Seorang zahid juga seorang yang mampu
mengasihi semua manusia, bersedia untuk susah
untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan manusia dari tipuan dunia, nafsu dan syaitan. Sebaliknya orang yang lemah dalam amalan
batin adalah orang yang jauh (terpisah) hatinya dengan Allah (tidak takut
dengan Allah, tidak malu, tidak harap, tidak cinta Allah, tidak redha dan tidak
sabar), kurang beradab dengan Allah (penuh hasad, sombong, bakhil, dendam, dan
pemarah) dan seorang pencinta dunia yang bekerja keras untuk dunianya.
Orang begini selalu dibelenggu
oleh kecintaannya itu hingga menjadikan dia takut untuk berjuang dan berjihad
untuk agama Allah dan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Orang yang tidak berhakikat
(sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, baca Quran dan gigih berjuang) adalah
orang yang kurang berakhlak dengan Allah dan kurang berakhlak dengan manusia. Kekurangan
pada amalan batin inilah yang menjadikan orang-orang yang tidak berakhlak itu selalunya
mati dalam dosa yang tidak sedar.
Mungkin dosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa, tidak redha
dengan takdir Allah dan dosa kerana merasakan amalan lahirnyalah yang
bakal menyelamatkannya dari neraka
Allah.
Rasa riak, ujub atau rasa diri
bersih itu adalah dosa batin yang tiada siapa yang nampak walaupun yang empunya
diri pun tidak dapat mengesannya kecuali oranng yang mempunyai basiurah
(pandangan tembus) sahaja yang boleh mengesannya.
Nanti di akhirat bila Allah
dedahkan kesalahan (dosa dosa batin) baru dia terkejut tersentak. Ulama’ tasawuf berkata :
”Bialah sedikit amalan beserta
takut pada Allah itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut
dengan Allah. Lebih baik orang yang
sentiasa merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak
amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa tenang dengan
amalan itu.”
Firman Allah s.w.t. :-
يَوْم َلآ يَنفَعُ مِالٌ وَلآبِنُونَ .
إِلا َّ مَنْ أَتىَ للهَ بِقـَلـْبِ سَلِيمٍ.
“Hari kiamat
ialah hari di mana harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat kecuali
mereka yang datang mengadap Allah dengan membawa hati yang selamat sejahtera.” (Asy-Syuaraa, ayat 88-89)
Hati yang selamat sejahtera ialah hati yang bertaqwa yang berisi iman, yakin,
ikhlas, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan
Allah s.w.t.. Hati yang sentiasa merasa
sihat dalam sakit, kaya dalam miskin, ramai dalam kesaorangan, lapang dalam
kesempitan dan terhibur dengan apa sahaja ujian kerana dia bersikap redha
dengan apa sahaja pemberian Tuhannya.
Untuk memperolehi hati yang begini, kita misti
bersungguh-sungguh melawan hawa bafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin
(syariat dan hakikat). Kedua-duanya akan
saling kawal mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa. Syariat dan hakikat mendidik dan memimpin
kita menjadi seorang insan yang kamil yang mampu memenuhi keinginan dan
keperluan fitrah semulajadi manusia secara suci lagi mulia.
Orang beginilah yang Allah maksudkan sebagai golongan
as-saddiqin atau golongan al-ariffin. Sifat mereka Allah senaraikan dalam
surah Al-Furqan ayat 63 hingga 74 seperti berikut . :-
وَعِبَادَالرَّحْمَنِ الـَّذِينَ يَمْشُونَ عَلىَ الْا َرْضِ هَوْ
نـًا
وَإِذَا خَا طَبَهُمُ الْجَهِلـُونَ قـَالـُوا سَلـَمًا.(63)
“Dan hamba-hamba
yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan
di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa
mereka, mereka mengucapkan
kata-kata (yang mengandungi)
keselamatan.”
وَالـَّذِينَ يـبِيتُونَ لـِرَ بِّهِمْ سُجَّدًاوَقـِيَمًا.
(64)
“Dan orang-orang
yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka
(orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah).”
وَالـَّذِينَ يَقُولـُونَ رَبـَّنـَا اصْرِفْ عَـنـَّا عـَذَابَ
جَهَنـَّمَ إِنَّ عـَذَا بَهـَا كـَانَ غـَرَامـًا (65).
“Dan orang-orang
yang berkata : “Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami. Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan
yang kekal.”
إِنَّهـَـا سـَـآءَتْ مُسْتـَقـَرا وَمُقـَـا مـًا. (66)
“Sesungguhnya
jahanam (neraka) itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.”
وَالـَّذِينَ إِذَا أ َنْفِـقُـوْا لـَمْ يُسْرِ فـُوْا وَلـَمْ يـَقـْتـُرُوْا
وَكـَـانَ بَيـْنَ ذّلـِـكَ قـَوَامـًـا. (67)
“Dan orang-orang
yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak
(pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang
demikian."
وَالـَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللهِ إِلـَهًا ءَاخَرَ
وَلَا يَقـْتُلـُونَ
النـَّفْـسَ الـَّتِى حَرَّمَ اللهُ
إِلا َّبِالـْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ج وَمَنْ يَفْعَلْ
ذَلِـكَ يَلـْقَ أ
َثـَا مـًـا ج.(68)
“Dan orang-orang yang tidak menyembah yang lain beserta Allah
dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan
(alasan) yang benar dan tidak berzina. Barangsiapa yang melakukan yang demikian itu
nescaya dia mendapati pembalasan dosanya.”
يُضَعِفْ لَهُ الـْعَذَابُ يَوْمَ الـْقِيَمَةِ
وَيَخْلـُدْ فِيهِ مُهَا
نـًا. (69)
“Yakni akan
dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab
itu dalam keadaan terhina.”
إِلا َّمَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلا ً صَلِحًا
فـَأ ُ وْلـَءِـكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيـِّءـَاتِهِمْ
حَسَنَتٍ وَكـَانَ اللهُ
غَـفُورًارَّحِيمـًا.(70)
“Kecuali
orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, kejahatan
mereka Allah gantikan dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَلِحًا فـَإِ نـَّهُ
يَتُوبُ إِلىَ اللهِ مِتَابـًا. (71)
“Dan orang-orang
yang bertaubat dan mengerjakan amal
soleh maka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yang
sebenar-benarnya.”
وَالـَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا
بِالـَّلغْوِ مَرُّوْاكِرَامًا. (72)
“Dan
orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu
dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah,
mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”
وَالـَّذِينَ إِذ َاذ ُكـِّرُوا بِـءَـا يَتِ
رَبِّهِمْ لـَمْ يَخِرُّوا
عَلـَيْهَا صُمًّا وَعُمْيـَا نـًا. (73)
“Dan orang-orang
yang apabila diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka tidaklah
menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.”
وَالـَّذِينَ يَقُولـُونَ رَبَّنـَا هَبْ لـَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا
وَذ ُرِّيَتِنـَا
قُـرَّةَ أ َعْيُنٍ ج وَاجْعَلـْنَا لِلـْمُتـَّقِينَ إِمَامًا.(74)
“Dan orang-orang
yang berkata: “ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan
keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertaqwa.”
Merekalah orang-orang yang bertaqwa yang akan memperolehi
ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.
Tempat untuk kita mempelajari dan mencontohi kehidupan yang berbahagia
ini ialah kehidupan “salafussoleh”.
Mereka telah menjalani suatu kehidupan yang menerima dan
mengamalkan sepenuhnya kehendak syariat dan hakikat. Dan hasilnya mereka (salafussoleh) menjadi
orang-orang yang bahagia lagi membahagiakan orang lain.
Sejarah 15 abad yang silam memberitahu kepada kita bahawa
tiga-per empat dunia menjadi tenang, aman dan damai di bawah pentadbiran
mereka. Dan kawan
mahupun lawan terasa selamat berada dalam kekuasaan mereka.
Demikianlah ini satu kenyataan bahawa
kiranya manusia patuh menjalani syariat lahir dan batin, selamat dan
berbahagialah mereka di dunia dan akhirat.
Firman Allah s.w.t. :-
وَعَدَ اللهُ الـَّذِينَ ءَامَنُوْا مِنْكُمْ وَعَمِلـُوا
الصَّلِحَتِ لـَيَسْتَخْلِفـَنـَّهُمْ
فِى الْأ َرْضِ كَمَا اسْتَخْلـَفَ الـَّذِيْنَ مِنْ قـَبْلِهِمْ
وَلـَيُمَكـِّنَنَ لـَهُمْ
دِينَهُمُ الـَّذِىْ
اَرْتَضَى لـَهُمْ وَلـَيُبـَدِّ لـَهُمْ مِّنْ بَعـْدِ خَوْ فِهِمْ أ َمْنَا
يَعْبُدُونَنِى
لَايُشْرِكُونَ بِى شَيـْءـًا ج وَمنْ كـَفَرَ
بَعـْدَ ذ َلِكَ فـَأ ُوْلـَءِكَ هـُم ُ الـْفـَسِقُونَ . (النور-اية 55)
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di
antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan
menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia akan meneguhkan bagi mereka
agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar
(keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka
tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan
sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah
orang-orang fasik.” (An-Nur: ayat 55).
Sekian
dahulu dalam bab ini dan penulis akan menyambung lagi dalam masa yang
terdekat. Sehingga itu diucapkan:
Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh….!
--------------------------oooooooooooooooooo-------------------------------