Monday, 13 August 2012

BENCANA-BENCANA AKIBAT LIDAH



Bencana-bencana akibat lidah.  
 
 

Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dari bahaya ini, melainkan dengan bertutur kata yang baik.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksaud :
لَايَسْتَقِيْمُ إِيْمَـانُ الْعَبْدِ حَتىَّ يَسْتَقِيْمَ قَلـْبُهُ, وَلاَيَسْتَقِيْمُ قَلـْبُهُ حَتىَّ يَسْتَقِيْمَ لِسَانُهُ, وَلاَيَدْخُلُ الـْجَنَّة َ رَجُلٌ لَايـَأ ْ مَنُ جَارُهُ بَوَاءِـقَهُ. (رواه مسلم)
 Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya.  Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.
                                           (H.R.  Muslim).
Sabda Rasulullah s.a.w. :
”Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah s.w.t. akan menutup kecelaannya.  Barang siapa yang menahan kemarahannya, Allah s.w.t. akan melindungi dari siksaannya, dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya.”       (H.R. Termizi
Firman Allah s.w.t

فَلاَ تَقْعُدُوْا مَعَهُمْ حَتىَّ يَخُوْضُوْا فِيْ حَدِيْثٍ غَيْرِهِ, إِنـَّكـُمْ إِذَا مِثْلـُهُمْ. ( النساء: 140)
Jangan kamu sekalian duduk bersama-sama mereka, sehingga mereka mula dengan perbicaraan yang lain, kalau tidak tentulah kamu sekalian serupa dengan mereka.”      (An-Nisa’ ayat 140)

Berkata yang tidak perlu.
Ketahuilah bahawa modal seseorang hamba itu ialah waktunya, selagi ia menghabiskan waktunya pada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah atau  menguntungkan pahala di akhirat, maka  orang   itu telah mensia-siakan modalnya itu.

Antara kebaikan seorang Islam ialah meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya. Sebabnya berlaku demikian ialah keinginan seseorang untuk mengambil tahu terhadap sesuatu yang tidak perlu ia tahu.  Ataupun menghabiskan masa dengan menceritakan hal ehwal yang tidak ada faedah baginya.

Bahawasanya seorang itu setiap nafas yang dihembuskannya itu adalah modalnya, manakala lidahnya adalah jaringan, yang mana dengannya ia akan memburu segala kebaikan yang berbagai-bagai. Oleh itu hendaklah ia faham benar-benar bahawa mencuaikan lidah itu atau mensia-siakannya merupakan suatu kerugian baginya yang amat besar.
Melibatkan diri dalam kebatilan.
Bahawasanya berbual-bual dalam hal-hal yang bersangkutan dengan maksiat seperti menceritakan hal keadan kaum wanita, menceritakan tentang parti minum arak, duduk bersama-sama orang yang fasiq, menceritakan tentang orang-orang  yang takbur dan rancangan-rancangan mereka yang terkeji dan tingkah laku mereka yang buruk, semua ini tidak patut dilibatkan diri kita di dalamnya.

Bencana lidah seterusnya ialah bercakap perkataan yang kotor seperti memaki hamun, berlaku cabul, suka berteriak-teriak di dalam pasar. Untuk menjadi orang yang baik hendaklah sentiasa menjaga diri dari menyebut kata-kata yag kotor itu.
Ketahuilah sebesar-besar dosa besar itu ialah bila seseorang itu memaki hamun kedua ibu bapanya.

Seperkara lagi ialah lidah dan mulut menghina atau mengejek-ngejek orang. Ketahuilah bahawa menghina agtaupun mengejek-ngejeknya orang lain adalah haram menurut syarak. Allah berfirman:
يَأ يُّهَاا لـَّذِيْنَ آمَنُوْا لَايَسْخَرَ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أ نْ يَكُوْنُوْا
خَيْرًا مِنْهُمْ, وَلَانِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسىَ أ نْ  يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ.                 (الحجرات : 11)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain.  Sebab munkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina. Dan janganlah pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang  lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.”                         (Al-Hujrat, ayat  11)

. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ   ج   إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ
 سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ .    ( الانعام (120)
“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi.  Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak  akan diberi  pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat 120).

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat fardhu, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan di akhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

--------------ooooooooooooooo--------------





No comments:

Post a Comment