BERSEGERALAH MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN
Menjamu makan orang-orang miskin satu kebajikan yang amat dipuji Allah...!
Pelajar-pelajar ini bekerja mengecat pagar batu masjid.
Kerjakan solat wajib dan juga beberapa solat sunat...
BERSEGERALAH
MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN
Ketahuilah bahawa hidup kita di dunia ini sebagaimama kita
mengenderai sebuah kencderaan, lambat laun kita akan tiba ke destinasinya yang
kita tujui dan apakah yang kita bawa balik dari kita mengembra di dunia ini. Maka jika banyak barangan yang
baik-baik beruntunglah kita kerana dapat
kita gunakan nanti di destinasi kita itu. Tetapi jika kita bawa balik barangan
yang tidak baik, ataupun tidak ada langsung
yang kita bawa balik sudah tentulah rugi diri kita.
Justeru itu sebelum kita
mengenderai kenderaan untuk kita balik ke destinasi tetap kita maka berusahalah kita setiap masa
mengumpulkan barang an yang baik-baik supaya dapat faedah kita gunakan di
destinasi tetapkita itu.
Maka berfirman Allah SWT dalam Surah
Ali-Imran, Ayat 33.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ
وَسَارِعـُوْا إِلىَ مَغـْفِرَةٍ مِّن
رَّبِّكُمْ وَجَنـَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ
وَالْأَارْضُ أ ُعـِدَّتْ لـِلْمُتـَّقـِينَ. (133)
“Bersegeralah
kamu berbuat amal yang dapat
menyampaikan kamu ke arah memperoleh keampunan Tuhan dan ke arah
memasuki syurga-Nya – iaitu syurga yang teramat sangat luasnya, yang disediakan
oleh Allah bagi orang-orang yang takwa kepada-Nya iaitu
yang tunduk dan patuh kepada perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.
Bertaubatlah kamu dari dosa disebabkan makan riba atau lainnya, dan
bersedekahlah pula kepada orang-orang yang susah, miskin dan terlantar.” (133).
Adalah
diriwayatkan bahawa seorang utusan Haraqet (Raja Rum) telah datang kepada Nabi
s.a.w. membawa surat Rajanya yang di antara kandungan surat itu sebagai
berikut:
“Tuan
telah menulis menyeru saya ke syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi,
jadi, di mana pula nerakanya ”
Dijawab
oleh Nabi s.a.w. dengan sabdanya: “Maha Suci Allah, (kalau begitu) di mana pula
malam kalau sudah datang siang.?
Dimaksudkan
– jawapan tersebut – jika beredar bumi ini, kawasan yang menghala ke matahari sianglah
ia, dan kawasan yang di sebaliknya pula malamlah ia. Begitulah pula syurga
berada di bahagian atas dan neraka berada di bahagian bawah.
Maka
ayat ini membuktikan bahawasanya syurga itu adalah makhluk yang telah sedia
dijadikan sekarang ini, dan ianya berada di luar alam kita ini kerana dikatakan
lebarnya saja lebih luas daripada alam apalagi panjangnya tentulah lebih luas
lagi.
Ulasan.
Dalam
ayat ini Allah s.w.t telah menyeru manusia supaya segeralah mengerjakan amal
kebajikan yang mana segala amal kebajikan itu akan akan dapat keampunan Allah
s.w.t. dan dengan demikian membawa manusia dapat memasuki syurga yang
dikatakan yang amat luasnya itu, yang
disediakan bagi orang-orang taqwa. Seterusnya Allah s.w.t menyeru supay manusia
hendaklah bertaubat dan memohn ampun di atas segala keslahan yang dilakukannya.
Firman Allah:
Faedah Bertaubat dari Dosa-dosa.
Firman Allah s.w.t.
. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ
ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا
يَقـْتـَرِفُوْنَ . ( الانعام (120)
“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan
yang tersembunyi. Sesungguhnya
orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak
akan diberi pembalasan (pada hari
kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am)
Meninggalkan Dosa Mendapat Pahala
Firman Allah s.w.t
إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َ
عـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ
خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا (النساء : 31)
“Jika kamu menjauhi dosa-dosa
besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu mengerjakan, nescaya Kami hapuskan
kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil
dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”
(An-Nisa’ 31).
Tolong-menolongh sesama jiran.
Semangat tolong
menolong sesama jiran tetangga ini amatlah mustahak dan tidak boleh kita
hapuskan dari masyarakat Islam, kerana dengannyalah punca kekuasaan Islam dan
nilai-nilai keindahan serta maruah kewibawaan, nilai-nilai persaudaraan dan
akhlak mulia di dalam sebuah masyarakat Islam. Adalah ibarat
aur dengan tebing, saling perlu memerlukan.
Dengan cara begitu maka terlaksanalah falsafah jiran di dalam Islam.
Firman Allah
s.w.t. yang maksudnya”
”.....Dan
hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan
dan bertaqwalah kerana sesungguhnya Allah amat berat seksanya bagi sesiapa yang
melanggar perintahNya.”
(Al-Maidah
ayat 2)
Kita semua dituntut supaya bergaul dan
bertaqwa kepada Allah
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan
ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat fardhu, kita perlu
memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang
lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
--------------ooooooooooooooo-------------
No comments:
Post a Comment