Tunjukkan ke Jalan Yang Lurus.
Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai
kesempurnaan akal fikiran adalah dengan memperseimbang di antara “Keperluan” dengan “Kemampuan.” Maksudnya, dari keperluan
yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan
kesederhanaan yang dituntut Islam kepada penganutnya.
Memperseimbang sedemikian amatlah
sukar untuk dilaksanakan, kerana
tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan
akal fikiran manusia. Justeru, wujudnya apa yang dikatakan
“Jalan yang Lurus” yang sering di mohon kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah
Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud “ Tunjukkan kami jalan yang lurus.” Kiasannya. Sekkiranya
dfikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaana jalantersebut dan ada
pula akhirnya (garis penamat).
Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.
Kematian – Penamat jalan
tersebut.
Firman Allah dalam Surah Al Fath ayat 2 :- ( 511)
لـِّيَغْفِرَ لـَكَ اللهُ مَاتـَقَدَّمَ مِن ذَنْبِكَ
وَمَا تَأْ خـَّيرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ,
عَلـَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَطـًا مُّسْتـَقـِيْمـًا (2)
“Supaya Allah memberi ampunan kepada mu terhadap dosa mu yang telah lalu
dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atas mu dan memimpin kamu
kepada jalan yang lurus.”
Apabila
merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di
permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada
persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan erti kata lain berkenalan dengan
diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang
benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia
mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri.
Kehebatan dan canggihnya tipu daya iblis amat mengelirukan.
Contohnya ; Lima perkara dalam Rukun
Islam.
Pertama.
Mengucap
Dua Kalimah Syahadah.
Apakah
ucapan yang dilafazkan sama dengan pelaksanaan yang dilakukan bagi amalan hidup
seharian secara Islam yang sebenarnya. Menunduk kepada semua perintah-Nya?, dalam barisan
pengikut Nabi pesuruh Allah dengan menghayati hadis dan mematuhi sunahnya?.
Kedua.
Mendirikan
Solat Fardu.
Solat itu
merupakan pesanan kepada diri sendiri, sebagai manusia yang dikatakan lemah
sering berpenyakit lupa atau lalai, terutama kepada yang tidak menampakkan
faedahnya atau mudaratnya, seperti faedah pahala menunaikan solat atau
mudaratnya dosa bila meninggalkan ibadat solat itu. Dengan pesanan dalam sehari lima kali difardukan (solat) tidak mudahlah
dilupakan atau dilalaikan oleh syaitan dengan menunggangi nafsu untuk
memesongkan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Ketiga.
Menunaikan Puasa Di Bulan Ramadhan.
Menunaikan puasa di bulan Ramadhan, bererti
memperpuasakan diri sepanjang hayat dengan mensyukuri rahmat-Nya dalam usaha
mencari lagi (bererti kekurangan). Berilmu
hendaklah sentiasa meanggap diri di dalam kejahilan. Rezeki yang dikurniakan hendaklah merasakan di dalam
kelaparan. Bebanan hati bersimpati kepada manusia yang miskin di seluruh
pelusok dunia ini, terutama kepada saudara-saudara Islam.
Keeampat:
Menunaikan Zakat.
Tentang pembayaran
zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu. Dipergunakan istilah beramal dengan ikhlas, sumber
keikhlasan itu adalah dengan tidak menunjuk-nunjuk atau riyak. Cara menyembunyi itu (ikhlas) digunakan dengan tidak melakukan
amalan tersebut, lantaran sendiri menghumbankan diri ke jurang kesesatan
seperti firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 7 – iaitu ” ...orang-orang
yang tidak menunaikan zakat, dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat.”
Kelima.
Menunaikan Ibadat Haji.
Pengalaman semasa berada di Baitullah seperti latihan
amali sebelum dihimpunkan ke Padang
Mahsyar yang pasti wujud. Selesai
mengerjakan ibadat haji hendaklah merasakan diri di berikan peluang seperti
mati hidup kembali dengan penuh perasaan keinsafan, lalu menjalani hidup
bertakwa dengan sebenar-benar takwa.
Perubahan diri yang buruk menjadi baik dan dari yang baik menjadi
terbaik kepada yang bergelar haji atau hajjah. Disitilah mercu kejayaan diri dilahirkan kembali dalam keadaan bersih
setelah terkotor sebelumnya akibat kejahatan atau kelalaian.
Masalah 194
Bagaimana cara untuk menerbitkan keinsafan kepada diri
sendiri untuk berada di permiukaan ”jalan yang lurus”?
Jawapan.
Hendaklah kita menanyai sendiri pada diri melalui ”Suara
Hati ”. ”Siapalah Aku”? Semakin banyak
bertanya semakin terasa kekerdilan, kerendahan, keinsafan diri sendiri di sisi Allah s.w.t., justeru terbitlah
keinsafan itu, jika tiada perubahan bererti hidup yang terus bergelumang dengan
kemungkaran adalah menurut ”Kata Hati.”
Masaalah. 195
Apakah bezanya antara ”Suara Hati” dengan ”Kata Hati” ?
Jawapan.
Bezanya adalah seperti berikut:
(1) Suara
Hati.
Terbit dari keikhlasan yang membawa kepada
kebenaran setelah melalui proses akal yang sempurna dari fikiran yang sihat.
(2) Kata
Hati.
(3) Lahir
dari pada perasaan yang terdesak dan nafsu yang buas.
Contoh - Suara Hati:
1.
Parokok
:
Sia-sia membazirkan wang untuk membiakkan penyakit dalam tubuh
sendiri.
2.
Pejudi :
Bodohnya aku menggunakan masa hidup yang
singkat ini dengan berkeadaan cemas dan berangan-angan.
3.
Penipu
:
Sebenarnya perbuatan aku ini adalah mengundang keaiban diri aku
sendiri.
Contoh: Kata Hati.
(1).Perokok.
Bdergaya sambil menikmati kepuasan.
(2).Pejudi.
Cara mudah untuk mendapatkan kesenangan.
(3). Penipu.
Pintarnya aku berjaya membodohkan orang lain.
Apabila sudah memahami perbezaan antara ”Suara Hati” dengan”Kata
Hati”,maka hendaklah pula menggunakan ”Mata Hati” untuk melihat perekara-perara
yang ghaib kepunyaan Sallah s.w.t.
Apakah yang dikatakan mata hati itu?
Mata hati berupaya
melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampaskkan
perkara-perkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi
Allah s.w.t.
Contohnya seperti berikut :
a. Dosa
b. Pahala
c. Syurga
d. Padang
Mahsyar dan lain-lain lagi.
Bagaimana yang dikatakan hati itu?
Jawapan.
Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan
di dalam tubuh manusia. Pada zahirnya
tiada kaitan langsaung untuk mempengaruhi kehidupan manusia itu, digunakan
perkataan hati menjadi perumpamaan
menguasai kehidupan.
Firman
Allah dalam Surah An-Nahl ayat 78 :
وَاللهُ أَخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ
أُمَّهَتِكُمْ لَا تَعْلـَمُونَ شَيْـءًـا وَجَعَلَ لـَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَرَوَا
لْأَفْـءِـدَة لا لـَعَلـَّكُمْ تـَشْكُرُونَ. (78)
Bermaksud:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahaui
sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan Hati agar kamu
bersyukur.”
(An-Nhl ayat 78)
Sekian dahulu, akan
menyambung dalam siaran ini dalam
masa tidak berapa lama lagi.
Wassala mualaikum.....
-----------------------------------oooooooooooooooo--------------------------
No comments:
Post a Comment