hasil yang baik duniawi. Maksudnya kalau kita menunjukkan wajah senyum, orang akan senang dan berminat kepada kita.  Kalau orang senang kepada kita, kita akan dilayan dengan baik dan segala permintaan atau pertolongan  kita akan tercapai.
Penulis sudah mengalami sendiri masalah itu. Biasanya penulis berurusan dengan badan perkhidmatan awam sentiasa dilayan  dengan baik. Kita jadikan budaya kita sentiasa 

ceria, girang dan jauhkan wajah yang bermasam  muka.
 Kita jadikan diri kita sifat ramah mesra, carikan topik perkara yang hendak diperbualkan. Untuk itu kita hendaklah tahu apa cerita hari ini dengan membaca surat khabar yang terkini. Dalam hal  ini kita janganlah “menyusul  arus”. Ertinya jangan kita membuat cerita membangkang arus walaupun melodi kita tidak secucuk dengannya. Kita buatkan sandiwara sebentar dan ikut harus mereka.




               ----------------------oooooooo---------------
19 December 2011.

No comments:

Post a Comment