Monday, 12 December 2011

Mari kita solat berjemaah dan Berzikir mengingati Allah















KE ARAH  KITA MENUJU KE SYURGA
TAZKIRAH  BAB  AMALAN  AKHLAK MULIA.
-----------------------------------------------------------------

BAB  19  -  ZIKRULLAH –MENGINGATI  ALLAH.

Perhubungan mesra antara Ahli Sufi dengan Allah ternyata seperti tersebut dalam ayat al-Quran, Al-Baqarah ayat 152 :-


فَاذْ كـُرُونِىْ أ َذْكـُرْكـُمْ وَاشْكـُرُوالِى وَلَاتَكـْفـُرُونِ.
( البقرة 152)


Bermaksud: “Maka Ingatlah kamu kepada Ku, nescaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal (nikmatKu).  (Al-Baqarah ayat 152).”

Perhubungan yang rapat dan erat ini membawa kepada penyerahan diri seluruhnya kepada Allah hinggakan diri sendiri terasa tidak ada lagi.  Seluruh diri hanya seperti boneka yang digerakkan oleh Allah.  Semuanya kerana Allah semata-mata. Orang  Sufi mengagung dan menyerahkan durinya kepada Allah hingga ke taraf perasaan bahawa Allah sahaja yang di pandangnya . Inilah yang mereka namakan zikrullah.  Zikrullah ini sangat besar faedah dan hasilnya.  Firman Allah s.w.t. di dalam  al-Quran Yang Mulia:-
وَاذْكـُرْ رَّبَّكَ كـَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالـْعَشِىِّ وَالْإِبْكـَرِ(41)

Bermaksud: “Sebutlah nama Tuhanmu sebanyak-banyak serta bertasbihlah pada waktu petang dan pagi.”              (Surah Al-Imran, ayat 41)

فَإِذَاقَضَيْتُمُ ا لصَّلـَوةَ فَاذْكـُرُواللهَ قِيَمًا وَقـُعُودًا
وَعَلىَ جُنـُوبـِكـُمْ ج. (103)
”Apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada waktu berdiri, duduk dan berbarinag.                (Surah An  Nisa’ ayat 103)

اِنَّنِىْ أ َنَا اللهُ لَا إِلـَهَ إِلا َّاّنَا فَاعْبُدْ نِىْ وَأَقِمِ الصَّلـَوةَ
لِذِكـْرِىْ. (طـَـــهَ, اية 14)
“Sesungguhnya Akulah Allah, tidak ada Tuhan kecuali Aku, sebab itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.”
                                                            (Surah Tohaa, ayat 14).   

“Sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar” (Surah al-Ankabut ayat 45)



“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama ) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya”  (Surah Al-Ahzab. ayat  41)

Ada banyak lagi ayat dalam al_Quran yang menunjukkan ketinggian dan kemuliaan Zikrullah ini.  Mungkin ada orang meanggap zikir ini hanya ingat kepada Allah atau nama-nama Nya seperti ingatan yang biasa sahaja.  Setelah ayat-ayat tentang ingatan (zikrullah) itu turun, orang bertanya kepada Nabi Muhammads.a.w. dan meminta penjelasan tentang istilah zikir ini.  Adalah dilaporkan dalam hadis bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda.   )  الله لَا إِلـَهَ "  ( la illaha illa "  itu kalimat yang paling baik untuk zikrullah.”

Pendek kata tidak ada yang paling agung pada pandangan Allah selain zikrullah. Maha Suci Allah, la ilaha Illah.    )  الله لَا إِلـَهَ).
Sesiapa pun boleh mengenang Allah (zikrullah) dengan fikiran atau lisan pada bila-bila masa.  Tetapi adalah lebaik beramai-ramai duduk membentuk satu bulatan dan berzikir selepas sahaja menunaikan solat sama ada solat Maghrib, Isyak mahuun Subuh. Tidak mengapa seseorang itu membuat amalan zikrullah itu secara sederhana sahaja seorang diri, tetapi hendaklah secara berterusan dari sedikit-sedikit, pada waktu  selepas Subuh dan kemudiannya selepas Maghrib dan Isyak.

Nabi Muhammad  s.a.w. menjelaskan tentang apa yang terjadi dalam majlis zikrullah. Nabi bersabda bahawa sekumpulan malaikat diberi tugas khusus oleh Allah s.w.t. membuat rondaan di muka bumi ini untuk melihat orang yang berzikir itu. Apabila malaikat itu berjumpa dengan jemaah orang berzikir itu, malaikat itu berasa sukacita, lalu memanggil lebih banyak lagi malaikat masuk dalam kumpulan itu.  Apabila majlis zikir itu tamat, malaikat itu pun kembali ke langit lalu melaporkan kepada Allah s.w.t. bahawa mereka kembali dari majlis zikir yang mengagung dan memuji Allah.

Kemudian Allah s.w..t berfirman keapada malaikat bahawa Ia telaah mengampunkan semua dosa mereka yang berzikrullah itu, termasuk juga ada seorang yang tidak berzikir tetapi menyertai kumpulan itu, Allah juga mengampunkan dia kerana sudi bersama-sama mereka.

Antara 10 khasiat zikrullah itu ialah :-

1.     Menghalau tenaga-tenaga jahat dan mengelakkannya.
2.     Mendapat keredaan Allah dan mengampun dosa.
3.     Memurahkan rezeki.
4.     Membuat peribadi mulia dan agung.
5.     Memcapaia taraf kehampiran dengan Allah.
6.     Menghidup dan menyedarkan hati.
7.     Menghilangkan kesilapan dan kecacatan.
8.     Memelihara percakapan daripada mengumpat dan mengeji.
9.     Menyembuhkan penyakit hati
10.                        Membuang ketakutan dan dukacita dalam hati.
11.                        Menghindarkan sifat-sifat munafik.
12.                        Allah akan mengkabulkan segala hajat.


Ada satu penjuru dalam hati yang tidak dapat dibuka kecuali dengan zikrullah.  Dalam penjuru itu kuasa Ketuhanan berada.  Zikrullah adalah satu alat yang penting dalam semua amalan tareqat Kesufian.  Apabila seseorang sampai dalam peringkat perlakuan zikrullah yang ikhlas dan luhur, maka sampailah ia ke tahap di mana ilmu yang diperolehi daripada buku atau kitab tidak perlu lagi.   Jika keadaan berzikir ini berkembang subur terus menerus, zikir ini membawa seseorang, dengan izin Allah, ke peringjkat yang paling tinggi dalam evolusi kemanusiaan, dan ia akan mencapai kunci sumber mukjizat.



أ َشْهَدُ أ َنْ لآ إ ِلـَـهَ أِ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ

لـَهُ ,وَأ َشْهَدُ أ َنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولـُهُ.

اَللـَّهُمَّ اجْعَلـْنِى مِنَ التَّوَّبِيْنَ وَاجْعَلـْنِى مِنَ

الـْمُطَهِّرِيْنَ وَالجْعَلـْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ

الصَّالِحِينَ.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah tiada sekutu bagi Nya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu hamba Nya,  Ya Allah jadikan aku daripada orang yang bertaubat dan jadikanlah aku daripada orang yang suci dan jadikanlah aku daripada hamba-hamba Engkau yang soleh.


Sekian dahulu dalam bab ini, semoga anda mendapat manfaat darinya.

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!

(Rujukan Kitab Ilmu Perubatan Kesufian, m.s. 147)


                                 -------------ooooooooooooooo-------------




No comments:

Post a Comment